cipitladameAvatar border
TS
cipitladame
Malaysia Tingkatkan Pengawasan Terhadap Nelayan Ilegal Indonesia
GEORGE TOWN, 9 Okt (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) wilayah utara mengambil pelbagai langkah terbaik untuk memastikan perairan di kawasan itu bebas daripada pencerobohan nelayan asing.

Ketua Penguat Kuasa Wilayah Maritim Utara Laksamana Pertama Tan Kok Kwee berkata antara langkah yang diambil ialah meletak bot-bot penguatkuasa di kawasan panas dan memantau kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti.

Antara kawasan 'panas' yang dikenal pasti di wilayah utara ialah Teluk Bahang, Teluk Kumbar, sekitar perairan Pulau Kendi serta Pantai Acheh.

Beliau berkata selain aritu pihaknya juga meyediakan bot untuk menangkap penceroboh apabila menerima aduan daripada nelayan.

Sehingga kini, pencerobohan nelayan asing di kawasan perairan wilayah utara terkawal, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Pertandingan Menembak Antara Media anjuran APMM Daerah Maritim 2 Pulau Pinang di sini Rabu.

Beliau berkata pencerobohan nelayan asing yang sering dilaporkan di kawasan wilayah utara ialah dari Thailand dan Indonesia.

Sebanyak 19 kes melibatkan pencerobohan nelayan asing Indonesia dilaporkan tahun ini, katanya.


http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=984410

nelayan2 ilegal tersebut harus dihukum tegas emoticon-army:
0
926
4
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Urutan
Terbaru
Terlama
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Komunitas Pilihan