Maskot Piala Dunia Sepanjang Sejarah
Maskot Piala Dunia pertama kali muncul dalam Piala Dunia 1966 di Inggris yang menampilkan sosok karakter singa bernama Willie. Untuk selanjutnya, tradisi maskot Piala Dunia terus berlanjut.
Spoiler for England 1966:
World Cup Willie
Singa selaku lambang utama United Kingdom, memakai jersi Union Flag yang tertera ungkapan "WORLD CUP".
Spoiler for Mexico 1970:
Juanito
anak lelaki yang memakai pakaian seragam pasukan Mexico dan topi sombrero (yang tertera "MEXICO 70"). Namanya adalah bentuk diminutif bagi "Juan", sebuah nama lelaki yang biasa dipakai di rantau berbahasa Sepanyol.
Spoiler for Jerman Barat 1974:
Tip dan Tap
Dua anak-anak lelaki yang memakai pakaian seragam pasukan Jerman, dengan huruf WM (Weltmeisterschaft, Piala Dunia) dan nombor 74.
Spoiler for Argentina 1978:
Gauchito anak lelaki yang memakai pakaian seragam pasukan Argentina. Topi (tertera "ARGENTINA '78"), kain leher dan cemeti adalah pakaian tradisional gaucho.
Spoiler for Sepanyol 1982:
Naranjito
Sebiji buah oren, buah-buahan yang biasa ditemui di Sepanyol, memakai pakaian seragam pasukan kebangsaan. Namanya berasal dari naranja (oren dalam bahasa Sepanyol), dan akhiran diminutif "-ito".
Spoiler for Mexico 1986:
Pique
Sebiji lada jalapeño, ramuan yang mencirikan masakan Mexico, bermisai dan bertopi sombrero. Namanya berasal dari picante, iaitu istilah bahasa Sepanyol untuk lada dan rempah pedas.
Spoiler for Itali 1990:
Ciao
Pemain stick figure berkepala bola sepak dan berbadan triwarna Itali. Namanya adalah ucapan dalam bahasa Itali.
Spoiler for Amerika Syarikat 1994:
Striker,
the World Cup
Maskot resmi Piala Dunia edisi kali ini dinamai Striker, yang digambarkan sebagai seekor anjing yang menggunakan kaos berwarna putih dengan lengan berwarna merah yang bertuliskan "USA 94", dan celana pendek berwarna biru. Warna putih, merah, dan biru merupakan warna dari bendera Amerika Serikat. Ia juga digambarkan mengenakan kaos kaki berwarna putih dengan corak berwarna merah serta sepatu sepak bola berwarna hitam.
Spoiler for Perancis 1998:
Footix
Seekor ayam jantan, salah satu lambang negara Perancis, dengan perkataan "FRANCE 98" tertera pada dadanya. Badannya serba biru seperti baju pasukan kebangsaan. Namanya adalah lakuran "football" dan akhiran "-ix" dari siri komik Astérix.
Spoiler for Korea/Jepan 2002:
Ato, Kaz and Nik
Tiga makhluk futuristik janaan komputer berwarna jingga, ungu dan biru. Mereka adalah ahli-ahli sepasukan "Atmoball" (sukan cereka seakan bola sepak), di mana Ato adalah jurulatih manakala Kaz dan Nik adalah pemain. Nama-nama mereka terpilih dari senarai pendek yang diisi oleh pengguna Internet atau cawangan McDonald's di negara-negara tuan rumah.
Spoiler for Jerman 2006:
Goleo VI
Sidekick: Pille
Seekor singa yang memakai baju pasukan Jerman yang tertera nombor 06 dan sebiji bola sepak bernama Pille. Goleo adalah lakuran "goal" dan "leo", iaitu singa dalam bahasa Latin. Di Jerman, "Pille" adalah timangan kepada bola sepak (bola).
Spoiler for Afrika Selatan 2010:
Zakumi
Seekor harimau bintang, haiwan yang biasa ditemui di Afrika Selatan, berambut hijau yang memakai baju bertera "South Africa 2010". Warna hijau emas Zakumi melambangkan warna-warna pasukan bola sepak kebangsaan Afrika Selatan. Namanya berasal dari "ZA", kod ISO 3166-1 alpha-2 untuk Afrika Selatan, dan "kumi", perkataan yang bererti "sepuluh" dalam pelbagai bahasa Afrika.
Spoiler for Brazil 2014:
Fuleco
Fuleco kini sudah ditetapkan sebagai nama dari maskot resmi Piala Dunia 2014. Pemilihan nama Fuleco sebagai nama maskot mengalahkan Zuzeco dan Amijubi.
Fuleco yang menjadi nama dari hewan trenggiling atau armadilo ini merupakan penggabungan dari dua kata. Dua kata tersebut adalah 'futebol' (sepakbola) dengan 'ecologia' (ekologi).
Pemilihan Fuleco sebagai nama maskot sesuai dengan tema besar FIFA yang mengangkat mengenai kesadaran lingkungan. Fuleco memiliki warna dasar kuning dengan warna biru di bagian kepala, dan akan melakoni debutnya pada drawing Piala Konfederasi 2013, akhir pekan ini.