daniacoklatAvatar border
TS
daniacoklat
rahasia mimpi basah :D

sumber : http://mforum.cari.com.my/forum.php?.../goo.gl/qTyZgK

Rasanya kalau umur 11 atau 12 tahun mengalami mimpi berahi itu biasa kita dengar. Tapi betulkah insiden ini berlarutan hingga dewasa?

Sebenarnya tiada apa perlu dibimbangkan walaupun ketika ini anda sudah pun berusia 18 tahun.

Ini adalah sesuatu yang normal. Jangan cuba menghentikan tindak balas semula jadi badan anda. Ia juga dipanggil orgasma malam atau orgasma tidur. Ia berlaku ketika tidur bagi kanak-kanak lelaki dan tidak terkecuali golongan dewasa.

Kejadian ini adalah satu keinginan seksual semasa tidur. Keinginan seksual juga boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak perempuan semasa tidur. Kebanyakan mimpi basah dialami semasa alam remaja. Sesetengah mimpi basah tidak dikaitkan dengan mimpi seksual.

Teringat satu kisah membabitkan budak sekolah rendah ketika pertama kali mengalami mimpi basah selepas berkhatan, dia keliru dan risau akan kejadian itu dan langsung merahsiakannya daripada pengetahuan ibu bapa.

Lekas dibersihkan tilam yang terkena kesan air mani juga seluar tidurnya kerana malu jika diketahui ibu. Padahal kejadian itu adalah normal dan ia sesuatu yang `wajib’ dilalui oleh semua individu normal.

Mungkin kerana kurang pendedahan dan bahan rujukan, ibu bapa itu sendiri memandang kejadian itu sesuatu yang peribadi dan tidak perlu dikongsikan sedangkan kebanyakan budak lelaki perlu diterangkan mengenainya agar tidak timbul rasa pelik.

Kebiasaan, budak lelaki akan terfikir mengenai perempuan cantik di sekolahnya atau sesiapa selebriti yang difikirkan paling menarik perhatiannya ketika menonton televisyen hingga berlarutan di dalam mimpi, kemudiannya basah.

Seimbas lalu fakta mengenai isu `memalukan’ bagi sesetengah pihak ini tapi hakikatnya, mimpi basah mula muncul ketika lelaki memasuki alam akil baligh akan menjadi lebih `regular’ apabila sistem syahwat dan reproduktif lelaki itu menjadi mantap.

Apabila seseorang itu mula mengenali seksualiti dan tidak rasa terharu atau tertekan kepada apa yang berlaku, maka mimpi basah itu akan menjadi kurang dan tiada untuk jangka masa yang panjang dan lebih lagi jika dia sudah mula melakukan aktiviti onani untuk melepaskan perasaan syahwatnya.
0
3.5K
25
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Urutan
Terbaru
Terlama
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Komunitas Pilihan