- Beranda
- Komunitas
- News
- Berita dan Politik
Kecewa wang tabungan dimakan anai-anai

TS
goldjempol
Kecewa wang tabungan dimakan anai-anai
JAKARTA: Seorang wanita kecewa apabila mendapati wang simpanannya bernilai 15 juta rupiah (RM4,330) musnah dimakan anai-anai.
Menurut laporan Kompas.com, berdasarkan klip video yang dimuat naik dalam media sosial itu, Nurhaya, 49, dilihat menunjukkan beg plastik hitam mengandungi wang yang disimpannya kepada penduduk setempat.
Menurutnya, wang itu dikumpul selama beberapa tahun dan disimpan di bawah tilam di biliknya.
Wanita yang berasal dari daerah Iwoimendaa, Sulawesi itu memaklumkan, wang berkenaan mahu digunakannya untuk membeli kelengkapan dan pengubahsuaian rumahnya.
"Saya simpan di bawah tilam kerana lebih mudah diambil apabila saya memerlukannya.
"Apabila saya fikir sudah cukup untuk membeli keperluan itu, saya mengambil wang itu, namun kecewa kerana keadaannya tidak bagus berikutan sudah dimakan anai-anai," katanya.
Atas nasihat jirannya, Nurahaya pergi ke bank untuk mengetahui sama ada wangnya yang musnah itu dapat digantikan.
Bagaimanapun, beliau hanya menerima ganti rugi daripada pihak bank sebanyak 900,000 rupiah (RM259) bagi pecahan wang 100,000 (RM28) rupiah dan 50,000 (RM14) yang rosak. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/dunia/ase...akan-anai-anai

justsightseeing dan 2 lainnya memberi reputasi
-3
591
4

Komentar yang asik ya
Urutan
Terbaru
Terlama

Komentar yang asik ya
Komunitas Pilihan