alexa-tracking

Main Content

1024
1024
KASKUS
51
244
https://www.kaskus.co.id/thread/510249a68327cf6467000008/stevia-seindah-nama-dan-rasa-manis-alami-yang-menyehatkan
Stevia seindah nama dan rasa manis alami yang menyehatkan..
Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos.

Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai
Keseluruhannya Stevia adalah herbal asli. Kajian saintifik telah mendapati Stevia adalah non-toksid. Dengan tidak mempunyai kalori dan karbohidrat ianya sangat sesuai untuk diguna oleh mereka yang mempunyai masalah kandungan gula tinggi dalam darah.

Ekstrak dihasilkan dengan beberapa cara yang kesemuanya di paten. Kebanyakan penghasilan ekstrak secara komersial mengguna kaedah Water extraction, decoloration, purification dan kaedah electrolytic. Terkini STEVICO Nano Steam Technology.

APAKAH ITU STEVIA ?
Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula.
Stevia adalah dari famili Chrysanthemum dan tumbuh secara liar di Paraguay dan Brazil.
Kandungan glycosides di dalam daunnya dan termasuk sehingga 10% Stevioside menjadikan ianya sangat manis.

BERAPA BANYAK JUMLAH STEVIA DIGUNA DI SELURUH DUNIA ?
Permintaan Stevia pada masa kini ialah melebihi 2000 ton setahun.
Penggunaan Stevia sebagai pemanis untuk minuman dan makanan melebihi 60% kadar penggunaan gula Stevia.
Penggunaannya telah bertambah dengan Australia, New Zealand, Canada, China, Korea dan
Negara-negara Pacific telah beralih penggunaan dari pemanis gula tebu dan beet kepada Stevia.

APAKAH SIKAP FDA TERHADAP PENGGUNAAN STEVIA ?
FDA tidak mengiktiraf penggunaan Stevia, dan ianya boleh di guna sebagai bahan ubatan.
Tetapi pada 17.12.2008, FDA telah menerima Stevia sebagai ' Generally Recognized as Safe ' (GRAS) dan boleh digunakan sebagai makanan tambahan. kini berlumba-lumbalah pembuat minuman ringan dunia seperti Coca-Cola, PepsiCola, Cargill dan pembuat makanan Nestle menggunakan Stevia sebagai pemanis untuk makanan dan minuman.

ADAKAH STEVIA AMAN DIGUNAKAN ?
Keseluruhanya Stevia adalah herbal asli dan telah digunakan oleh kaum Gurani di Paraguay lebih dari 1500 tahun dahulu. Kajian saintifik telah mendapati Stevia adalah non-toksid. Dengan tidak mempunyai kalori dan karbohidrat jadi sangat AMAN oleh mereka yang mempunyai masalah kandungan gula tinggi dalam darah.

BERAPA KALI MANIS STEVIA DIBANDING GULA BIASA ?
Daun Stevia mempunyai kemanisan 15 hingga 20 kali manis daripada gula.
Ekstrak Stevia yang dipanggil Steviosides (85-95%) didapati 200-300 kali manis dari gula biasa.Walaubagaimanapun, Stevia ada sedikit rasa pahit.

BOLEHKAH STEVIA MENGGANTIKAN PEMANIS TIRUAN ?
Tentu sekali boleh. Diprediksi di dalam waktu yang singkat ini Stevia akan digunakan melebihi 20% penggunaan pemanis untuk membuat minuman dan makanan. Lagi pun ianya 40% lebih murah berbanding dengan penggunaan gula biasa.

BOLEHKAH PENDERITA DIABETES MENGGUNAKAN STEVIA ?
Tentu sangat boleh


APAKAH PEMBUNGKUSAN STEVIA UNTUK DI PASAR ?
Ekstrak Stevia di pasarkan secara cecair, capsule, tablet atau secara powder.
Daun yang dihancurkan kepingan kecil boleh dibungkus menjadi teh celup


ADAKAH STEVIA MENGANDUNGI VITAMIN DAN MINERAL ?
Stevia didapati mengandungi hampir seratus peratus phytonutrients dan minyak mudah meruap ( volatile oil ), termasuk Rutin dan B-Sitosterol.

Bahan aktif yang bertanggungjawabke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai STEVIOL GLYCOSIDES yang mengandungi STEVIOSIDE dan REBAUDIOSIDE
-----------------------------------
Antara ciri-ciri stvia ialah;

1. Pemanis alami
2. Menurunkan kadar gula dalam darah
3. Melawaskan kencing
4. Menurunkan tekanan darah
5. Membunuh bacteria
6. Membunuh kulat
7. Membunuh virus
8. Mengurangkan keradangan
9. Alat bantu untuk menurunkan berat badan

Cara penanaman

• Tanah mesti tanah gembur bercampur pasir dan tidak ditenggelami air.pH tanah pula 5.0 - 8.8 dan suhu ialah 16 - 29 C. Baja yang digunakan jenis organik.

• Sebaik-baik tanah hendaklah dibuat batas dan ditutup dengan plastik pertanian.Tujuannya untuk menghalang pasir dari mencemari daun dan ranting pokok.Juga hamparan plastik dapat menghalang rumput tumbuh sekeliling pokok.

• Stevia ditanam menggunakan potongan dahan atau pokok. Sesetengah mengguna biji benih tetapi kaedah ini tidak menjamin kemanisan yang konsisten..

• Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi. Serta perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.

• Hasil adalah daun dan ranting pokok. Pokok Stevia mula boleh di tuai selepas 3-4 bulan penanaman. Selepas itu setiap bulan daun stevia berserta dahan boleh di tuai.

• Paling baik stevia hidup 3 tahun. Tetapi di India pokok Stevia dibiar hidup sehingga 6 tahun. Pokok tua tidak menjamin tetap maanis

Menarik lagi,..di indonesia sudah ada produsen stevia ini, yang di kemas dalam bentuk teh celup,,coba bayangkan minum teh yang manis tanpa gula,..selain harganya murah, sangat menyehatkan..
Satu satunya teh stevia yang sangat di gemari adalah STEVIOL TEA.
Kalau anda berminat jadi distributor atau reseller, bisa menghubungi langsung
CV.Helber Abadi Depok-jabar
Phone. 02186375052, 081317920001.

Smile 

salam kenal ya, saya mau nanya tentang Stevio Tea. apakah sudah tersedia di supermarket atau apotik? mohon diinformasikan beserta alamatnya ya.terimakasih.
Quote:Original Posted By oadarinagi
salam kenal ya, saya mau nanya tentang Stevio Tea. apakah sudah tersedia di supermarket atau apotik? mohon diinformasikan beserta alamatnya ya.terimakasih.


Stevigrow sudah banyak tersedia :
Stevia seindah nama dan rasa manis alami yang menyehatkan..