paramaviaAvatar border
TS
paramavia
MALAYSIA TERANG - TERANGAN GAN!!!!!


kosmo
Rakyat Malaysia tidak
dibenarkan melawat negara
Israel
Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan
negara Israel haram dilawati oleh rakyat
Malaysia. Ini kerana Malaysia tidak
mengiktiraf negara terbabit. Perang Israel
- Palestin yang berterusan menyebabkan
kawasan itu sangat berbahaya. Sebelum
ini, negara-negara lain seperti China
dilarang dilawati kerana China
menyokong perjuangan Parti Komunis
Malaya . Korea Utara dan Afrika Selatan
juga termasuk 92 negara yang dilarang.
tetapi kini hanya tinggal Israel sahaja.
Pada 6 Julai 1994, Pengerusi Kumpulan
Melewar Corporation Bhd. dan MBf,
Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman
telah membuat pengakuan bahawa beliau
telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun
1994. Pengakuan Tunku Abdullah ini telah
disiarkan dalam Utusan Malaysia dan
mengejutkan ramai pihak. Beliau
dikatakan rakyat Malaysia pertama
melawat negara Israel sejak 1957. Tunku
Abdullah merupakan anak kepada Yang
DiPertuan Agong yang pertama.
Pada 17 Julai 1994, akhbar Berita Harian
melaporkan Tunku Abdullah dijemput
menemui Yizhak Rabin dan Shimon
Peres . Potensi pelancongan rakyat
Malaysia ke Baitul Maqdis amatlah besar.
Dalam kes Gilad Feldman dari Israel,
beliau tidak dapat hadiah utama 2GB iPod
Nano dari “LiewCF.com Survey 2006”
kerana tidak ada hubungan antara
Malaysia dengan Israel. [1]
Pada 21 Mac 1997 pasukan kriket Israel
dibenarkan menyertai pertandingan
bertaraf antarabangsa itu di Kuala
Lumpur. Kebenaran itu diberikan oleh
Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir
Mohamad atas semangat kesukanan.
Mereka hadir dalam Kejohanan Kriket
Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC).
Kehadiran mereka mengundang
demontrasi oleh mahasiswa di
perkarangan Universiti Malaya . Turut
ditahan ialah Mahfuz Omar dari PAS.
Pada 29 Julai 2008, Pasukan bola sepak
Chelsea dari Britain yang telah
mengadakan perlawanan persahabatan
dengan Malaysia mengundang
kontroversi. Ini kerana pasukan itu
mempunyai dua pemain warga Israel iaitu
pengurus pasukan, Avram Grant dan
pemain pertahanan, Tal Ben Haim.
Pada 21 Julai 2011, Pasukan bola sepak
Chelsea sekali lagi menjadi sasaran
ejekan sebahagian besar penonton yang
mengejek seorang pemain Chelsea yang
berasal dari Israel iaitu Yossi Benayoun.
Perkara itu telah menjadi bahan utama
bualan seluruh dunia yang menuduh
Malaysia mempunyai sifat perkauman
yang tinggi kepada rakyat Israel.
Pengurus Chelsea Villa Boas meminta
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
membuat kenyataan rasmi dan memohon
maaf diatas kejadian yang berlaku. FAM
akur dengan permintaan Chelsea, dan
meminta maaf diatas sikap penonton.
Diubah oleh paramavia 05-07-2013 16:42
0
5.4K
57
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Urutan
Terbaru
Terlama
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Komunitas Pilihan