TS
deyamuli
Utusan Malaysia Hubungan Indonesia - Australia keruh
JAKARTA 23 Jan. - Hubungan diplomatik antara Indonesia dan Australia semakin keruh apabila Jakarta menempatkan beberapa buah kapal perang dan radar di perairan selatan negara ini bagi mengawal kedaulatannya dan menghalang sebarang serangan mendadak.
Langkah berjaga-jaga tersebut diambil ketika kedua-dua negara saling bertikam lidah
berhubung isu pencari suaka politik dengan Canberra bertegas mahu menguatkuasakan dasar mengusir bot membawa orang hanyut
yang memasuki wilayahnya, manakala Jakarta mendakwa dasar tersebut akan mencabuli
kedaulatan negara ini.
Portal berita Jakarta Post memetik kenyataan jurucakap Tentera Udara Indonesia, Laksamana Pertama Hadi Tjahjanto sebagai berkata, empat radar pertahanannya ditempatkan di Timika dan Merauke di Papua, Saumlaki di Maluku dan Buraen di Nusa Tenggara Timur.
Jelasnya, kesemua radar terbabit menghadap Australia bagi memantau sebarang pencerobohan oleh Canberra.
"Jika situasi itu berlaku, tentera udara di pangkalan Makassar akan bersiap sedia kerana kedudukannya paling hampir dengan Australia," katanya.
Hadi merujuk kepada Pangkalan Tentera Laut Sultan Hasanuddin di wilayah Sulawesi Selatan yang menempatkan skuadron udara ke-11 dengan kekuatan 16 pesawat buatan Rusia, Sukhoi Su-27/30 Flankers.
Pesawat terbabit mampu terbang sejauh 3,000 kilometer dan boleh tiba di sempadan laut Indonesia, terletak kira-kira 1,000 kilometer dari pangkalan terbabit dalam tempoh sejam.
Dalam pada itu, Ketua Tentera Laut, Laksamana Muda Untung Suropati mengesahkan sejumlah kapal perang dikerah ke sempadan laut Indonesia-Australia.
Jelasnya, antara kapal yang dikerahkan termasuk kapal kelas frigat dan korvet, kapal berkelajuan tinggi dilengkapi torpedo (KCT), kapal berkelajuan tinggi dilengkapi peluru berpandu (KCR) dan pesawat pengawal maritim.
"Kesemua kapal berkenaan dikerah mengawal sempadan dan kedaulatan negara ini," katanya.
Bagaimanapun Untung enggan mendedahkan jumlah sebenar kapal yang digunakan dan lokasi aset itu ditempatkan. -
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar...#ixzz2rK8jsNGB
© Utusan Melayu (M) Bhd
http://alutsistabaruindonesia.com
Yang dikirim kapalnya berbagai jenis

0
14.8K
98
Thread Digembok
Urutan
Terbaru
Terlama
Thread Digembok
Komunitas Pilihan