alexa-tracking
Kategori
Kategori
Home / FORUM / All / News / ... / Sejarah & Xenology /
surat raja sriwijaya kepada ulama arab minta les privat agama islam
KASKUS
51
244
https://www.kaskus.co.id/thread/5dc5560388b3cb7c7359dc8f/surat-raja-sriwijaya-kepada-ulama-arab-minta-les-privat-agama-islam

surat raja sriwijaya kepada ulama arab minta les privat agama islam

718M Maharaja Sriwijaya iaitu Indrawarman telah mengirimkan sepucuk surat kepada Khalifah Umar Abdul Aziz yg meminta supaya diantarkan seorg Ulama untuk mengajar beliau tentang Islam dan pada tahun 719M & 720M Khalifah Umar Abdul Aziz menghantar 2 kumpulan ulama islam utk berdakwah di Alam Nusantara

Ada mcm teori tentang kedatangan Islam ke Alam Nusantara. Antaranya Islam disebarkan oleh Malabari. Sebab tu baru kaum Malabari meminta status sebagai bumiputera dengan alasan bahawa mereka sebenarnya yg jadi penyebar Islam ke alam Nusantara.

Jadi meh kita balik ke tamadun Sungai Batu bagi memahami mcm mana Islam boleh sampai ke Nusantara.

Tamadun Sungai Batu wujud kira antara 500 ke 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa a.s berdasarkan karbon testing yg dibuat terhadap loji peleburan besi yg dijumpai di kawasan kebun kelapa sawit di Sungai Batu, Kedah. Yg membuatkan Sg Batu ni menarik, adalah loji pelebur besi adalah yg tercanggih pada zaman tersebut dan membuktikan org Melayu telah lama bermain dgn besi sejak 2500 tahun lampau.. Makna kata dakwaan org Melayu tak mampu buat jarum terbatal dgn kewujudan loji pelebur besi di Sungai Batu. Memandangkan Sg Batu adalah pusat pembuatan besi dan Kedah Tua terkenal sebagai salah 1 dari 3 pengeluar besu terbaik dunia masa silam selain Yemen dan India, maka dipercayai Melayu telah mempunyai interaksi perdagangan dgn timur tengah spesifik dgn kaum Yahudi.

Jadi meh kita pi pulak ke tamadun Melayu yg lebih besar dan hebat berbanding Melaka, Sriwijaya. Sriwijaya bukan saja kerajaan Melayu yg bersifat Maritim tapi juga mempunyai sistem pemerintahan yg menarik berbanding kerajaan yg sezaman iaitu jika salah sebuah kota pemerintah jatuh ke tangan musuh, pemerintahan dpt diteruskan dari kota lain. Dan antara kota pemerintahan Sriwijaya yg terkenal adalah Kedah Tua yg mana terletaknya pelabuhan antarabangsa terkenal iaitu di Lembah Bujang.

Kita pi balik pada ayat "Maharaja Sriwijaya tulis dan minta diantar seorg yg berpengetahuan meluas ttg Islam kepada Khalifah Umar Abdul Aziz"...jauh sebenarnya Kepulauan Melayu dgn timur tengah tapi mcm mana Sri Indrawarman boleh tau tentang kedatangan Nabi Muhammad saw?

Jawapannya terletak pada Sungai Batu. Memandangkan hubungan perdagangan antara Sungai Batu dan Timur Tengah telah wujud hampir lebih 2000 tahun maka pasti pedagang Melayu tau tentang kedatangan Nabi Muhammad saw yg ditunggu oleh Yahudi. Ditambah pulak citer tentang Islam oleh pedagang Arab yg membuak kan keinginan Sri Indrawarman untuk belajar tentang Islam, maka baginda sendiri yg membukakan jalan kepada Islam untuk berkembang hingga lah tertubuhnya kerajaan pertama islam di alam nusantara iaitu Pasai.

Dakwaan kaum Malabari yg mengatakan depa adalah penyebar islam sebenarnya di Nusantara hanya bersandarkan kepada persamaan batu nisan yg dijumpai di Pasai milik Sultan Malik Al Salih 1297M dgn batu nisan yg terdapat di Gujerat India. Sedangkan bukti bersurat menunjukkan Melayu sendiri yg menjemput Islam datang ke Nusantara kira 500 tahun lebih awal.

Oh lupa nak mention, dakwaan geng Chola bahawa Kedah Tua depa bangunkan terbatal dgn bukti Tamadun Sg Batu mcm mana dakwaan Malabari terbatal dgn wujudnya surat Sri Indrawarman.

Bangsa Melayu bangsa tua yg mempunyai sejarah dan teknologi yg hebat.. Cuma kelemahan nenek moyang untuk menulis tentang sejarah Melayu membuatkan Melayu makin lupa tentang sejarah dan kehebatan yg pernah depa miliki.

Maaf tulisan sy sgt membosankan.. Tgh cuba baiki penulisan supaya pembaca tak mengantuk. 
surat raja sriwijaya kepada ulama arab minta les privat agama islam


GDP Network
© 2019 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved
Ikuti KASKUS di