Pengaturan

Gambar

Lainnya

Tentang KASKUS

Pusat Bantuan

Hubungi Kami

KASKUS Plus

© 2024 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved

makdatokAvatar border
TS
makdatok
KEREN!!!..Pulau Borneo maju trus.....


Najib Saksi Pemeteraian Perjanjian Pan Borneo Sarawak


PUTRAJAYA, 30 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menyaksikan pemeteraian perjanjian pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang 1,090 kilometer (km) di Sarawak melibatkan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Sarawak dan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU).

LBU dilantik sebagai 'Project Delivery Partner' (PDP) untuk mengurus dan menyelia pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo yang melibatkan jajaran 1,090 km.

Perjanjian itu ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Seri Zohari Akob, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pengerusi LBU Tan Sri Abang Ahmad Urai Hakim Abang Mohideen.

Turut hadir menyaksikan majlis menandantangani perjanjian ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Fadillah berkata melalui perjanjian yang ditandatangani hari ini, pelaksanaan projek Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak melibatkan jajaran sepanjang 773 kilometer dijangka dimulakan pada September ini.

Beliau berkata berdasarkan perancangan, pembinaan Fasa 1 itu akan dimulakan dengan pakej Telok Melano ke Sematan sepanjang 33 kilometer dan melibatkan pembinaan jajaran baharu satu lorong dua hala untuk menghubungkan pekan kecil dan beberapa perkampungan di kawasan Telok Melano yang kini hanya dihubungkan melalui jalan laut.

"Kos pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sejauh 1,090km akan dimuktamadkan selepas kajian akhir dan reka bentuk siap sepenuhnya," katanya sambil menambah pelantikan kontraktor akan dibuat melalui proses tender.

"Lebuhraya ini tidak akan dikenakan tol kerana ia adalah laluan utama untuk menghubungi seluruh Sarawak. Tol akan dikenakan sekiranya terdapat jalan alternatif," kata Fadillah.

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang melibatkan jajaran 1,090km merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer akan menjadi penghubung bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak.

Kos keseluruhan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo RM27 bilion dan dijangka siap pada tahun 2020.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kerja Raya berkata kerajaan telah memutuskan supaya pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak itu dilakanakan menerusi kaedah Projek Delivery Partner (PDP) iaitu pembiayaan projek ini akan dibuat sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan melalui Dana Infra.

"Model yang serupa telah digunakan dalam pelaksanaan projek Mass Rapid Transit (MRT). Pendekatan ini dipilih antara lainnya kerana lebih menjimatkan dan menggurangkan kos pembiayaan kerajaan. Pada masa yang sama, kaedah ini adalah diyakini lebih efektif dan efisien," katanya.

Kenyataan itu berkata LBU yang dilantik PDP akan bertindak sebagai 'single point of accountability' yang akan bertanggungjawab dalam melaksana, mengurus, dan menyiapkan pembangunan lebuh raya 1,090 km pada kadar kos yang berpatutan dan tempoh pembinaan yang dipersetujui oleh kerajaan.

"Sebagai balasan, PDP akan menerima bayaran yuran berdasarkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang dipersetujui," katanya.

Kenyataan itu menyebut sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang dipengerusikan Setiausaha Negeri Sarawak dan dianggotai agensi lain seperti Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Sarawak dan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak ditubuhkan dan bertanggungjawab memantau, menyelaras dan menyelesaikan isu yang mungkin timbul dalam pelaksanaan projek tersebut.

"Jawatankuasa ini akan memastikan penglibatan penduduk Sarawak dapat dimaksimumkan dalam projek ini," katanya.

Sementara itu, Adenan berterima kasih kepada kerajaan persekutuan berikutan pemeteraian perjanjian pada hari ini dan yakin ia akan mempergiatkan aktiviti ekonomi dan pembangunan di negeri itu.

"Akhirnya, apa yang kami tunggu-tunggu selama beberapa tahun ini bakal menjadi kenyataan. Kami amat berterima kasih. Walaupun akan mengambil masa beberapa tahun (untuk siap) tetapi ini permulaan yang baik," katanya.

Sementara itu, Fadillah menafikan bahawa pembinaan Lebuhraya Pan Borneo adalah berikutan pilihan raya negeri yang bakal diadakan sebaliknya ia adalah janji perdana menteri kepada rakyat Sarawak pada pilihan raya umum yang lepas.

"Ia tersenarai dalam manifesto Barisan Nasional pada pilihan raya umum lepas dan ini merupakan janji perdana menteri kepada rakyat Sarawak. Ia merupakan impian rakyat Sarawak," katanya.

Apabila ditanya adakah pembinaan Lebuhraya Pan Borneo pada masa yang sesuai berikutan nilai Ringgit yang lemah, Fadillah berkata pembinaan lebuh raya itu merupakan komitmen kerajaan.

"Ia sudah diputuskan. Kami akan laksanakannya. Jadual pembinaannya diteruskan dan ia lebih murah bagi mendapatkan pinjaman," katanya.

-- BERNAMA


0
2.6K
14
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Urutan
Terbaru
Terlama
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Komunitas Pilihan