alexa-tracking

Main Content

1024
1024
KASKUS
51
244
https://www.kaskus.co.id/thread/50cde2881b7608755600004d/bagaimana-matahari-terbit-dari-barat
Bagaimana Matahari Terbit Dari Barat ?
Sehingga ke hari ini maseh belum ada manusia yang
dapat menjelaskan teori atau fenomena “ Bagaimana
Matahari Terbit dari Barat ” . Fenomena ini diterima oleh
saintis Barat dan mereka telah mengeluarkan pelbagai
teori. Malah tidak kurang juga dengan saintis - saintis ,
ilmuan dan pemikir Islam yang memberi pandangan dan
komen . Tidak semua teori dari Barat adalah betul , maka
marilah kita sama -sama kembali kepada Al -Quran dan
mengkaji bagaimana agaknya penjelasan Al -Quran .
Untuk kebaikan bersama, baik kita “ melihat” sepintas
lalu akan teori-teori Barat ini sebelum kita mengkaji
teori Al- Quran agar kita dapat membuat penelitian dan
perbandingan .
Barat mengemukakan 3 teori iaitu :
1 ) Teori -1 : “ retrograde motion” iaitu relatif peredaran
bumi dengan planet lain seperti planet Marikh.
2 ) Teori -2 : perlanggaran bumi dengan komet atau planet
lain yang amat dasyat sehingga menyebabkan bumi
bertukar pusingan .
3 ) Teori -3 : sebab keadaan bumi yang semakin hampir
dengan matahari !
Ke tiga -tiga teori ini boleh dimuat turun dari
kebanyakkan sesawang Internet ( seperti
www . Islamhadhari . net “ Saintis Barat akui matahari akan
terbit dari barat” pada Ogos 18 , 2008 ). Di bawah ini
adalah sedikit ringkasan dari petikan artikel di atas.
Fenomena ini terdapat di dalam satu hadith yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. a , katanya , Rasulullah
s . a . w telah bersabda ( yang bermaksud ).
“ Tiga perkara , apabila zahir kesemuanya , tidak akan
memberi manfaat iman seseorang itu . Sama ada yang
tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak
memberi kebaikan terhadap dirinya . (Iaitu ) ketika
matahari terbit dari arah barat , Dajjal dan Daabatul
Ardh ( sejenis makhluk dari dalam bumi ). ”
(Riwayat Muslim)
Teori Al-Quran
Sekarang mari kita mengkaji teori Al -Quran “ bagaimana
matahari terbit dari barat”. Saya memilih dan mengkaji 7
ayat ( mungkin ada banyak lagi ayat -ayat lain ) yang
saya fikirkan bagaimana Al-Quran menjelaskan tentang
fenomena ini iaitu satu ayat pada surah Al-Qamar
( 54 : 1 ) ( bermaksud ) “ Saat ( hari Kiamat ) semakin dekat ,
bulan pun merekah / terbelah” dan 6 ayat pada surah Al-
Hijr ( 15 : 72 -77 ) ( bermaksud ) ( 15 : 72 ) “ Demi umur
engkau , sesungguhnya mereka dalam keadaan mabuk
dan kebingungan. ( 73 ) Lalu mereka disambar bunyi
teriakan yang keras ketika matahari terbit. ( 74 ) Lalu
Kami jadikan ( negeri ) mereka yang diatas jadi ke bawah
( tertonggeng ), dan Kami turunkan ke atas mereka hujan
batu dari tanah yang keras . ( 75 ) Sesungguhnya pada
yang demikian itu menjadi tanda -tanda agi orang-orang
yang memerhati ( mengkaji ) . ( 76 ) Dan sesungguhnya
( negeri ) itu maseh benar - benar terletak pada jalan yang
maseh tetap ( tidak musnah dan maseh dilalui orang.
( 77 ) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi
tanda bagi orang-orang yang beriman )” .
Bulan merekah menyebabkan sifat bumi menjadi tidak
stabil
Mengikut kajian saya , Al-Quran menjelaskan matahari
akan terbit dari barat apabila bumi sudah “ tertonggeng ”
iaitu kutub utara menjadi kutub selatan dan kutub
selatan menjadi kutub utara. “ Proses tertonggeng ” ini
berlaku apabila bulan merekah dan memancarkan tenaga
elektrik ke arah bumi, menyebabkan daya magnet bumi
bertindakbalas dan berpusing secara perlahan-lahan .
Tenaga elektro-magnet ini juga akan menyebabkan otak
manusia menjadi bingung dan keliru. Selain dari tenaga
elektro-magnet , rekahan bulan juga akan memuntahkan
batu -batu keras serta mengeluarkan tenaga bunyi , yang
kemudian sampai kebumi. Sebab itu manusia di bumi
akan mendengar bunyi yang kuat , dan kemudian
manusia akan dihujani oleh batu -batan .
Apabila bumi sudah tertonggeng , maka manusia dibumi
akan dapat melihat matahari terbit dari barat.
Teori Quran Vs Teori Barat
Kalau di kaji dengan teliti , teori yang dijelaskan Al-Quran
ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama , Al-
Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi
bertukar arah . Al -Quran menunjukkan perkaitan yang
erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat
tidak ‘ nampak’ pun peranan bulan dalam proses
kejadian ini .
Yang ke-duanya, teori Al -Quran nampak lebih jelas dan
mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji
makmal . Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam
makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan
naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat
dahsyat ( dengan komet yang besar) , maka bumi akan
hancur ! Perlanggaran ‘ kecil ’ ( seperti yang berlaku di
Mexico ) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi
pun sekiranya komet melanggar bumi dari “ arah yang
salah ” ianya mungkin akan menambah kelajuan
pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam
kepada 10 jam sahaja / hari . Sekiranya bumi berputar
pada kelajuan ini , maka kelajuan objek yang berada
pada permukaan equator ( atau khatulistiwa ) ialah kira-
kira 4 ,000 km / sejam yang akan memusnahkan segala -
galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah ,
bangunan , tumbuhan, pohon kayu , dan manusia serta
binatang-binatang akan berterbangan .
Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah
bertentangan , komet yang melanggar bumi mesti
pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran
bumi iaitu 3 ,300 km / jam ( sekiranya saiz komet sama
besar dengan saiz bumi) , dan mesti melanggar bumi
pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya
melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan
‘ terbit dari barat’ .
Yang ke-tiga, teori Al -Quran adalah lebih tepat sebab
tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di
bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar
( misalnya bumi hancur ) , maka ini bermakna sudah
“ betul - betul kiamat ” dan bukannya lagi “ hampir kiamat ” .
Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari
naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak
diterima lagi , dan dajal akan turun ke bumi ( ini
menunjukkan manusia maseh lagi hidup di bumi , dan
berjalan seperti biasa ) .
Tambahan pula Al -Quran menyatakan ( 15 : 76 ) manusia
akan melihat jalan -jalan tetap tegak , nampak seperti
biasa tanpa sebarang kerosakan, dan maseh boleh
dilalui .
Ke- empat, penjelasan Al- Quran lebih menyeluruh dan
dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa
terdapat ‘ 2 ’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan
yang cerah ( yang sentiasa mengadap bumi ), dan
permukaan gelap ( yang sentiasa membelakangi bumi) .
Ke dua -dua permukaan ini mempunyai ciri - ciri yang
berbeza yang amat ketara seperti warna , daya graviti ,
kandungan bahan -bahan , ketumpatan dan kemampatan,
keradioaktifan, dan sebagainya . Oleh itu apabila bulan
merekah ia akan merubah polar graviti , mengeluarkan
tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya
graviti dan magnet bumi bertindak balas .
Kesimpulan
Al- Quran adalah kalam Tuhan dan kitab yang
mengandungi pelbagai ilmu yang maha hebat dan
menjelaskan segala- galanya . Fenomena matahari terbit
dari barat dijelaskan Al-Quran dengan terperinci , jelas ,
dan saintifik. Penjelasan Al-Quran nampak lebih logik
dan mudah difahami berbanding dengan teori-teori lain
seperti dari Barat .

sumber: http://www.blogammar.com/bagaimana-m...it-dari-barat/
makin deket 21 des makin banyak aja trit yang berkaitan dengan kiamat..
nice share sis
ciri ciri kiamat tuh
Nice share gan
Kiamat pastinya gan
pasti kiamat gan emoticon-Takut
sakit mata bacanya gan, di rapiin dulu atuh emoticon-Smilie
×