- Beranda
- Komunitas
- News
- Berita dan Politik
Firza kini jadi Saksi Kes Rizieq

TS
presiden.trump
Firza kini jadi Saksi Kes Rizieq
Firza kini jadi Saksi Kes Rizieq
Hari ini, 2:28 tengahari Hari ini, 2:53 tengahari

GLOBAL | Wanita yang dikaitkan dengan Skandal Sembang Seks dengan pemimpin Front Pembela Islam (FPI), Firza Husein, hari ini muncul di Ibu Pejabat Polis Metro Jaya, Jakarta.
Dia - dilihat mengenakan pakaian serba hitam - hadir bersama peguam, Azis Yanuar, serta seorang wanita yang tidak dikenali.
Kali ini Firza dikatakan hadir untuk diambil keterangan sebagai saksi pendakwa. Ibu tunggal itu sebelum ini sudah dianggap suspek oleh pihak polis dan mungkin akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.
Status Firza sebagai saksi itu disahkan Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Prabowo Argo Yuwono, lapor Tempo.
Firza hadir di ibu pejabat polis itu kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan) dan terus masuk ke bangunan itu tanpa memberikan sebarang kenyataan kepada media yang menunggu di luar.
Sumber polis pula berkata Firza diminta memberi keterangan berhubung kandungan sebuah laman sesawang yang memuatkan perbualan intim hal-hal atas ranjang antara dia dengan seorang lelaki didakwa Rizieq Shihab.
Laman sesawang itu, kata polis, berpangkalan di AS.
Rizieq - seorang tokoh berpengaruh dan lantang berkempen mendesak Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok didakwa atas tuduhan menghina Islam - kini berada di Arab Saudi.
Polis Indonesia sudah mengeluarkan waran tangkap ke atas ulama FPI itu. Dia pula menafikan berlindung di Arab Saudi atau takut didakwa di mahkamah.
Dia juga menafikan terbabit dalam sembang seks dengan Firza itu.
Kata sumber polis, Firza tidak membawa sebarang bahan bukti hari ini sebaliknya hanya diminta memberi keterangan lisan.
"Bahan bukti daripada Firza sudah diperolehi polis sebelum ini," katanya.
Untuk rekod, pihak berkuasa dilaporkan merampas pelbagai bahan yang dianggap sebagai bukti berdasarkan beberapa kemping gambar bogel yang terkandung dalam perbualan menggunakan aplikasi WhatsApp itu.
Khidmat pakar forensik juga digunakan dalam siasatan berkenaan.
Rizieq, 51, bapa kepada tujuh anak itu dan Firza boleh didakwa mengikut Akta Pornografi 2008 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun.
Sebelum ini Firza sudah diminta hadir ke ibu pejabat polis itu pada 7 Jun untuk memberi keterangan. Bagaimanapun dia tidak dapat ke situ kerana menghadapi masalah kesihatan.
Kedatangan Firza sebagai saksi hari ini adalah yang pertama kali. Terdahulu dia dipanggil sebanyak dua kali untuk disiasat bagi kes yang melibatkan dirinya sendiri.
Penyokong Rizieq mendakwa kes yang dikaitkan dengan tokoh itu adalah konspirasi pihak tertentu untuk membalas dendam.
http://www.malaysiakini.com/news/385324
Demikianlah Perkembangan Berita Hari ini.... Skandal Sembang Seks Rizieq vs Firza dari Negeri Seberang...
Seronok tak ?....

Diubah oleh presiden.trump 12-06-2017 23:35
0
1.8K
11

Komentar yang asik ya
Urutan
Terbaru
Terlama

Komentar yang asik ya
Komunitas Pilihan