
Kartun adalah lukisan atas kertas sama ada dalam bentuk nyata atau maya yang menggambarkan watak manusia, haiwan atau makhluk khayalan[1] . Jika kartun itu dilukis didalam kotak-kotak dan diletakkan bersama dialog beserta lukisan latar belakang atau tidak, maka ia dikenali sebagai komik. Apabila kartun itu dilukis diatas berhelai-helai kertas dan digerak-gerakkan maka ia dikenali pula sebagai animasi.
Anime[3] tu adalah kata singkatan dari perkataan English yang berbunyi Animation, orang Jepun mengeja perkataan English menggunakan tulisan Katakana, tulisan Katakana ini ditulis berdasarkan bunyi perkataan itu, maka Animation pun menjadi Animeshon (アニメーション). Disebabkan perkataan Animeshon itu adalah agak panjang untuk disebut hari-hari oleh orang Jepun, maka ianya dipendekkan bagi memudahkan sebutannya, maka terbitlah perkataan Anime (アニメ).
KESIMPULAN
Oleh yang demikian maka kesimpulannya, anime itu adalah kartun dan kartun itu bukan anime. Siri animasi Ben10 adalah kartun yang juga sebenarnya adalah Anime. Siri animasi Spongebob Squarepants juga adalah anime sama taraf dengan siri Shin-chan (Dik Cerdas), Doraemon, Naruto, Naruto Shippuden, Fairy Tail, Bleach, Digimon, Avatar: Ang the last Airbender, Red:Akai, Boboiboy, Upin dan Ipin, Bola Kampung, Usop Sontorian, Keluang Man, Batman, Spiderman dan banyak lagi judul-judul lain. Kartun bukan anime kerana ia tidak dianimasikan, tetapi animasi atau anime adalah kartun kerana ia adalah kartun yang dianimasikan. Jadi, bebaskan minda anda! Terimalah anime adalah kartun!