Quote:
Konsert Coldplay di Bukit Jalil batal atau tidak: PM Anwar bincang dengan Mufti WP
Oleh RIZAL ZAINAL (PILIHAN)
Selasa, 21 Nov 2023
11:54 AM MYT
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung keperluan untuk meneruskan penganjuran konsert kumpulan Coldplay yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu.
Beliau berkata, hal ini memandangkan,
ada pelobi daripada gerakan penyokong pejuang Palestin yang menyokong penganjuran konsert berkenaan dan pada masa yang sama terdapat pihak lain yang menyarankan agar konsert itu dibatalkan.
"Coldplay ini antara kumpulan yang sokong Palestin, jadi ada masalah sikit saya nak beritahu, dalam kerajaan yang lepas telah luluskan juga. Saya akan bincang dengan mufti berhubung keadaan ini.
"Kerana ada pelobi daripada gerakan Palestin yang menyokong dan berikan pandangan kepada Menteri Luar dan pejabat saya menyatakan kenapa dihalang kumpulan yang sokong perjuangan Palestin daripada meneruskan pertunjukan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berhubung pendirian kerajaan dalam penganjuran konsert berkenaan, memandangkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah meminta supaya penganjuran konsert itu tidak diteruskan kerana disifatkan sebagai melalaikan.
Sebelum ini, terdapat beberapa pihak yang turut menyarankan agar konsert berkenaan dibatalkan bagi menghormati situasi semasa yang berlaku di Gaza Palestin, selain bimbang insiden tidak senonoh dilakukan kumpulan pop rock dikenali sebagai The 1975 pada Julai lepas berulang.
Kumpulan muzik ternama dari United Kingdom itu dijadual mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Rabu bersempena dengan siri jelajah Music of the Spheres World Tour. — Bernama
https://majoriti.com.my/berita/2023/...engan-mufti-wp
Jadi begini ya gaes
Kalau di Indonesia ada MUI, maka di Malaysia ada yang namanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mengatur agama Islam di negeri jiran kita ini
di bawah JAKIM ada jabatan2 per negeri / negara bagian, contohnya kalau di Wilayah Persekutuan (wilayah federal di bawah pemerintah pusat meliputi KL, Putrajaya dan Labuan) ada Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI)... kalau di Selangor ada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Dan setiap jabatan ini dipimpin oleh seorang Mufti, atau pemimpin dari para ulama
Nah, baru2 ini Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan pernyataan terkait konser Coldplay di KL yang rencananya digelar hari Rabu tgl 22 Nov:
Quote:
https://www.utusan.com.my/nasional/2...mufti-wilayah/
PETALING JAYA: Penganjur Konsert Coldplay : Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur dinasihatkan tidak meneruskan acara berskala besar tersebut yang disifatkan melalaikan dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini.
Dalam satu kenyataan, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata, konsert tersebut jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat di negara ini.
“Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengambil berat penganjuran konsert Coldplay yang akan diadakan pada 22 November 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Penganjuran program yang melalaikan ini tidak memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini. Lebih-lebih lagi, kumpulan muzik ini dikaitkan dengan kumpulan tidak bermoral yang mempromosikan LGBT.
“Kami menasihatkan penganjur agar tidak meneruskan program ini dan juga menasihatkan masyarakat agar tidak memberi sokongan kepada program ini yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat di negara ini,” ujarnya.
Kenyataan yang dikongsi di lama Facebook rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan itu turut disertakan dengan garis panduan hiburan telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Tambah kenyataan itu lagi, umat Islam seharusnya peka dan mematuhi garis pandungan yang telah dikeluarkan oleh agensi bertauliah.
“Bagi masyarakat Islam, perlu difahami hiburan dalam Islam ada batasannya yang perlu dipatuhi dan mana-mana jenis hiburan yang terkeluar daripada batasan ini adalah bertentangan dengan hukum syarak,” tulis kenyataan itu lagi.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menyokong tindakan berani Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan mengharapkan pendapat itu tidak tertakluk hanya untuk konsert tertentu sahaja.
Begitu juga wakil Mufti Perak juga meminta konser ini dibatalkan karena bersimpati dengan penderitaan umat Islam di Palestina
Quote:
Konsert Coldplay akan datang di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, mendapat kritikan daripada Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, yang menganggap ia tidak menghormati keadaan rakyat Palestin.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Jabatan Mufti, Datuk Zamri menyatakan ketidaksetujuannya terhadap konsert itu, memetik masanya berlaku di tengah-tengah konflik yang berterusan di Gaza dan dakwaan sokongan kumpulan itu terhadap komuniti LGBT.
“Penganjuran konsert dari luar ini terutama semasa perang berterusan di Gaza yang telah meragut ribuan nyawa umat Islam dan tuduhan menyokong aliran LGBT adalah amat bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan perpaduan umat Islam,” katanya.
Datuk Zamri menggesa pihak berkuasa membatalkan konsert itu, menekankan keperluan untuk mengutamakan perasaan sedih dan simpati terhadap rakyat Palestin yang menderita di bawah konflik yang berterusan.
“Jabatan Mufti Perak mengecam sekeras-kerasnya penganjuran konsert ini dan menggesa semua pihak menunaikan tanggungjawab membantu dan membantu saudara Islam di Palestin melalui segala cara khususnya dengan doa, derma dan kesedaran dalam kalangan masyarakat,” katanya lagi.
Beliau seterusnya mengingatkan umat Islam supaya tidak menyertai penganjuran konsert itu dan mengingatkan mereka bahawa mengabaikan tragedi yang sedang berlaku di Palestin adalah dosa yang akan dipertanggungjawabkan.
https://tergini.com/hiburan/timbalan...flik-palestin/
Dan seperti di berita pertama thread ini, penolakan atas konser Coldplay ini juga disuarakan oleh anggota parlemen dari partai PAS (Parti Al-Islam Se-Malaysia), sebuah partai afiliasi Ikhwanul Muslimin yang sama dengan Hamas dan PKS di Indonesia
Partai PAS ini adalah partai tunggal peraih suara terbanyak di pemilu terakhir di Malaysia tahun 2022, walaupun koalisi mereka (Perikatan Nasional) gagal menjadi pemerintah karena 2 koalisi lawan mereka, Barisan Nasional & Pakatan Harapan, sepakat untuk bergabung membentuk pemerintahan atas nasihat dari Raja / Yang Dipertuan Agung
Jadi yang menolak konser ini di Malaysia bukan sekelas ormas yang demo di Senayan pas konser kemarin, tapi sudah ke majelis ulama di sana (yang lebih berpengaruh dibandingkan di sini, karena di sana adalah negara Islam) dan juga partai peraih suara terbanyak pada pemilu 2023
Bayangkan sampai Perdana Menteri harus ketemu langsung dengan para ulama ini hanya untuk ngurusin konser Coldplay ini batal atau tidak
Dan kalau cek di FB, memang banyak yang dukung supaya batal
Quote:
https://www.facebook.com/astroawani/...xAQwn5ceFH7rhl
Azarena Amin
Astaghfirullah, nak bincang ape..nak sayang2 lagi..batalkan terus
Mohd Shamzuar
PM nak kautim dengan Mufti..? Penting sangat ke konsert ni diadakan..?
Julia Syed
Innalillahiwainnailaihirojiun!
Ikut kata Allah PmX.
Muhammad Yazid
Nak bincang apa...terang lagi bersuluh...batal terus
Mohd Naqiuddin Niyaz Linyaw
Buat masa ni jgn lah buat2 konsert.....buat la majlis ilmu agama...
Sharifuddin Sapuan
penting betul konsert ni sampai PM kena bincang sendiri
Mizi Zikri
Pm paling sengal...ape mslhnye..batal je lah...adoi
Sue Shuhada
Memang xdak perasaan disaat diPalestin sedang kesusahan... Semoga ALLAH bgi kesedaran utk manusia2 yg bertanggungjawap ni.
Jai Oliver
Sepatutnya tak lulus dari awal .. sebab band ni sokong "pelangi" .. dah memang susah nak batal ticket pun dah terjual .. kos kos pun dah dikeluarkan .. sekarang mufti yg kena buat keputusan..
Wana Wani
Benda mcm ni pun xleh nk decide ker...nk bincang bagai...batal je la...
Afdal Frey
Batalkn semua konsert artis melayu ISLAM juga & semua program hiburan diMalaysia ni.
Kita nantikan saja apakah konser tersebut akan batal, tapi menurut saya almost unlikely karena penolakannya terlalu mepet
Tapi kalau batal pun saya gak heran