kamujajat21Avatar border
TS
kamujajat21
Adam dan Hawa mengajarkan kita untuk mencari pasangan yang normal
Spoiler for komentar terdahsyat agan:





*Menyingkap asal usul perasaan cinta, kasih dan sayang yang wujud dalam hati manusia dalam kisah Adam dan Hawa*

Pasti kita sebagai umat Islam terkenang akan kisah Nabi Adam AS dan pasangan syurganya Siti Hawa. Manusia pertama yang dicipta Allah SWT adalah
insan bernama nabi Adam AS

Tatkala Allah SWT mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk yang lain, maka diciptaNya Adam sebagai manusia yang pertama. Makhluk bernama Adam yang dimuliakan darjatnya itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga. Syurga yang indah dan
lengkap dengan apa jua yang diingini bersama segala keindahan dan kesenangan di dalamnya.

Ketika hidup bersendirian, Nabi Adam AS mula merasa kesunyian walaupun dihidangkan dengan pelbagai nikmat syurga. Nabi Adam tiada teman untuk berbagi.
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam AS di dalam syurga. Adam AS perlukan teman sejenis yang boleh mendampinginya dalam menikmati keindahan syurga yang tidak yang tidak terhingga itu. Walaupun begitu Adam AS tidak
merengut atau mengadukan hal tersebut kepada Allah SWT.

Namun Allah SWT yang bijaksana lagi maha mengetahui akan perkara yang tersembunyi di dalam perasaan hambaNya. Allah SWT menciptakan teman bagi Adam untuk menghilangkan kesunyian dirinya itu.

Diriwayatkan, suatu masa ketika Adam AS sedang tidur dengan nyenyak, Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril untuk mencabut tulang rusuk Adam AS dari sebelah kiri. Ketika itu, Adam AS tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril
Dengan segala kuasa Allah yang maha besar, dengan hanya berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam. Hawa diciptakan sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kepada Adam AS yang dianugerahkan oleh Allah AWT.

Saat pertemuan Adam dan Hawa cukup romantis. Setelah diciptakan, Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk bertatahkan emas dan batu permata, sambil terpesona memperhatikan seorang lelaki tampan yang sedang terbaring di hadapannya. Adam yang kemudiannya terjaga amat terkejut apabila melihat ada makhluk manusia seperti dirinya di hadapan. Hawa dijadikan dengan bentuk dan paras rupa yang amat sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan,lemah-lembut, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Hawa adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu diwariskan turun temurun dan daripadanya lah maka wujud kecantikan kepada wanita-wanita di bumi. Adam dan Hawa saling melengkapi kerana Adam AS juga dikurniakan
Allah SWT rupa paras yang indah, ganteng dan tampan seolah-seolah segala keindahan setiap lelaki berada padanya.

Adam amat terpikat pada rupa paras Hawa yang jelita. Allah telah mewujudkan perasaan kasih yang suci di hati Adam AS serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta. Adam AS ditakdirkan jatuh cinta kepada wanita yang paling cantik daripada sekalian yang ada.
Ketika Adam pertama sekali bertanya siapakah gerangan si jelita di hadapannya, Hawa lantas menjawab bahawa dia adalah ciptaan Allah dan dijadikan untuk Adam. Adam menyedari bahwa nikmat itu adalah kurniaan Allah padanya dan mula menyeru Hawa supaya datang menghampirinya.


next story ada dibawah ⇩⇩⇩
Diubah oleh kamujajat21 25-02-2016 10:46
0
9.6K
44
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Urutan
Terbaru
Terlama
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Komunitas Pilihan