- Beranda
- Komunitas
- Entertainment
- The Lounge
Peristiwa² bersejarah di bulan Ramadhan
TS
Hydeki Ryuga
Peristiwa² bersejarah di bulan Ramadhan
Quote:
Spoiler for jangan lupa:
BTW ane spoiler gan biar ga ribet agan nya
Quote:
Spoiler for Cekidot:
Bulan Diturunkannya Al-Kitab
Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.
Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.
Peristiwa Peperangan Badar
Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.
Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.
Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.
“Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya”
Pembukaan Kota Mekah
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.
Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.
Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam mara ke Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.
Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1:
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”
Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.
Perjalanan Nabi Muhammad S.A.W Ke Tabuk
Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.
Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.
Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.
Ini antara peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Banyak lagi peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan yang untuk mengetahuinya memerlukan labih pembacaan buku-buku sejarah atau kitab-kitab sirah. Di bulan yang mulia ini, sama-sama kita meningkatkan amalan kita dengan mengambil semangat dari kisah2 nabi dan para sahabat yang berjuang mempertahankan Islam di dalam keadaan mereka berpuasa, menahan lapar dahaga, tidak lain, semata-mata mencari keredhaan Allah.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
Spoiler for Tambahan:
Pada Bulan Ramadhan ini pula dilangsungkannya pernikahan Rasulullah dengan Hafshah binti Umar bin Khatab serta Zainab binti Khuzaimah.
Begitu juga pernikahan Syaidina Ali dan Fatimah terjadi pada Bulan Ramadhan.
Kematian putri Rasulullah SAW, Ruqoyah juga bertepatan dengan Bulan Ramadhan.
Runtuhnya Masjid Adh-Dhirar milik orang-orang munafik.
Datangnya rombongan delegasi kaum Tsaqif yang ingin masuk Islam.
Pada Ramadhan tahun Ke-2 Hijriyah ini pula zakat fitrah mulai disyariatkan.
Pada Ramadhan tahun Ke-5 Hijriyah, para pejuang Islam membuat persiapan untuk menghadapi musuh saat perang Khandaq. Sedangkan perangnya terjadi pada bulan Syawal dan dimenangkan kembali oleh umat Islam.
Pada Ramadhan di tahun yang sama Ke-8 Hijriyah Rasulullah mengutus sahabat agar merobohkan berhala kaum kafir Quraisy. Khalid bin al-Walid merobohkan berhala Al-‘Uza, Amr bin Al-‘Ash merobohkan berhala Suwa’ dan Sa’d bin Zaid Al-Asyhali merobohkan berhala Al-Manat.
Di tahun yang sama ke-9 Hijriyah, rombongan dari kota Taif tiba di Madinah kemudian memeluk agama Islam di hadapan Rasulullah dan mereka turut berpuasa bersama umat Islam di Madinah.
Masih bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijriyah, rombongan Raja Himyar tiba di Madinah untuk masuk Islam. Rasulullah menuliskan beberapa panduan tentang hak dan kewajiban mereka. Catatan ini merupakan salah satu dokumen penting di dalam sejarah perundangan Islam.
Pada Ramadhan tahun Ke-10 Hijriyah, Rasulullah mengutus rombongan yang diketuai Ali bin Abi Thalib ke negeri Yaman dengan membawa bersamanya surat Rasulullah untuk penduduk Yaman, yaitu suku Hamdan yang kesemuanya kemudian memeluk Islam dalam satu hari!
Pada Ramadhan tahun Ke-53 Hijriyah pejuang Islam dapat menaklukkan pulau Rudes.
Pada Ramadhan tahun Ke-91 Hijriyah pejuang Islam pertama mendarat di Selatan Andalus.
Pada 28 Ramadhan tahun Ke-92 Hijriyah panglima pejuang Islam Tariq bin Ziyad berhasil mengusai selat Giblatar (Jabal Thoriq) Andalus dan mengalahkan Raja Rodrik dalam peperangan sengit.
Pada Ramadhan tahun Ke-129 Hijriyah mula muncul di Khurasan pendukung pengasas Kerajaan Bani Abbas dilantik sebagai Khalifah Al-Abbasiyyah yang pertama.
Pada bulan Ramadhan tahun Ke-132 Hijriyah berakhirnya pemerintahan Bani Umaiyyah dan pada masa yang sama Abu Al-Abbas dilantik sebagai Khalifah Al-Abbasiyyah yang pertama.
Pada bulan Ramadhan tahun Ke-361 Hijriyah Al-Jami’ah Al-Azhar selesai dibina untuk kegunaan tempat mengajarkan ilmu-ilmu Arab dan syara’.
Pada hari Jumat 25 Ramadhan tahun Ke-479 Hijriyah, masuknya Islam di benua biru dalam perang “Zulaaqoh” di Andalus (sekarang Portugal dan Spanyol) dipimpin oleh panglima Perang Yusuf bin Yasyfin melawan tentara Perancis dibawah kepimpinan Alfonso 6.
Pada Ramadhan tahun Ke-584 Hijriyah Salahuddin Al-Ayyubi dapat mengalahkan kaum Salib dan membebaskan semula sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai oleh pihak kaum Salib (Kristian).
Pada 15 Ramadhan tahun Ke-658 Hijriyah atau 3 September 1260 M, kerajaan Mamalik dapat mengalahkan dan membendung kemarahan pasukan Mongol atau tentara Tartar di ‘Ain Jalud yang akan memasuki Mesir dengan maksud menguasai seluruh negeri Islam melalui Mesir.
Pada Ramadhan Tahun Ke-1393 Hijriyah atau 1973 M, kemenangan muslim atas pasukan Salib dengan merebut kembali tanah Palestina yang sebelumnya direbut oleh Zionis Yahudi.
Jangan lupa meninggalkan komen ya gan
Ane juga mengharapkan rate + ijo" nya gan
"Happiness only Real when Shared"
Ane juga mengharapkan rate + ijo" nya gan
"Happiness only Real when Shared"
Quote:
Spoiler for jangan lupa:
Diubah oleh Hydeki Ryuga 24-07-2013 12:13
0
1.2K
Kutip
10
Balasan
Thread Digembok
Urutan
Terbaru
Terlama
Thread Digembok
Komunitas Pilihan