Pengaturan

Gambar

Lainnya

Tentang KASKUS

Pusat Bantuan

Hubungi Kami

KASKUS Plus

© 2024 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved

rencu21Avatar border
TS
rencu21
Operasi di negara tetanga malaysia. memburu pati (pekerja asing tanpa izin)
Oleh Mohd Husni Mohd Noor, Salman Hamat,
Fardy Bungah, Na'imah Mohamed, Azma Razana
Johari, Nursaliawati Salberi, Helmy Abdul Rahman dan Shamsul Munir.

CUBA lari dengan memanjat siling (platfom). di Pulau Pinang dan baling batu di Kota Kinabalu belum dapat melepaskan pendatang asing tanpa izin (Pati) daripada dicekup pihak berkuasa yang melancarkan operasi besar-besaran, di seluruh negara, bermula tengah malam tadi. Di PUTRAJAYA, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengotakan janjinya apabila mengetuai lebih 500 penguatkuasa dalam operasi besar-besaran mengempur Pati yang dijalankan serentak di seluruh negara, sebentar tadi.
Ahmad Zahid menyertai lebih 500 penguatkuasa membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia; Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela); Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menyerbu sarang Pati berdekatan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang. Ketika melancarkan operasi sebentar tadi, Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak akan berlembut lagi terutama dalam usaha membanteras Pati di negara ini.
Spoiler for penampakan:


Menurutnya, kerajaan sudah memberi tempoh
mencukupi buat majikan untuk mendaftarkan
pekerja asing mereka terutama menerusi
Program Khas Pemutihan Pati (PKPP) yang baru
sahaja tamat jam 12 malam tadi.
"Kami tidak mahu kerajaan dituduh 'tin kosong'
justeru, saya sendiri turun untuk menyertai
operasi ini hari ini," katanya.
Justeru, katanya, operasi ini dilancarkan
serentak seluruh negara bagi memastikan Pati
diusir dari Malaysia.
Sementara itu, katanya, pihaknya tidak akan
melanjutkan tempoh PKPP kerana tempoh
diberikan sebelum ini sudah mencukupi.
Hadir sama pada operasi berkenaan Ketua
Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.
Di JURU, 102 pegawai dan anggota Jabatan
Imigresen, Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia
(Rela) dan Jabatan Pendaftaran negara
menjalankan pemeriksaan di flet di Taman
Pelangi, di sini, terkenal sebagai penempatan
warga asing.
Dalam pemeriksaan Op Pati bermula 1 pagi tadi,
40 warga asing dari Indonesia, Bangladesh dan
Vietnam termasuk dua kanak-kanak ditahan
kerana melakukan kesalahan mengikut Akta
Imigresen.
Pihak berkuasa terpaksa memecahkan pintu
premis berikutan kengganan warga asing
memberikan kerjasama ketika pemeriksaan
dijalankan.
sehingga jam 1.30 pagi tadi proses semakan
dokumen masih dijalankan ada warga asing
dikesan bersembunyi dalam tangki air.
Di KUALA LUMPUR, 230 anggota daripada
pelbagai agensi kerajaan terbabit dalam operasi
Op 6p Bersepadu yang diketuai Timbalan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi
Tuanku Jaafar
Dalam operasi membabitkan enam agensi
antaranya 52 anggota Jabatan Imigresen
Malaysia, 55 anggota Polis Diraja Malaysia
(PDRM), RELA (44), JPAM (12), DBKL (50) dan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Di SHAH ALAM, 19 warga asing termasuk
seorang wanita ditahan dalam operasi besar-
besaran kawasan rumah kongsi di Denai Alam,
di sini, bermula jam 12 tengah malam tadi.
Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan
Imigresen Selangor Othman Montil berkata
operasi disertai 33 pegawai dan anggota dari
Imigresen Selangor, 33 anggota RELA dan empat
pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Di KUALA TERENGGANU, 154 anggota terdiri
Imigresen, RELA, SPRM, JPAM dan JPN negeri
mengadakan Ops Pati di sini bermula jam 12.45
pagi. Anggota penguatkuasa dibahagikan kepada tujuh kumpulan yang ditugaskan memeriksa antara tujuh hingga 20 lokasi sekitar bandar raya ini. Dalam operasi pertama dilakukan di sebuah rumah sewa berhampiran Pantai Batu Burok, anggota penguat kuasa memerlukan kira-kira setengah jam mengetuk dan mengarahkan pintu rumah dibuka sebelum seorang lelaki India berusia lewat 30-an muncul membuka pintu. Enam PATI ditahan kerana kesalahan permit kerja tamat tempoh. Di ARAU, 26 termasuk 25 lelaki dan seorang wanita Pati ditahan dalam Operasi 6P bersepadu. Di dalam operasi yang bermula pada 12.30 tengah malam dan berakhir 2 pagi itu beberapa agensi penguatkuasa menyerbu dua lokasi berasingan di Ulu Pauh di sini. Ketua Operasi, Mohd Zulhilmi Zulkifly, berkata 50 anggota penguatkuasa terdiri daripada PDRM, JPAM, Rela,JPN dan Imigresen menahan kesemua mereka terdiri daripada 10 warga Myammar,14 Bangladesh dan dua dari Indonesia itu. Zulhilmi yang juga Timbalan Pengarah Imigresen negeri itu berkata seramai 99 orang diperiksa dibdalam operasi berkenaan.
"Operasi yang dianggap berjaya ini berjalan lancar dan antara kesalahan yang didapati dilakukan adalah tidak memiliki permit kerja dan dokumen perjalanan tamat tempoh. "Kesemua mereka yang ditahan akan dihantar ke Kompleks Imigresen negeri bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Spoiler for sumur:

Spoiler for kesimpulan:

Spoiler for maaf:
Diubah oleh rencu21 20-01-2014 21:09
0
2.6K
1
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Urutan
Terbaru
Terlama
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Komunitas Pilihan