- Beranda
- Komunitas
- Indahnya berbagi ilmu agama islam
Ghibah (Menyebut Kejelekan Orang)

TS
terbitcomyt
Ghibah (Menyebut Kejelekan Orang)
Thanks To: @admin

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu apakah ghibah?” Jawab sahabat: “Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih mengetahui.” “Ghibah itu jika kau menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghibah padanya.” Jawab Rasulullah s.a.w. Lalu ditanya: “Bagaimana kalau saudaraku betul begitu?” “Jika yang kau sebut itu benar ada padanya. maka itu ghibah tetapi jika tidak betul maka itu buhtan (membuat-buat kepalsuan, pendustaan untuk menjelekkan nama orang).” jawab Rasulullah s.a.w.
Menyebut: “Baju orang itu pendek atau panjang.” itu bererti ghibah.
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abi Najih berkata: “Ada seorang wanita pendek datang kerumah Nabi Muhammad s.a.w. dan ketika telah keluar, Siti Aisyah r.a. berkata: “Alangkah pendeknya orang itu.” Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Engkau ghibah.” Aisyah r.a. berkata: “Saya tidak menyebut kecuali yang sebenarnya ada padanya.” Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Engkau telah menyebut yang paling jelek padanya.”
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Pada malam Israa ke langit aku melalui suatu kaum yang dipotongkan daging pinggangnya, kemudian dimakankan kepadanya dengan kalimat Makanlah apa yang dahulu kamu makan dari daging saudaramu. Maka saya bertanya: “Ya Jibril, siapakah mereka itu?” Jawabnya: “Mereka dari ummatmu yang mengumpat ghibah (menyebut kejelekkan orang lain) Hammaz lammaz iaitu mengejek dengan isyarat atau lidah atau dengan tangan.
Abul Laits berkata: “Saya mendengar ayahku menceritakan suatu kisah seperti berikut:
Ketika Nabi Muhammad s.a.w. dirumah, sedang sahabat ahlis-shuffah dimasjid dan Zaid bin Tsabit menceritakan apa yang telah ia dengar dari Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. dihantar oleh orang daging, maka ahlis-shuffah itu berkata kepada Zaid bin Tsabit: “Engkau masuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan katakan kepada Baginda s.a.w. bahawa kami sudah lama tidak makan daging, supaya Nabi Muhammad s.a.w. mengirimkan daging kepada kami.” Ketika Zaid telah berdiri dari mereka, mereka membicarakan Zaid diantara mereka: “Zaid itu telah mendapat dari Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang kami dapat, tetapi mengapa ia mengajar hadis kepada kami?” Maka ketika Zaid telah sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan menyampaikan amanat orang-orang ahlis-shuffah itu. tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada Zaid: “katakan kepada mereka: “Kamu kini telah makan daging.” Maka segera Zaid bin Tsabit kembali menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mereka berkata: “Demi Allah, kami sudah lama tidak makan daging.” Maka kembali Zaid kepada Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan jawapan orang-orang ahlis-shuffah itu, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap berkata: “Mereka kini telah makan daging.” Maka kembali Zaid kepada mereka dan menyampaikan apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Lalu ahlis-shuffah itu datang semua menghadap kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan oleh Nabi Muhammad s.a.w. langsung dikatakan: “Sekarang kamu telah makan daging saudaramu sedang bekas itu masih ada digigimu, cuba ludahlah kamu supaya dapat melihat merahnya darah daging itu.” Maka ludah orang-orang itu berupa darah, maka bertaubatlah mereka dan minta maaf kerana telah ghibah terhadap Zaid bin Tsabit.”

0
52
0

Komentar yang asik ya

Komentar yang asik ya
Komunitas Pilihan