Pengaturan

Gambar

Lainnya

Tentang KASKUS

Pusat Bantuan

Hubungi Kami

KASKUS Plus

© 2024 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved

makdatokAvatar border
TS
makdatok
Ikatan Indonesia Malaysia..Ada yg CEMBURU??

Ada pihak bimbang jika Malaysia-Indonesia akrab

LAILATUN KHALILAH NASIR, MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN, MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

29 Mei 2015

JIWA serumpun yang tertanam dalam diri lelaki ini begitu kuat hingga sanggup berkorban banyak perkara demi melihat kesejahteraan rakyat Malaysia-Indonesia terpelihara rapi.

Tidak dinafikan peranan Chairul Anhar yang mengepalai Diaspora Indonesia di Malaysia sangat bermakna. Walau banyak beraksi di belakang tabir namun kesan yang terlihat hasil dari usaha beliau selaku Pegawai Eksekutif Diaspora ini tidak boleh dinafikan.

Pemimpin kedua-dua negara, sama ada Presiden Indonesia dan juga Perdana Menteri Malaysia yang saling menghormati dan menghargai satu sama lain turut memberi tempias positif kepada usaha beliau memelihara kemakmuran rakyat terbanyak.

Malah kunjungan Presiden Indonesia, Jokowi Widodo ke negara ini awal tahun menguatkan lagi peri penting Malaysia - Indonesia menjaga kesejahteraan serumpun.

Kesempatan menembual beliau yang kaya dengan senyuman dan jenakanya membuktikan memang beliau layak berada di tempatnya.

Lebih mesra dipanggil Pak Chairul, beliau boleh di ibarat  jambatan kasih untuk rakyat Indonesia dan Malaysia saling memahami, menghormati dan menghargai satu sama lain.

Dalam pertemuan santai tapi mesra ini, Pak Chairul turut berkongsi pandangan beliau mengenai hala tuju dan keseimbangan hubungan Malaysia-Indonesia dari kaca mata berbeza.

Ikuti temu bual  EDITOR SINAR HARIAN, LAILATUN KHALILAH NASIR, bersama MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN dan MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI dan lensa kamera,ROSLI TALIB bersama beliau.

 
Hubungan Indonesia Malaysia amat penting. Ibarat dua beradik yang ada kalanya tertawa mesra, menangis bersama, namun tidak dinafikan ada kalanya turut bercakaran satu sama lain. Justeru di sudut manakah antara kedua-dua ini yang perlu diperkukuhkan lagi?

Pak Chairul: Malaysia-Indonesia secara prinsipnya merupakan masyarakat yang mempunyai latar belakang yang sama. Orang Indonesia pada masa dahulu ramai yang merantau ke Tanah Melayu (Malaysia).

Cuma, Indonesia  selepas pemerintahan Suharto mengalami perubahan populasi rakyat yang luar biasa. Kerana itu, apabila manusia semakin ramai, ragamnya juga berbeza. Malah tidak dinafikan hingga wujud juga isu-isu  yang merenggangkan hubungan antara Malaysia-Indonesia. Ini hakikat asas yang kita mesti ketahui.

Dahulu politik Indonesia sama dengan politik Malaysia, iaitu politik demokrasi terpimpin. Jadi kalau ‘barang’ yang sama senang untuk kita uruskan.

Namun dari masa ke semasa ia berubah. Dunia tanpa sempadan. Banyak mata-mata yang sentiasa mencemburui kebersamaan yang kita (Malaysia-Indonesia) miliki. Mereka tidak senang dan iri hati. Ini yang harus kita perhatikan dan awasi.

Kalau ditinjau daripada segi kepentingan bangsa Indonesia, kepentingan bangsa Malaysia, kepentingan hubungan Indonesia-Malaysia, hubungan serumpun, agama dan Melayu, keakraban yang terjalin sama ada di peringkat pimpinan tertinggi mahupun di kalangan rakyat terbanyak.

Ia sememangnya tidak menarik bagi orang-orang  yang ingin melagakan kedua-dua bangsa ini dan melihat Malaysia-Indonesia bercakaran hingga runtuh rumpun bangsa yang terbina sejak beradab lamanya.


Ada pihak yang tidak senang dengan kita?

Pak Chairul: Dunia kini tanpa sempadan. Kita mesti berfikiran terbuka dalam isu ini. Kita kena sedar bahawa di dunia luar itu, di negara maju mungkin mereka menjajah negara lain dengan menghantar senjata, tetapi sekarang ada neoklasisme.

Mereka menjajah dengan licik dan unik. Manusia yang datang menjajah, mungkin atas alasan demokrasi,  masalah persekitaran, masalah pekerja, tadbir urus kerajaan.

Tadbir urus sesebuah kerajaan sekarang menjadi sasaran utama banyak pihak kerana dunia tahu dan meletakkan tadbir urus kerajaan ini parameternya adalah mesti tadbir urus yang baik (good goverment).

Sebetulnya dalam hal ini tidak timbul soal iri hati tetapi seperti saya sampaikan tadi negara maju apakah negara maju itu berlatar belakang ideologi yang berbeza dengan kita.

Jika kita melihat dari sudut pandang berbeza, apa yang berlaku di dunia masa kini sebetulnya ialah perang ideologi, perang agama, mungkin ada satu kelompok agama ingin Islam tidak maju seperti yang terjadi di Timur Tengah hari ini.


Kenapa perang tidak berhenti kerana tokoh-tokoh lupa bahawa ada negara lain yang memainkan peranan untuk membuat negara kaya minyak di Timur Tengah itu?

Pak Chairul: Tidak berjaya membangun bangsa dan rakyatnya sehingga mereka sibuk dengan pertelingkahan politik, sibuk dengan peperangan, jadi sekarang ini kita harus berhati-hati.

Tidak mustahil ia juga boleh berlaku dalam hubungan Malaysia-Indonesia.  Malaysia mempunyai sumber daya manusia yang banyak, Malaysia mempunyai kemampuan yang bagus, Malaysia mempunyai tahap kepercayaan antarabangsa yang tinggi sementara Indonesia besar sumber alamnya, sumber daya manusia yang besar, pasti ada negara-negara yang berkepentingan.

Kalau Malaysia dan Indonesia ini menyusun kekuatan bersama, pasti ada yang merasa iri hati dan tidak senang duduk dengan situasi itu.

Ambil contoh, Proton bekerjasama dengan perusahaan kereta di Indonesia, kemudian ada media yang menyerang.

Kata mereka kenapa kerjasama dengan Proton kenapa tidak dengan Jerman, Jepun? Ia kemudiannya mencetuskan persoalan-persoalan di kalangan rakyat.

Saya melihat ini adalah usaha untuk melaga-lagakan rumpun Melayu yang terkenal dengan Islamnya. Jadi kalau dari sudut perdagangan seperti itu sudah terjalin keakraban.

Ada pihak yang bimbang jika Malaysia-Indonesia terus akrab dalam banyak perkara, mereka beranggapan dunia Islam di rantau kita ini akan kuat pula sedangkan mereka merasakan seolah-olah telah berjaya memecahkan kekuatan umat dan negara Islam di Timur Tengah.

Adakah orang-orang ini dengki terhadap Melayu atau Islam? Itu satu lagi persoalan yang harus kita ingat juga. Jadi  hidup ini tidak lepas daripada peperangan ideologi, agama.

Apa pun bagi pihak Diaspora kami bersyukur  kerana kawan-kawan media di Malaysia tidak terpancing untuk membuat liputan secara emosional secara tidak seimbang.


Tetapi ia ada kalanya berlaku di kalangan media Indonesia yang sangat bebas kerana mereka pentingkan sangat aspek komersialnya. Memang teori negatif media, kalau berita baik itu bukan berita kalau berita buruk itu barulah beritakan?Adakah media digunakan untuk merosakkan hubungan rakyat kedua negara?

Pak Chairul: Tidak dinafikan ia senjata yang mudah untuk membentuk satu ideologi sama ada baik atau tidak baik terhadap situasi yang berlaku pada satu-satu masa. Sedikit berbeza dengan Indonesia, media di Malaysia bagus, ada kebebasan di sini, namun kebebasan yang terkawal.

Di Indonesia medianya bebas yang terlalu bebas, jadi sekarang kalau kita tanya kepada masyarakat sesuatu yang terlalu bebas itu memang akan mengganggu subsistem yang lain.

Ia boleh menyebabkan ketidakstabilan dalam pentadbiran. Bagi semua negara yang sedang membangun dan ingin maju, adalah penting untuk semuanya saling bekerjasama, saling membuat kesatuan sehingga untuk apa pun yang kita lakukan dalam sesebuah negara,  tujuannya adalah menuju kepada yang lebih baik.


Di peringkat rakyat kita lihat memang ada media yang cuba mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat dengan rakyat (Indonesia-Malaysia) , justeru apa yang harus kedua-dua negara ini lakukan untuk mengekang serangan ideologi seperti ini.

Pak Chairul: Sebenarnya kalau media ini diurus dengan baik oleh kedua-dua bangsa ini, ia akan memberi pulangan yang bagus. Bayangkan ada yang berbicara di media sosial secara terbuka dan memburukkan negara ini, ini bahaya untuk hubungan dua hala.

Oleh itu sekiranya masyarakat boleh lakukan dari hubungan baik dengan konsep ‘people to people’, itu jugak baik, tetapi kalau ‘government to government’ itu lagi baik.

Oleh itu, media perlu dikawal, bukan kawal yang ketat, maksud saya bebas tapi terkawal.

Itu bukan perkara susah, Malaysia boleh uruskan, Indonesia juga mesti lakukan itu, kerana kalau makin dibiarkan makin berisiko tinggi untuk kedua-dua negara.

Saya lihat bagaimana tokoh-tokoh masyarakat di Malaysia dan Indonesia secara rakyat kepada rakyat menyeimbangkan berita-berita seperti ini yang barangkali boleh menjadi isu, jadi ini peperangan ideologi, ekonomi seperti contoh hampir 80 peratus hasil minyak sawit adalah dari Indonesia dan Malaysia.

Mungkin negara maju penghasil minyak makanan yang lain tidak ingin kita bersatu. Sebab mereka tahu kita mungkin lemah daripada faktor emosi, ambil contoh kunjungan Jokowi ke Malaysia kata di media sosial sebagai tidak perlu dan memperbesar-besarkannya, tapi yang bagusnya tokoh Malaysia memberi reaksi yang baik sehingga kawan di Indonesia boleh terima.


Adakah kebebasan media di Indonesia itu lebih membimbangkan berbanding media Malaysia dalam konteks perpaduan dua negara?

Pak Chairul: Ia begini, kebebasan media di Indonesia tidak ada sesiapa yang boleh terhindar daripada serangannya. Kita diserang hari-hari, menteri-menteri juga diserang, tokoh-tokoh masyarakat juga diserang sekiranya bertentangan dengan ‘kehendak’ media.

Jadi teori media bebas ini akan ‘terurus’ dengan baik kalau ada pengurusan yang baik, misalnya kalau 10 cerita buruk kemudian datang 15 cerita bagus yang dominan, lantas orang akan baca yang dominan itu.

Kalau diberi berita buruk orang matang boleh membuat analisa.

Ketidaktenteraman jiwa rakyat terbanyak kadang kala terjadi disebabkan pemberitaan yang tidak seimbang. Contohnya, banyak GLC Malaysia.

Katakanlah Tabung Haji melabur di Sumatera, Sime Darby di Kalimantan misalnya 500,000 hektar, kalau ribuan hektar itu ia memberi lebih kepada setengah juta pekerja untuk rakyat Indonesia di sana, yang mana ribuan isteri dan anak-anak yang akan hidup lebih terjaga.

Ketengahkan bagaimana pelaburan dari GLC Malaysia itu membantu memberi peluang pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik kepada ramai rakyat Indonesia. Ini mesti diamalkan dalam memastikan media turut menyumbang kepada setabilan hubungan rakyat kedua-dua negara.


Peranan Dispora secara khusus selain menjadi jambatan kasih dan sebagai mata dan telinga hubungan diperingkat rakyat Indonesia dan Malaysia?

Pak Chairul: Diaspora ditubuhkan tiga tahun lalu. Setiap negara ada Diasporanya dan diuruskan dengan cara berbeza. Mungkin di Amerika Syarikat, fokus Diasporanya lebih kepada rakyat Indonesia di sana yang bekerja sebagai profesional, pelajar dan lain-lain. Tetapi di Malaysia, ia agak unik. Di Malaysia saya yang mengepalainya.

Di Malaysia ini pula fokusnya mungkin banyak kepada  pekerja ‘informal’. Jadi sebagai Diaspora kita tumpukan kepada masalah yang timbul. Kita urus mengikut jalur diplomasi, seperti perkara yang panjang kita pendekkan, yang payah kita permudahkan.

Begitu juga rakyat yang datang ke Malaysia mungkin mereka tidak tahu bagaimana situasi politik Malaysia, saya jelaskan kepada mereka, agar informasinya lebih lengkap dan tepat.

Begitu juga dengan hal-hal lain yang berkaitan undang-undang dan peraturan dalam banyak perkara termasuk sosial, ekonomi, pendidikan, pekerjaaan dan banyak lagi.

Kami ibarat jambatan yang akan sentiasa memastikan hubungan rakyat dua negara ini sentiasa terpelihara dan sejahtera. Rakyat harus tahu yang betul supaya tidak timbul salah faham dan tidak puas hati hingga boleh mencetuskan perasaan tidak enak sesama rakyat di sini.  


Malaysia dari kaca mata Pak Chairul?

Pak Chairul: Saya tinggal di Malaysia sudah 20 tahun dan punyai rumah sendiri di sini. Saya datang ke Malaysia tahun 1988 ketika Tun Dr Mahathir Mahathir baru lima tahun menjadi Perdana Menteri, jadi saya melihat langkah-langkah pembangunan Malaysia ini di segala bidang mencakupi bidang politik, ekonomi, kebudayaan yang sudah tersusun secara baik sehinggga menghasilkan Malaysia hari ini.

Makanya pemimpin atau tokoh-tokoh Malaysia harus berhati-hati. Mesti selalu memaklumkan kepada generasi muda bahawa apa yang ada pada hari ini adalah hasil kerja masa lalu.

Jangan sesekali anak muda kita hari ini lupakan jasa orang-orang tua, derhaka namanya. Oleh itu sekiranya  orang muda tidak diberi pendidikan moral, ideologi mengenai kemelayuan di mana sejarah bangsa maka dia akan terpengaruh dengan dunia luar sehingga memberi akibat negatif kepada diri sendiri dan negara.

Saya melihat Malaysia contoh negara Melayu yang berjaya saat ini. Bila kita bercakap tentang Melayu, Melayu itu tidak ada batas negara. Melayu itu ada di Indonesia, Malaysia, Singapura, Selatan Thailand, selatan Filipina, Brunei dan banyak negara lain juga.

Tetapi contoh negera Melayu yang berjaya yang patut dipelajari Melayu sedunia tidak lain dan tidak bukan adalah Malaysia.


Bagaimana pula hala tuju Indonesia di bawah Jokowi? Kalau kita melihat Pak Jokowi dalam waktu yang singkat ini bagaimana Pak Chairul melihat tindakan hubungannya dengan peringkat Asean beri ‘pulangan’ kepada Indonesia?

Pak Chairul: Pemerintah pak Jokowi hari ini menyaksikan setelah Indonesia memasuki perubahan demokrasi yang sangat revolusi.

Kami pernah dipimpin oleh teknokrat seperti Pak Habibie, ternyata banyak sekali kelemahan yang terjadi kerana seorang tenokrat berfikir secara saintis  sementara kalau kita bicara mengenai politik adalah menerusi ilmu sosial, bukan sains.

Pak Habibe buat percubaan yang mirip kepada sains seperti idea Timor-Timor yang terlepas dari Indonesia.

Ketika Bapak Habibe perintah Indonesia dua tahun, beliau telah mengubah lebih 100 undang-undang. Ia menjadi masalah besar buat Indonesia.

Kemudian aktivis demokrasi dan NGO yang sangat berpengaruh dalam masyarakat,  mempengaruhi rakyat sehingga Pak Habibe diturunkan.

Selepas itu Pak Gus Dur dinaikkan, bagaimana seorang yang tidak boleh melihat, memimpin negara yang besar, tetapi inilah sejarah perjalanan Indonesia yang dialami oleh bangsa Indonesia sehinga Pak Gus Dur dihimpit di Parlimen dan kemudiannya diganti oleh ibu Megawati Sukarnoputri.

Hampir tiga tahun pemerintahan Ibu Megawati  berjalan bagus, saya fikir boleh tahanlah, cukup stabil ketika itu.

Ada kelebihan ibu Megawati, iaitu berani mengambil keputusan tetapi kelemahan ibu Megawati mungkin beliau presiden baharu yang tidak berpengalaman. Tidak sampai tiga setengah tahun dia turun dan diganti oleh bapak Susilo Bambang Yudhoyono (SBY).

Mulanya bagus sekali. Ini selepas Pak Suharto turun ekonomi baik bersama Pak Yusuf Kalla, tapi masuk ‘term’ musim kedua Bapak Yusuf Kalla berpisah dengan SBY.

Selepas itu SBY berganding dengan Bapak Budiano kurang bagus sebab Budiano kurang membuat kerja berbanding Pak Jusuf Kalla yang pantas, pada masa gandingan SBY dan Yusuf Kalla, SBY memainkan peranan seperti raja, sementara bapak Yusuf sebagai Perdana Menteri (ini kombinasi yang bagus).

Kini zaman Pak Jokowi , Pak Jokowi lahirnya sebagai  pemimpin yang berbeda dengan tiga lagi pemimpin tadi. Beliau Gabenor di Solo terus terkenal kemudian menjadi Gabenor di Jakarta dan lepas itu terus menjadi Presiden.

Jika ditanya saya, insya-ALLAH Pak Jokowi dan Yusuf kedua-duanya bekerja secara padu. Persoalan dan perancangan yang ada mungkin akan berjalan dengan bagus.

Kelebihan bagi Presiden Indonesia kalau dari segi Perlembagaan adalah dia sangat kuat. Kalau diambil contoh Malaysia, Malaysia ada raja, ada Perdana Menteri, ada panglima tentera.

Di Indonesia, Presiden pegang kesemuanya. Jadi dengan kekuatan tadi saya yakin Parlimen yang sedang berjalan sekarang akan membuatkan proses transformasi di Indonesia cepat berlaku, sehingga Indonesia akan maju ke hadapan kerana kelebihan bapak Jokowi ialah dia seorang yang berani.

Saya lihat setiap hari dia cepat belajar, ini kelebihan Jokowi dan Yusuf Kalla sebagai timbalan presiden beliau belajar banyak perkara.

Dia sebagai timbalan, tampil sebagai timbalan, dia menjaga segala kelemahan yang ada pada bapak Jokowi.

Melaksanakan target atau apa yang disasarkan oleh pak Jokowi. Kalau keadaan ini konsisten dan berterusan, ia bagus untuk pentadbiran dan kemajuan Indonesia.
0
3.2K
10
GuestAvatar border
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Urutan
Terbaru
Terlama
GuestAvatar border
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Komunitas Pilihan