1. Rhein II oleh Andreas Gursky. Dijual pada 8 November 2011 dengan harga $4,338,500.
Gambar termahal ini dihasilkan pada 1999. Ia adalah gambar kedua (juga terbesar) dari enam gambar yang menggambarkan Sungai Rhein. Perincian gambar yang minimalis bukan terhasil secara kebetulan. Ia telah disunting secara digital untuk menghilangan gambar asal seperti anjing dan bangunan kilang. Rhine II telah dicetak pada saiz 350cm x 200cm.
2. Untitled #96 oleh Cindy Sherman. Dijual pada May 2011 dengan harga $3,890,500.
Sherman mengadopsi kepribadian seorang gadis remaja dalam hal ini besar, hampir seukuran-foto - berbaring telentang di lantai, menggenggam sebuah halaman yang disobek dari iklan baris koran. Siapa gadis ini? Kenapa dia tergeletak di lantai? Apakah dia licik untuk menemukan cinta sejati, atau korban patah hati dari hubungan cinta gagal? Pekerjaan memancarkan shock dan konfrontasi melalui skala dan keberanian Sherman ketat komposisi framing, namun sosok di pusat karya tersebut juga menawan dan anehnya rentan. Sherman menempatkan konflik di jantung pekerjaannya, karena dia mempertanyakan, tidak hanya media fotografi, tetapi juga asumsi-asumsi kita yang lebih luas tentang gender dan kebenaran dalam dunia modern ... Gadis dalam gaun motif kotak tidak memenuhi pandangan kita tapi malah terlihat off kejauhan, seolah-olah terganggu oleh mimpi dari sebuah hubungan cinta yang tak terbalas atau asmara yang masih bagian dari imajinasi nya. Namun naif sekolahan nya dikhianati oleh darah kukunya baru dicat merah, pipi berat rouged dan lipstik merah terang - semua tanda-tanda berkembang seksualitas, semua ditingkatkan dengan hem terbalik provokatif roknya ...

3. 99 Cent II Diptychon oleh Andreas Gursky. Dijual pada Februari 2007 dengan harga $3,346,456, November 2006 dengan harga $2.48 juta (cetakan kedua) dan May 2006 dengan harga $2.25 juta (cetakan ketiga).
Jika dijumlahkan kesemua lelongan gambar ini adalah gambar temahal yang pernah dijual dengan jumlah harga $8.07 juta. 99 Cent II Diptychon menceritakan suasana di sebuah pasar raya. Dengan mengurangkan dan meluaskan ruang antara baris, gambar ini memberikan perasaan yang hebat dan luar biasa. Penonjolan warna yang ditekankan dalam gambar 99 Cent II Diptychon menggambarkan taktik pemasaran yang berkesan oleh penjual kepada pembeli.
4. The Pond-Moonlight oleh Edward Steichen. Dijual pada Februari 2006 denga harga $2,928,000.
Gambar ini diambil pada 1904 di Mamaroneck, New York berhampiran rumah sahabat Steichen iaitu Charles Caffin yang juga seorang pengkritik seni. Gambar ini adalah antara gambar terawal untuk fotografi berwarna mendahului teknik foto berwarna yang lebih popular: 1907 autochrome. The Pond-Moonlight telah dihasilkan secara manual dengan menggunakan gumi peka-cahaya (light-sentitive gums).
5. Untitled #153 oleh Cindy Sherman. Dijual pada November 2010 dengan harga $2,700,000.
Karya Sherman ini berketinggian enam kaki dicetak menggunakan warna chromogenic. Ia memaparkan seorang artis sebagai mayat yang berlumuran lumpur.
6. Billy the Kid oleh Tidak Diketahui. Dijual pada Jun 2011 dengan harga $2,300,000.
William H. Bonney (23 November1859 - 14 Julai 188) lebih dikenali sebagai Billy Kid atau Henry Antrim, yang merupakan penembak abad ke-19 Amerika yang menyertai Perang County Lincoln. Menurut legenda, dia telah membunuh 21 orang tetapi maklumat lain menyatakan dia hanya membunuh diantara empat dan sembilan orang sahaja. Gambar di atas (dipercayai satu-satunya gambar Billy Kid yang masih wujud) diserahkan sendiri oleh Billy kepada rakannnya Dan Dedrick dan telah menjadi harta milik keturunan Dendrik sehingga ia dijual.
7. Tobolsk Kremlin oleh Dmitry Medvedev. Dijual pada Januari 2010 dengan harga $1,750,000.
Gambar 'Kota Kubu' Kremlin di bandar Tobolsk, Russia diambil oleh Presiden Russia, Dmitry Medvedev. Harga lelongan gambar ini telah mengatasi harga lukisan bekas presiden Vladimir Putin yang dijual dengan harga $1,200,000.
8. Nude oleh Edward Weston. Dijual pada April 2008 dengan harga $1,609,000.
Gambar ini adalah salah satu dari siri gambar Nude diambil pada 1925. Gambar ini hanya menunjukkan bahagian belakang badan, punggung dan bahu supaya identiti empunya badan tidak dikenali. Foto ini digambarkan sebagai
"a timeless, formal simplicity that suggests a poetic rendering of a cloud formation in the sky"dan juga
“almost like a stark landscape”.
9. Georgia O'Keeffe (Hands) oleh Alfred Stieglitz. Dijual pada Februari 2006 dengan harga $1,470,000.
O'Keeffe mula mendapat perhatian oleh komuniti seni di New York pada 1916. Pada masa tersebut wanita dilarang dari mempelajari seni di kolej dan universiti di Amerika. O'Keeffe mula menghasilkan lukisan seni abstrak mulai 1910 dan dalam tempoh sedekad beliau telah meletakkan dirinya sebagai artis penting dan ikon dalam seni lukisan moden. Kedua-dua gambar
(Georgia O'Keeffe Nude dan Georgia O'Keeffe (Hand))diambil oleh suaminya Alfred Stieglit.
10. Georgia O'Keeffe Nude oleh Alfred Stieglitz. Dijual pada Februari 2006 dengan harga $1,360,000.
Sengaja Ga ane tayangin Karena sedikit kearah sana
11. Untitled (Cowboy) oleh Richard Prince. Dijual pada November 2005 dengan harga $1,248,000.
Gambar ini bukanlah gambar asli dari sebuah kamera. Untitled adalah sebuah gambar yang diambil semula (
rephotograph) dari gambar original oleh Sam Abell untuk sebuah iklan rokok Malboro Man.
12. Dovima with elephants oleh Richard Avedon. Dijual pada November 2010 dengan harga $1,151,976.
Gambar
Dovima with elephantsdiambil di Cirque d'hiver, Paris pada August 1955. Gaun yang dipakai oleh Dovima merupakan gaun malam pertama direka untuk Cristian Dior oleh pembantunya Yves Saint-Laurent.
13. Nautilus oleh Edward Weston. Dijual pada April 2010 dengan harga $1,082,500.
Nautilus adalah foto hitam-putih yang diambil oleh Edward Weston pada tahun 1927 yang menunjukkan sebuah cengkerang
nautilusdengan latar belakang yang gelap. Foto ini dikatakan "tanda aras kemodenan dalam sejarah fotografi."
14. One oleh Peter Lik. Dijual pada Disember 2010 dengan harga $1,000,000.
Gambar ini diambil oleh jurugambar lanskap Auralia, Peter Lik dan telah dibeli oleh seorang pengumpul seni yang dirahsiakan namanya. Gambar ini diambil di tebing Sungai Androscoggin di New Hampshire selepas waktu subuh. Hanya satu cetakan '
One' dikeluarkan. Menurut Lik, beliau melihat refleksi gabungan pokok birch putih, pepohon kehitaman dan kaleidoskop dedaun yang menghasilkan ilusi tiga dimensi mengkagumkan. Gambar ini diambil dengan sekali petikan.
15. Joueur d'Orgue oleh Eugène Atget. Dijual pada April 2010 dengan harga: $686,500.
Gambar ini adalah salah satu dari sini gambar ‘Picturesque Paris’ yang dihasilkan oleh Atget pada penghujung 1809. Gambar ini memaparkan pemain organ di sebuah jalan di Paris. Pemain-pemain muzik pada masa tersebut berperanan seperti surat khabar. Lagu-lagu yang dihasilkan mereka sering diilhamkan dari peristiwa-peristiwa semasa dan secara tidak langsung mereka menyebarkan berita dan idea kepada masyarakat.