- Beranda
- Komunitas
- Entertainment
- The Lounge
BBM akan hadir untuk ios dan android(MASUKGAN)


TS
cyberdeck
BBM akan hadir untuk ios dan android(MASUKGAN)



Setelah pelbagai desas-desus kedengaran
sejak tahun lepas, hari ini ia diumumkan
secara rasmi yang mana perkhidmatan
permesejan BlackBerry popular, iaitu
BBM (BlackBerry Messenger) akan
hadir ke platform Android dan juga iOS
pada tahun ini..
Sebagai permulaan, perkhidmatan
permesejan dan membuat kumpulan akan
disokong, dan ia akan diperluaskan untuk
sokongan panggilan suara, perkongsian
skrin dan sebagainya secara berperingkat.
Untuk pengguna Android, mereka akan
memerlukan versi Android 4.0 Ice Cream
Sandwich dan terkini, manakala untuk
pengguna iOS pula, mereka akan
diperlukan untuk menjalankan sistem
operasi iOS 6 dan terkini.
Buat masa ini, BBM mempunyai lebih
60 juta pengguna aktif bulanan, dan
mungkin dengan pengenalan ia kepada
Android dan iOS, perkhidmatan ini akan
lebih meluas digunakan dikalangan
pengguna seluruh dunia.
Kedua-dua aplikasi ini, iaitu untuk
Android dan iOS akan ditawarkan secara
percuma. Lebih maklumat berkaitan
dengannya akan diketahui sebaik sahaja
menghampiri tarikh pelancarannya kelak.
Sekian thread dari ane semoga bermanfaat Kaskus yang baik wajib komeng and kasih

Diubah oleh cyberdeck 17-05-2013 02:55
0
2K
12


Komentar yang asik ya
Urutan
Terbaru
Terlama


Komentar yang asik ya
Komunitas Pilihan