Quote:
Original Posted By Baratayudha17...
Jarak ketampakan rendah akibat jerebu yang teruk merupakan antara cabaran getir dilalui Juruterbang pesawat milik Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) itu.Komander Maritim APMM Azizan Mohd Buang berkata masalah berkenaan menyukarkan tugas mengangkut air di sungai berdekatan untuk dibawa ke kawasan terjejas.
"Ini kerana di sungai terdapat bot kecil nelayan sehingga kami terpaksa menggunakan helikopter Dauphin untuk membuat pemantauan terlebih dahulu sebelum mengangkut air bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada majlis menyambut kepulangan pasukan misi bantuan pertama APMM di Subang, di sini hari ini.
Selain itu, suhu panas turut menguji tahap keupayaan 25 pegawai dan anggota APMM yang dihantar untuk melakukan kerja 'water bombing'.
Azizan menjelaskan kawasan kebakaran juga sangat luas melibatkan tanah gambut dengan kedalaman lima hingga 10 meter.
"Tanah ini mudah terbakar dan apabila kami membuat 'water bombing', kawasan yang dapat dipadamkan hanya di permukaan sahaja tetapi masih terdapat bara di dalamnya.
"Ini menyebabkan api akan marak kembali beberapa hari kemudian dan ia menyukarkan usaha mengawal kebakaran," katanya.
Azizan berkata purata harian pemadaman api mengambil masa empat jam dengan 26 'scooping' dan sejumlah 56,000 liter air digunakan.
Misi pertama itu berlepas ke Sumatera Selatan pada 9 Okt lepas.
Pesawat yang terlibat dalam misi itu ialah Bombardier CL415 MP dan helikopter AS365 N3 Dauphin milik APMM, selain pesawat Hercules C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia.
Crottt dimarih...
Berita sebelumnya:
Dalam pertemuan itu, peserta dari #Malaysia dan #Brunei Darussalam menyindir persoalan kabut asap Indonesia yang tidak kunjung berhasil diselesaikan. “Dari Malaysia dan Brunei nyindir halus,” kata Badrodin, Kamis, 1 Oktober 2015.
Berita terbaru:
Wakil Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan tidak adil jika menyalahkan Indonesia yang telah serius berusaha mengatasi kebakaran lahan gambut yang terjadi.
"Adalah tidak adil untuk menekan Indonesia. Presiden Joko Widodo juga memperlihatkan komitmen tinggi untuk menyelesaikan masalah ini secara jangka panjang," katanya, seperti dilansir The Star Online, Jumlat 23 Oktober 2015.
Ada gunanya jg sdh dtg bantu2, jd happy ending jiran, byk maklum2 klo byk dapat jerebu
Getir kata Komander Maritim APMM negeri Jiran, stres kali ketemu lahan gambut nyala, smg cpt kembali bantu2 lg ya Pakcik

