Kaskus

Hobby

AddIgonjbgAvatar border
TS
AddIgonjbg
Takdir dan Ikhtiar
Manusia haruslah sadar tentang bakat-bakat dan nilai-nilai yang Tuhan ciptakan sebagai sebagian dari kejadian manusia itu sendiri.

Pada kejadian manusia sudah ada bakat berkehendak dan membuat pilihan.

Usaha dan ikhtiar tidak menyalahi takdir karena Tuhan telah menentukan sejak azali bahwa manusia memiliki bakat untuk berusaha, berikhtiar dan berkehendak.

Tuhan juga mentakdirkan tindakan manusia mempunyai kesan. Pada kejadian manusia itu sudah ada bakat untuk melahirkan perbuatan. Perbuatan manusia termasuk di dalam ciptaan Tuhan tetapi bukanlah Tuhan yang menjadi Pelaku pada perbuatan manusia.

Manusia, kehendaknya dan kuasanya melahirkan perbuatan adalah satu paket yang diciptakan Tuhan yang dinamakan manusia.

Fahaman yang mengatakan Tuhan sendiri yang menjadi Pelaku pada segala perbuatan manusia, dikenali sebagai tauhid af’al, hanyalah kenyataan bayangan yang muncul dalam pengalaman kerohanian sufi.

Kebenaran bukanlah yang demikian. Ini tidak juga bermakna manusia berkuasa penuh terhadap takdirnya.

Keadaan manusia adalah tidak diberi kuasa bulat-bulat dan tidak juga dipaksa sepenuhnya.

Manusia bukan diikat dan bukan diberi kebebasan penuh.

Kehendak dan kuasa manusia tidak bersifat Mutlak. Oleh itu terdapat halangan dan kekurangan pada kesan yang dihasilkan oleh kehendak dan kuasa manusia.

Manusia hidup di dalam medan yang dipenuhi oleh kehendak dan kuasa yang muncul dari berbagai macam makhluk dan kumpulan manusia sendiri. Berlaku ikatan kesan kehendak dan kuasa seseorang manusia dengan yang muncul dari manusia dan makhluk lain.

ikatan tersebut menyebabkan berlakunya perlawanan dan yang lebih kuat kesannya akan menang mengalahkan yang punya kesan lemah.

Jadi, usaha manusia tidak boleh dilihat dalam sekop dirinya saja. Usahanya memberi kesan kepada usaha orang lain dan begitu juga sebaliknya.

Begitulah yang muncul dari makhluk yang bersifat tidak Mutlak.

Agar tidak berlaku kacau-balau kepada perjalanan alam akibat perlombaan kehendak dan kuasa makhluk, pengurusan dari Kuasa Mutlak adalah sesuatu yang wajib.

Tuhan yang memiliki Kuasa Mutlak mengatur perjalanan alam ini.


Dalam kehidupan manusia juga ada dasar pengaturan.

Manusia umum mengadakan usaha dan manusia tertentu membuat pengaturan.

Akibatnya ada usaha yang berhasil dan ada juga yang gagal.

Walaupun konsep pengaturan wujud dalam kehidupan manusia namun manusia tidak boleh menolak tindakan untuk berusaha.

Begitu juga dengan konsep pengaturan Tuhan. Walaupun Tuhan memiliki Kuasa Mutlak namun dasar usaha makhluk tidak boleh dinafikan. Tuhan mengajarkan manusia supaya beramal, berbuat yang baik, menjauhi yang jahat, tidak sengaja menjatuhkan diri ke dalam kebinasaan dan lain-lain yang menunjukkan kepada perakuan dasar berusaha dan bertindak.

Walaupun begitu manusia di ingatkan bahwa kemutlakan hanyalah hak Tuhan.

Oleh yang demikian usaha tidak boleh dipisahkan dari iman iaitu sabar, syukur, tawakal dan ridho.

#SangHyang NurCahyaning Nirwana
0
375
0
GuestAvatar border
Komentar yang asik ya
GuestAvatar border
Komentar yang asik ya
Komunitas Pilihan