Quote:
https://berita.mediacorp.sg/dunia/je...HrH0cDsk5OuaYQ
Jemaah Malaysia bertanjak & bersilat di Masjid Nabawi undang reaksi bercampur-campur
Diterbitkan : 26 Jan 2024 12:20AM
SHAH ALAM: Tular di media sosial satu video 27 saat yang memaparkan seorang lelaki dan dua kanak-kanak berpakaian Melayu dan bertanjak sedang bersilat di pekarangan Masjid Nabawi, Madinah.
Tindakan tiga beranak itu mengundang reaksi bercampur-campur dalam kalangan netizen.
Ada yang mempersoalkan apakah tujuan mereka berbuat demikian sementara ada yang memberikan kata-kata pujian kerana menonjolkan "budaya kita".
Pun begitu, ruang komen turut dibanjiri kritikan ramai netizen yang menganggap bersilat sehingga sanggup bertanjak di pekarangan Masjid Nabawi sebagai tidak menghormati rumah ibadat di tapak suci itu.
Sebuah penyedia pakej umrah dan haji terkemuka di Johor bahkan secara terbuka menyelar perbuatan mereka dan menegur betapa ia berupaya membuat dunia mempunyai pandangan negatif terhadap para jemaah Malaysia.
“Perkara itu tidak sesuai dengan adab sopan orang Malaysia yang kita pelihara selama ini. Kita kena hormat undang-undang dan budaya di negara lain," kata Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Md Daud Che Ngah kepada Sinar Harian.
“Contohnya, kalau kita berada di Makkah atau Madinah, biasanya lelaki memakai ‘thobe’ dan perempuan abaya kerana menghormati mereka walaupun ia bukan budaya kita. Jadi, kalau ke sana berpakaian tanjak dan tunjuk silat, menunjukkan kita terlalu hipokrit dan tidak menilai peradaban dunia."
Sebagai seorang yang mempunyai pengalaman selama 45 tahun dalam urusan haji dan umrah, Encik Daud berkata perkara seperti itu "jarang berlaku".
"Arab Saudi ada undang-undang yang ketat malah pemakaian baju, mafla atau mengibarkan bendera Palestin juga tidak dibenarkan. Kita harus hormat dan akur, bukannya buat sesuka hati," tegasnya lagi dalam wawancara bersama Sinar Harian.
Silat di masjid gak boleh
Tapi kalau kampanye di masjid??? Hmmmmm