aniadhityaAvatar border
TS
aniadhitya
Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita
Bagaimanakah caranya?
1 . Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka
syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada
sedikit peningkatan fesyen , iaitu membuka bahagia hasta
( siku hingga telapak tangan ) .
“ Ah ! Tidak apa -apa , kan masih pakai tudung dan pakai
baju panjang. ” Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan
ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa .
Maka syaitan berbisik , “ Hah,tak apa -apa kan ?”
2 . Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan , maka
datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi .
“ Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu
ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi , iaitu
terbuka bahagian atas dada kamu , tetapi jangan sebut
sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk
mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah ! Orang
pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang
terbuka. ”
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka
bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah
lingkaran hingga fesyen berbentuk “ V ” .
3 . Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi , “ Pakaianmu hanya begitu -begitu
saja , cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang
agak tipis , lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih
indah dan cantik dipandang.”
Maka tergodalah si wanita . “ Mungkin tidak ada masalah ,
kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan
dan fesyennya sahaja yang berbeza , agar nampak lebih
feminin,” begitu syaitan menokok-nambah .
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi
s . a . w sebagai kasiyat ‘ ariyat ( berpakaian tapi telanjang) .
4 . Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat ,
maka syaitan datang lagi .
“ Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau
duduk, kerana sempit , kan lebih baik dibelah hingga lutut
atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa . ”
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan
dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau
mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk
duduk atau menaiki kenderaan .
5 . Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih
“ power ”.
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan
bahagian auratnya . “ Oh , ada yang terlupa! Kalau kamu
pakai baju sedemikian , maka tudung yang besar tidak
sepadan lagi . Sekarang kamu cari tudung yang lebih
kecil agar serasi dan sepadan . Orang tetap akan
menamakannya tudung . ”
6 . Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang
dipakainya seharian . Syaitan datang memberi idea lagi .
“ Rambutmu sangat cantik . Bukankah lebih selesa jika
tudungmu dilepaskan . Kamu bebas mencuba fesyen
rambut yang pelbagai. Malah , kamu boleh mewarnakan
mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih
menawan . ”
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si
wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7 . Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik , “ Kalau langkah kakimu masih
kurang selesa , maka cubalah kamu cari fesyen yang
lebih menarik . Bukankah kini banyak skirt separuh betis
dijual di pasaran ? Tidak usah terlalu terdedah, hanya
kira- kira 10 sentimeter sahaja . Nanti kalau kamu sudah
biasa , baru cari fesyen yang di atas paras lutut”
Benar -benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat
peribadinya .
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir , apakah ini tidak bersalahan
dengan agama ?
Namun bisikan syaitan menyahut, “ Ah , jelas tidak
bersalahan . Kan sekarang zaman sudah semakin moden.
Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini . ”
“ Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum
lelaki ?” hati si wanita curiga.
“ Fitnah? Ah , kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh
wanita yang terbuka , malah senang dan mengatakan ooh
atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah
lagi , kerana sama -sama suka ?” syaitan menghasut .
Begitulah sesuatu yang seakan -akan mustahil untuk
dilakukan .
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan
hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian
seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk
mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di
mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu
kemaluan dan buah dada !!!
Ingatlah , syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan
kita dengan janji -janji palsu yang halus dan memikat,
janji untuk keseronokan dunia , tetapi sebenarnya janji itu
palsu dan racun yang mematikan ! Nauzubillah …

sumber: http://www.blogammar.com/janji-dan-s...rhadap-wanita/
0
2K
17
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Urutan
Terbaru
Terlama
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Komunitas Pilihan