goldjempolAvatar border
TS
goldjempol
Abang 'naik hantu' sepak muka adik berkali-kali
KUALA TERENGGANU - Seorang abang tergamak menyepak muka adik perempuannya di sebuah rumah di Kampung Telaga Daing Seberang Takir, Kuala Nerus, Khamis lalu.

Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari berlaku ketika mangsa, 20-an bersama ibu sedang berehat di rumah sebelum dikejutkan dengan kepulangan suspek, 30-an, dalam keadaan marah-marah.

Menurut sumber, meskipun melihat keadaan suspek ketika itu yang tidak terurus, mangsa tidak mengendahkan sehinggalah lelaki itu menghampirinya dan bertindak menyepak mukanya beberapa kali.

"Perbuatan itu turut disaksikan oleh ibu mereka, 50, yang turut berada bersama lalu membawa mangsa menyelamatkan diri bersembunyi di dalam bilik sebelum bertindak mengunci dan menahan pintu itu daripada dipecah masuk oleh suspek.

"Namun suspek yang semakin 'naik hantu' bertindak menendang pintu tersebut sekuat hati sehingga turut mencederakan ibunya.

"Akibat kejadian itu, ibunya dihantar ke Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ) untuk rawatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sumber berkata, bimbang dengan keselamatan diri dan ahli keluarga, ibu suspek kemudiannya membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan ada menerima laporan kejadian di Balai Polis Kuala Terengganu, di sini.

Jelasnya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
tien212700
tien212700 memberi reputasi
1
2.7K
23
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Urutan
Terbaru
Terlama
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Komunitas Pilihan