- Beranda
- Komunitas
- News
- Berita dan Politik
Polis Indonesia larang anggota pamer kehidupan mewah

TS
goldjempol
Polis Indonesia larang anggota pamer kehidupan mewah
JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin, menyokong arahan Polis Nasional supaya pegawai tidak menonjolkan gaya hidup serba mewah.
Malah beliau turut menasihatkan penjawat awam lain supaya mengambil pengajaran daripada arahan itu dan mempamerkan kesederhanaan dalam kehidupan seharian.
Ibu pejabat polis Indonesia, baru-baru ini mengeluarkan pekeliling mengenai kod etika, mengarahkan pegawai supaya tidak menunjukkan, menggunakan atau mempamerkan peralatan mewah di dalam dan luar pejabat.
Ia menyatakan, perkara itu membawa kepada iri hati dan cemburu kepada institusi polis.
Pekeliling itu, yang juga mengarahkan pegawai mengelak daripada memuat naik gambar atau video mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial, ditandatangani Ketua Unit Hal Ehwal Dalaman Polis Nasional, Inspektor Jeneral Listyo Sigit Prabowo, pada 15 November lalu.
Ma’ruf berkata, arahan seumpama itu boleh diguna pakai institusi awam lain kerana percaya ia boleh mencetuskan kesan positif dalam menggalakkan penjawat awam tidak mempamerkan gaya hidup mewah.
“Saya rasa arahan itu baik kerana ia membantu mengelakkan kebencian awam atau rasa tidak puas hati.
“Ia akan menjadi lebih baik jika diikuti institusi lain dalam mempromosikan kesederhanaan,” kata Ma’ruf.
Pekeliling polis menyebut hukuman keras menanti kakitangan yang melanggar arahan itu tetapi tidak menyatakan jenis hukuman atau apa yang dianggap barangan mewah.
https://www.bharian.com.my/dunia/ase...ehidupan-mewah

4iinch dan 3 lainnya memberi reputasi
4
761
6

Komentar yang asik ya
Urutan
Terbaru
Terlama

Komentar yang asik ya
Komunitas Pilihan