1.Ahli falsafah Greek, annximanderadalah orang yang pertama sekali menafikan bumi ini rata. Lelaki itu mengemukakan pendapatnya bahawa bumi ini bulat, pada 560 Sebelum Masihi (SM). Ideanya itu mulanya ditentang oleh golongan cendikiawan dan agama, tapi akhirnya sedikit demi sedikit mendapat sokongan masyarakat.
Spoiler for ke2:
2.Pada 350 SM, konsep bumi ini bulat semakin diterima umum, cuma mereka tidak mempunyai bukti yang kukuh. Bukti yang dicari-cari itu hanya menjelma 18 kurun selepas itu apabila Ferdinand de Magellanmelengkapkan misi pelayarannya mengelilingi bumi. Pada ketika itu, tiada siapa lagi meragui bahawa bumi ini bulat, ia tidak ada penghujungnya.
Spoiler for ke3:
3.Air terjun tertinggi di dunia berada di Venezuela (Amerika Selatan)dengan ketinggian 988.31 meter. Ia 18 kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara di Kanada (Amerika Utara)
Spoiler for ke4:
4.Landak ialah haiwan yang mempunyai banyak duri di seluruh tubuhnya. Duri ini digunakan sebagai alat pertahanan diri ketika diserang musuh. Untuk pengetahuan anda, seekor landak dewasa mempunyai lebih 30,000 duri di seluruh tubuhnya.
Spoiler for ke5:
5.Lembu adalah haiwan yang buta warna. Oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya sama ada kain merah atau kuning.
Spoiler for ke6:
6.Seekor rama-rama merasa makanannya dengan menggunakan kaki dahulu sebelum mengunakan lidahnya. Ini kerana deria rasa rama-rama terlekat pada kakinya.
Spoiler for ke7:
7.Nama Kanggaru terhasil bila beberapa pengembara kulit putih ternampak seekor binatang yang terlompat-lompat di hadapan mereka. Bila ditanya pada Orang Asli di sana, apa nama binatang itu, Orang Asli tersebut menjawab 'Kanguru' (bermaksud 'tak tahu'). Kanggaru tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ini kerana ekornya berfungsi sebagai spring semasa melompat.
Spoiler for ke8:
8.Nama tempat paling singkat di dunia terdapat di Perancis dan Jepun. Tempat tersebut hanya menggunakan satu huruf sahaja iaitu 'Y' dan 'O'.
Spoiler for ke9:
9.Drama pertama yang pernah dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 sebelum Masehi. Ini bermakna lebih 5,000 tahun yang lalu. Skrip drama tersebut telah dijumpai oleh seorang arkeologi di Luxor, Mesir pada tahun 1895 yang ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan sehingga kini.
Spoiler for ke10:
10.Lohong semula jadi yang terletak di Kaveri, daerah Deewa, Madhya Pradesh, India merupakan lohong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 300 meter dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang semula jadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luar biasa.
Spoiler for ke11:
11.King Richard II dari England (1367 - 1400) adalah orang pertama yang menggunakan sapu tangan di dunia. Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan lubang hidungnya.
Spoiler for ke12:
12.Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah huruf 'E' manakala 'Q' adalah huruf yang paling kurang digunakan. Kalau tak percaya , beli surat kabar berbahasa Inggris dan semaklah sendiri.
Spoiler for ke13:
13.Seorang kanak-kanak boleh menghabiskan banyak masa untuk mempelajari sesuatu yang baru melalui TV. Tetapi purata seorang kanak-kanak menghabiskan masanya menonton TV adalah kira-kira 28 jam seminggu, iaitu sama banyak dengan masa mereka di sekolah.
Spoiler for ke14:
14.Jika anda mengira tanpa henti selama 24 jam sehari, ini bermakna anda perlu mengambil masa selama 31,688 tahun untuk sampai ke angka satu trilion!
Spoiler for ke15:
[
15.Pada tahun 1876, Alexander Graham Bell menjadi manusia yang paling berjaya di dunia apabila mencipta telefon pada masa itu. Bagaimanapun, dia tidak pernah menggunakan telefon untuk berhubung untuk berhubung dengan isteri dan ibunya sebab mereka berdua pekak.
Spoiler for ke16:
16.'Rhythm' dan 'syzygy' adalah perkataan yang paling panjang dalam bahasa Inggeris tanpa huruf vokal.
Spoiler for ke17:
17.Pada sepanjang masa, terdapat 18,000 kilat yang masih dalam proses pembentukan di atas atmosfera bumi ini. Apabila menghentam bumi, kilat membawa bersamanya kuasa elektrik setinggi 100 juta volt! Satu lagi fakta berkaitan bumi; Satu batu (1.6 kilometer) padu kabus, yang kita lihat begitu besar dan hebat di langit, sebenarnya dihasilkan oleh kurang daripada segelen air.
Spoiler for ke18:
18.Pelangi terbentuk apabila matahari berada 40 drajat atau kurang, di atas garis horizon.
Spoiler for ke19:
19.Tahukah anda seekor kucing hanya boleh melihat dua warna sahaja iaitu hitam dan putih.
Spoiler for ke20:
20.tahukah anda, nama terpanjang didunia pula di sebuah bukit di New Zealand iaitu 'Taumataw hakatangi ihangakoau auotama teaturipukak pikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu'.