alexa-tracking

Main Content

1024
1024
KASKUS
51
244
https://www.kaskus.co.id/thread/000000000000000016229914/soal-hari-kemerdekaan-ternyata-orang-malaysia-iri-sama-indonesia
Soal hari kemerdekaan ternyata orang malaysia iri sama indonesia
Quote:ASSALAMUALAIKUM
AGAN AND SISTA SEKALIAN


walaupun baru kemarin merayakan hari kemerdekaannya ternyata ada sebagian warga malaysia yang iri pada indonesia

Quote:Original Posted By selengkapnya
Dirgahayu Malaysiaku! Saya mencemburui rakyat Indonesia
Patriotik kibar bendera sambut merdeka

Maafkan saya. Saya mencemburui Indonesia dan rakyatnya. Mereka juga menyambut hari kemerdekaan pada Ogos, 14 hari lebih awal daripada kita, pada 17 hari bulan. Indonesia merdeka 12 tahun terdahulu daripada perisytiharan kemerdekaan kita.
Mereka memperoleh kemerdekaan dengan darah, keringat dan air mata. Bukan sedikit pejuang kebangsaan yang tumpas bagi memungkinkan perisytiharan yang dibuat di Jalan Pegangsaan Timur 56, Cikini, Jakarta Tengah oleh Sukarno dan Muhammad Hatta menjadi kenyataan.

Pada setiap hari kemerdekaan, rakyat Indonesia tidak pernah melihat siapa di tampuk pemerintahan atau parti mana yang menguasai negara”

Pada setiap hari kemerdekaan, rakyat Indonesia tidak pernah melihat siapa di tampuk pemerintahan atau parti mana yang menguasai negara. Mereka melihat kemerdekaan sebagai simbol perpaduan, penyatuan dan ‘kebersamaan’ (istilah mereka). Itu bukan bermakna mereka tidak bercakaran atau berbalah cuma mereka sama-sama menghargai hari kemerdekaan.

Lebih penting lagi, bagi mereka ini masa terbaik memperaga identiti dan semangat patriotisme yang sebenar. Bagi rata-rata rakyat Indonesia, sehari dalam setahun, mereka menunjang kebanggaan sebagai rakyat yang berjati diri, berwibawa dan bermaruah.

Mereka tidak perlu dipujuk, dipinta apa lagi dipaksa untuk mengibarkan bendera kebanggaan mereka - Bendera Negara Kesatuan Republik Indonesia yang juga dikenali sebagai Sang Saka Merah Putih. Setiap rakyat Indonesia tahu mengapa warna merah putih dipilih. Bukan secara kebetulan sebenarnya bahawa warna lambang kebesaran kerajaan Kediri, Majapahit, Batak malah Bugis satu waktu dulu juga merah putih. Merah bererti berani dan putih tanda suci.

Rakyat Indonesia tidak sahaja mengibarkan bendera pada hari merdeka tetapi mencorakkan warna merah putih dalam pelbagai bentuk yang kreatif. Maka itu setiap 17 Ogos, merah putih mewarnai seluruh Indonesia - menghiasi ruang depan rumah, tiang hingga kerusi dan meja. Malah enjin carian Google Indonesia memastikan logonya berwarna merah putih, sewarna dengan bendera Indonesia pada musim kemerdekaan.
Apakah makna sebuah bendera bagi Indonesia? Segala-galanya. Malah apabila segelintir rakyat Indonesia melepaskan geram pada Malaysia mereka mewujudkan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (ringkasnya Bendera). Kumpulan inilah yang mengisytiharkan perang terhadap Malaysia. Bendera Malaysia, Jalur Gemilang juga dijadikan bahan cemuhan dan penghinaan beberapa kumpulan pembenci Malaysia yang lain.

Simbolisme bendera dan kemerdekaan amat serius bagi rakyat Indonesia. Mereka sehati, sejiwa, sederap. Mereka melihat bendera dan hari merdeka sebagai cerminan peribadi, wibawa dan maruah diri. Perayaan kemerdekaan Indonesia ialah hari bangga, hari bendera dan hari memperaga ke-Indonesia-an yang sebenar.

Saya tidak pernah mendengar pujukan apa lagi desakan agar rakyat Indonesia mengibarkan bendera kebanggaan mereka pada hari merdeka. Di Malaysia kempen ‘Kibarkan Jalur Gemilang’ dibuat selama sebulan, bagi mengajak rakyat melakukannya. Teriakan itu berkumandang daripada media elektronik hingga ke media cetak dan dilaungkan oleh pimpinan politik pelbagai peringkat.

Mengapa sampai begitu? Apakah rakyat kita tidak peduli, degil atau sememangnya tidak patriotik? Alasan diberikan ialah patriotisme tidak boleh diukur dari sekadar memperagakan bendera sahaja. Maka itu banyak premis perniagaan dan pejabat yang melakukannya akibat peraturan dan bukan kerelaan. Di jalan raya, bendera kecil di kenderaan juga tidak banyak kedapatan.

Mungkin laluan pembinaan negara bangsa Indonesia berbeza dengan kita. Sebenarnya tidaklah menghairankan dek kompleksiti rakyatnya yang berselerak di 100,000 pulau memerlukan simbol perpaduan yang kukuh. Atau mungkin juga pemerintahan kuku besi pada peringkat awalnya. Rakyat yang dibezakan oleh ribuan bahasa, adat resam dan kepercayaan memerlukan Pancasila sebagai pengikat. Tiang seri tegak berlimanya ialah kebangsaan, internasionalisme, muafakat, kesejahteraan dan ketuhanan. Kita pula mewujudkan Rukun Negara hanya selepas kita berasakan keperluan menyatukan rakyat selepas Peristiwa 13 Mei 1969.

Mungkin kita tidak melalui jalan yang mereka lalui. Mereka menumpukan pada pembentukan citra, akal budi dan kepatuhan bersama. Mereka tidak lebih maju daripada kita tetapi kita juga tidaklah begitu berjaya membina jati diri Malaysia sebenar. Mereka mempunyai kelemahan, begitu juga kita. Kita bercakap mengenai ‘1Malaysia’ hanya selepas lebih 50 tahun merdeka.

Siapapun mereka, di manapun mereka dan dalam konteks apapun, identiti ke-Indonesia-an mereka unik dan kukuh. Apakah yang menyebabkan kita kurang menghormati simbol seperti bendera di negara ini? Keyakinan tinggi? Kemewahan? Ketaksuban pada hal-hal kebendaan? Atau sememangnya kita tidak peduli?

Atau apakah kerana kita terlalu berpecah-belah dan dikelabui oleh kebencian sesama sendiri dek perbezaan fahaman politik? Maka itu kita menganggap apa sahaja usaha yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah - walaupun sekadar mengibarkan bendera dan merayakan hari kemerdekaan - tidak betul dan bermotif buruk?

Tidak bolehkah sekali dalam setahun, kita menghargai tarikh keramat yang telah mencorakkan destini negara dan rakyatnya?

Dirgahayu Malaysiaku!


semoga kita bisa "menambah rasa iri mereka" dengan terus menanamkan rasa nasionalisme nggak cuman pas tujuh belasan tapi setiap hari

ngomong-ngomong abis cerita abe haus nih gan boleh minta
Spoiler for minta:


tapi jangan dikasih
Spoiler for jangaaannn!!:


sumber
makasih
udah mampir
ooooh jadi ternyata di malaysia ngibarin bendera aja pake kampanye dulu yaa
kalau gue sih malu
Jadi dukung mana gan emoticon-Smilie
pusinf=g ane bacanya
ogos=? emoticon-Bingung
Quote:Original Posted By gudbai
pusinf=g ane bacanya
ogos=? emoticon-Bingung


agustus maksudnye gnn

emoticon-Malu (S)
PERASAN DARI TADI BANYA K TREAD TENTANG SI M4l4y...emoticon-NajisJANGAN JAGN TS NYA ORNG M4l4y YA...emoticon-Najisemoticon-Najis bhasanya bikin pusing mata..dan pikiran..
bingung bacany, pake m4l4y sgala emoticon-Bingung (S)
nais emoticon-2 Jempol
alhamdulillah gan, emang di daerah ane juga memperingati 17-an,,, ga sampe lomba sih, coz lg puasa... jdnya buka bersama doang emoticon-I Love Indonesia

kalo pas ane pulang kampung pas H-5 lebaran baru dah dikampung ane ada lomba... di lapangan gitu, sambil lomba n dangdutan emoticon-I Love Indonesia


kita wajib bersyukur kepada Allah SWT yg telah memberikan kemerdekaan ini... semoga kita bisa mengisinya dengan hal" positif, amiin

merdekaaa

sekali merdeka tetap merdeka .... merdeka atau mati . . . . garuda bukan burung perkutut . . sang saka bukan sandang pembalut . . . dan coba kau dengar ...

Sinar matamu tajam namun ragu

Kokoh sayapmu semua tahu

Tegap tubuhmu takkan tergoyahkan

Kuat jarimu kalau mencengkeram

Bermacam suku yang berbeda

Bersatu dalam cengkeramanmu

Angin genit mengelus merah putihku

Yang berkibar sedikit malu-malu

Merah membara tertanam wibawa

Putihmu suci penuh kharisma

Pulau pulau yang berpencar

Bersatu dalam kibarmu

Terbanglah garudaku

Singkirkan kutu-kutu di sayapmu oh…..

Berkibarlah benderaku

Singkirkan benalu di tiangmu

Jangan ragu dan jangan malu

Tunjukkan pada dunia

Bahwa sebenarnya kita mampu

Mentari pagi sudah membumbung tinggi

Bangunlah putra putri ibu pertiwi

Mari mandi dan gosok gigi

Setelah itu kita berjanji

Tadi pagi esok hari atau lusa nanti

Garuda bukan burung perkutut

Sang saka bukan sandang pembalut

Dan coba kau dengarkan

Pancasila itu bukanlah rumus kode buntut

Yang hanya berisikan harapan

Yang hanya berisikan khayalan ~bangunlah putra putri pertiwi[iwan fals]~
emoticon-I Love Indonesiaemoticon-I Love Indonesiaemoticon-I Love Indonesiaemoticon-I Love Indonesiaemoticon-I Love Indonesiaemoticon-I Love Indonesiaemoticon-I Love Indonesia


Quote:Quote:JANGAN DIBUKA BISA NAMBAH $ ENTE !! DIJAMIN AMFUH !!
Spoiler for PLEASE JANGAN DIBUKA GAN NTAR $ ENTE NAMBAH:

ah ga ada yang perlu diirikan
malaysia mah bisa nya iri aja sama indo
indonesia emang negara yang penuh keunikan emoticon-I Love Indonesia

[SPOILER=buka][URL=http://www.facebook.com/pages/Rage-comic-indonesia/111695115594902]Rage Comic Indonesia[/SPOILER][/URL]