- Beranda
- Komunitas
- News
- Berita dan Politik
Tiga Pengungsi Rohingya Dalang 27 Kasus Mematikan Tewas di Tangan Polisi Malaysia


TS
krekoe7
Tiga Pengungsi Rohingya Dalang 27 Kasus Mematikan Tewas di Tangan Polisi Malaysia
Quote:

GOMBAK: Polis menumpaskan satu geng pecah rumah dan samun didalangi pelarian etnik Rohingya selepas menembak mati tiga anggota kumpulan itu dalam kejadian berbalas tembak di Taman Selayang Jaya, Selayang di sini, tengah malam tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata ketiga-tiga suspek berusia 30-an itu yang menaiki sebuah kereta jenis Ford Fiesta dikesan di kawasan itu oleh sepasukan anggota rondaan cegah jenayah, kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Beliau berkata, ketika diarahkan berhenti untuk pemeriksaan, suspek enggan memberi kerjasama dan mula bertindak agresif dengan melepaskan tembakan ke arah polis.
"Berikutan itu, anggota polis melepaskan tembakan balas ke arah kereta suspek dan berlaku insiden berbalas tembakan. Suspek melepaskan tiga das tembakan ke arah polis.
Polis yang melepaskan tujuh das tembakan ke arah kereta suspek berjaya menumpaskan kumpulan itu. Pemeriksaan mendapat ketiga-tiga suspek dalam keadaan berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini, tadi.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dan Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir.
Hussein berkata, pemeriksaan menemui dua kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) pada diri dua daripada suspek, manakala seorang lagi suspek didapati tiada dokumen pengenalan diri.
Polis turut menemui sebilah parang panjang dan dua pistol jenis Revolver dalam kereta suspek.
"Bagaimanapun, semakan lanjut ke atas suspek tanpa identiti itu mendapati dia adalah etnik Rohingya mempunyai rekod jenayah berkait kes pecah rumah dan samun sejak 2011 dan pernah dipenjarakan pada 2016 dan 2017 atas jenayah itu.
"Kita percaya ia geng yang sama mendalangi jenayah itu sejak 2011 bukan sahaja di Selangor malah di Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Pulau Pinang," katanya.
Hussein berkata, sejak 2011 hingga kini, geng itu dipercayai mendalangi sekurang-kurangnya 50 kes pecah rumah dan samun di enam negeri terbabit.
"Untuk tempoh sepanjang tahun ini sahaja, kumpulan itu mendalangi 27 kes samun dan rompak di Selangor membabitkan kerugian mencecah RM1.3 juta.
"Kes terbaharu di Selangor membabitkan geng ini adalah pada 8 Disember lalu di Batang Kali, Hulu Selangor yang melarikan tiga jam tangan Rolex dan dua jam tangan Hublot dengan nilai kerugian RM445,000," katanya.
Katanya, pada November lalu, rekod menunjukkan kumpulan ini mendalangi dua kes pecah rumah di Hulu Selangor, masing-masing pada 5 dan 19 November lalu dengan kerugian mencecah RM48,000.
"Modus operandi kumpulan ini adalah mensasarkan kediaman yang penghuninya tiada di rumah sebelum memecah masuk dan melarikan barangan berharga," katanya.
Hussein berkata polis menjalankan semak lanjut dengan pihak UNHCR di negara untuk mengesahkan identiti kedua-dua suspek yang ditemui dengan kad suruhanjaya itu untuk memastikan kesahihan identiti mereka.
"Kumpulan ini memang menjadi buruan pihak polis dan sebelum ini mereka melakukan jenayah dengan bersenjatakan parang, namun kini mereka didapati menukar modus operandi dengan bersenjatakan pistol.
"Kita masih menjalankan siasatan lanjut punca dari mana pistol ini diperolehi dan sama ada dua pistol itu pernah digunakan untuk jenayah lain. Kita juga sedang mengesan saki baki anggota kumpulan ini.
Dalam kejadian malam tadi, katanya ketiga-tiga suspek yang tinggal di sekitar Batu Caves dan Selayang dipercayai sedang merancang untuk melakukan pecah rumah.
Katanya, rekod menunjukkan kumpulan ini sering melakukan pecah rumah dan samun di kawasan Hulu Selangor dan Ulu Yam, serta Batu Caves dan Selayang.
Hussein berkata siasatan lanjut kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
https://www.bharian.com.my/berita/ke...-tembak-dengan
Spoiler for Gambar:

Sedih rasanya melihat muslim Rohingya di mana2 selalu saja dizalimi.
#SaveRohingya

Diubah oleh krekoe7 24-12-2023 05:03






BALI999 dan 6 lainnya memberi reputasi
5
682
Kutip
24
Balasan


Komentar yang asik ya
Urutan
Terbaru
Terlama


Komentar yang asik ya
Komunitas Pilihan