Pengaturan

Gambar

Lainnya

Tentang KASKUS

Pusat Bantuan

Hubungi Kami

KASKUS Plus

© 2024 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved

rioticlemonsAvatar border
TS
rioticlemons
Rumah Berhantu villa Nabila,berani masuk kesini ga?

Rumah Hantu villa Nabila




Ini adalah kisah seram yang berlaku di penginapan Villa Nabila yang dikatakan berhantu di Johor Bahru. Apapun, terdapat bagai versi kisah seram yang dikabarkan oleh penduduk disana.
Spoiler for pintu masuk ke villa nabila:

Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia di villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah seorang anak yang bernama Nabila bersama pembantunya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh pembantunya, lalu mayatnya disimpan di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ini paling lemah untuk kita percaya sebab tidak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh pembantunya sendiri.
Spoiler for villa nabila:

Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Spoiler for villa nabila:

Versi 4– Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong keaslian kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami sudah dapat tanah itu, dia ingkar janji lalu mengundang kemarahan adik-adiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut terang lalu menuntut si suami untuk membagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap bersikeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ini berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, villa itu sudah ada di situ sejak tahun 60-an . Villa tu sangatlah cantik pada masa itu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang termasuk orang pinter'. Kemudian sekitar tahun 90-an, villa tersebut mulai kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut.

Versi #6 – Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.
Spoiler for Lihat penampakannya!:




Kalau berani, try la 'berhijrah' ke sana.. tapi ingat.. waktu MALAMemoticon-cystgya gan? jgn lupa rekam.. emoticon-Ngakak (S).. saran agar ramai saja jln2 ke Rumah Hantu tak berbayar itu,kata orang bilang" gak boleh masuk genap, karena nanti di dlm itu jadi ganjil.. kalau masuk 8 orang, entah-entah 9 orang.. kalau gak percaya boleh tanya pengalaman...



thanks yg udah mampir
jangan lupa ijo2nyaemoticon-Blue Guy Cendol (L)ya gan


emoticon-I Love Kaskus (S)
Diubah oleh rioticlemons 29-01-2013 12:01
0
54.2K
828
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Urutan
Terbaru
Terlama
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Komunitas Pilihan