alexa-tracking
Selamat Guest, Agan dapat mencoba tampilan baru KASKUS Masih Kangen Tampilan Sebelumnya
Kategori
Kategori
Home / FORUM / All / News / ... / Berita Luar Negeri /
Sapu wang mesin ATM: Pemandu Grab didakwa
1024
1024
KASKUS
51
244
https://www.kaskus.co.id/thread/5b9b7775902cfe635d8b4567/sapu-wang-mesin-atm-pemandu-grab-didakwa

Sapu wang mesin ATM: Pemandu Grab didakwa

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu grab mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu dua juruteknik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) untuk menyerahkan empat peti yang mengandungi wang tunai berjumlah lebih RM300,000.

Mohd Sofi Abdul Rahman @ Yusoff, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Tertuduh bersama-sama dua yang telah dituduh di mahkamah, didakwa menipu Muhammad Syafiruddeen Huzmi@Hazmi dan Muhammad Kamil Azhar Nordin kedua-duanya berumur 23 tahun dengan cara menggunakan keyakinan dan percakapan sehingga mangsa menyerahkan empat peti yang berisi wang tunai berjumlah RM337,550.

Bapa anak empat itu didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Kuchai Lama di sini antara 9.00 malam dan 11 malam, 8 Jun 2018 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda,jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim menawarkan ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Mohd Sofi yang diwakili peguam Jason Wee memohon jaminan RM10,000 atas alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga serta mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu melapor diri dua bulan sekali di balai polis berdekatan dan menetapkan 7 Oktober untuk sebutan semula kes. - Bernama.

http://www.sinarharian.com.my/mahkamah/sapu-wang-mesin-atm-pemandu-grab-didakwa-1.879810
Urutan Terlama
Malais
selamat bersesyen2 ria aja dah .. emoticon-Big Grin


driver ojol gak di indon gak di malay gak ada yang bener apa ?
Diubah oleh jeffrey.maulana
bahasanya bikin puyeng
gua kagak ngarti bacanya gimana... emoticon-Bingung (S)
Ada versi terjemahannya ga
Ga bisa bahasa upin ipin ini


×
GDP Network
Copyright © 2018, Kaskus Networks, PT Darta Media Indonesia.
Ikuti KASKUS di