ultras.malayaAvatar border
TS
ultras.malaya
Siapa bilang ULTRAS MALAYA tak berani ke GBK?
SALAM DAMAI DARI ANE MAHASISWA ASAL MALAYSIA YANG MENUMPANG HIDUP KAT INDONESIA

Quote:

Mari kita kilas balik 1 tahun silam..ini jawaban sekaligus klarifikasi atas tuduhan dan serangan kawan-kawan indonesia di media internet baik via FB,TWITTER,KASKUS ataupun lain sebagainya..dimana tuduhan itu pasal kami (ULTRAS MALAYA) yang tak berani menampakan batang hidungnya di stadion GELORA BUNG KARNO. Itu semua tidaklah benar, berikut perjalanan menegangkan kami kat GBK!


Akhirnya, tiket final telah berjaya kami dapatkan! Rasa girang di hati tidak dapat digambarkan. Jam menunjukkan pukul 3.00pm, kawasan sekitar Hotel Sultan mula dipenuhi orang ramai seawal jam 8 pagi. Kelibat beberapa pemain kebangsaan juga kelihatan, mereka mundar mandir ke hulur ke hilir. Kelihatan sedikit resah di wajah mereka, tapi yang pasti wajah Kapten kita, Badrol Bakhtiar paling selamba, ceria dan Bad juga sering menegur dan melambai kami selama kami berada di Indonesia. Bad memang peramah habis! tidaklah macam seorang pemain yang kononya hebat tu yang memang sombong dari pandangan kami, tidak mahu mention di sini penyerang yang tak perform di pasukan negeri tapi sentiasa mendapat tempat di kesebelasan utama baik skuad Rajagobal mahupun skuad Ong Kim Swee, anda fikirkanlah sendiri siapakah gerangannya. Waktu masih awal lagi untuk pergi ke GBK, kalau mahu nonton perlawanan penentuan gangsa acara bola sepak juga masih belum bermula. Tapi jelas kelihatan dari Hotel Sultan kami boleh melihat GBK padat dipenuhi lautan merah sana sini.


Ane mengambil kesempatan bergambar bersama
pemain sebelum perlawanan akhir


Pemain berangkat menaiki bas

Aku cuba melayari internet mengunakan mobile handphoneku, cuba update status di Facebook mahupun di twitter ternyata tak boleh diakses. Rupanya talian 3G internet telah disekat secara berperingkat. Sempat aku berborak dengan salah seorang petugas Sukan Sea Indonesia, beliau memberitahu segala bentuk komunikasi seperti handphone, Internet 3G akan disekat pengunaanya di sekitar GBK dan kawasan berdekatan dua jam sebelum dan selepas perlawanan. Perkhidmatan BBM pun tak lepas. Kalau di dalam GBK langsung tak boleh akses termasuk membuat panggilan telefon, atas faktor keselamatan katanya. Selepas beberapa insiden pengeboman di Indonesia beberapa tahun lalu pihak berkuasa tempatan mengambil langkah drastik dalam membendung daripada kejadian yang sama berulang lagi. Lagi pun di jangkakan Presiden Indonesia SBY akan turun juga. Patutlah dari pagi tadi aku lihat pelbagai agensi keselamatan Polis, tentera dan pengawal keselamatan berhimpuan di perkarangan GBK, siap datang dengan skuad “Penembak Tepat”.

Disebabkan gagal untuk melayari Internet, kami semua melepak di cafe hotel untuk mengunakan perkhimatan Wi-fi ternyata masih boleh dilayari. Dapat sahaja akses, aku dapat mesej “Whatsapp” daripada nombor yang tidak dikenali menyuruh kami semua segera ke bilik mesyuarat untuk taklimat khas sebelum keberangkatan ke GBK. Tanpa berfikir panjang terus kami ke bilik mesyuarat, rupanya mesej tadi dari sahabat lama ultras, saudara Azri, beliau sekarang bekerja dengan Team Malaysia kerjanya lebih kurang macam mengemas kini info di laman sesawang, facebook dan twitter Team Malaysia. Beliau juga merupakan antara pelopor awal Ultras Malaya semasa kami semua masih lagi aktif berforum di laman sesawang harimaumalaya.com. Azri pelawa kami untuk mengikuti sekali konvoi bas pemain ke GBK. Tanpa berfikir panjang kami terus bersetuju, bila lagi nak dapat peluang menaiki bas dan mengikuti konvoi bersama pemain bukan?

Kami melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat, kelihatan ramai orang di situ dan kebanyakannya berpakaian jersi Team Malaysia dan juga jersey Nike Harimau Malaya. Dalam hatiku, “sah ni memang budak-budak Famemas ni” dan ternyata benar telahanku. Mesyuarat itu sendiri diketuai oleh Chef de Mission Malaysia di Jakarta, Datuk Naim Mohamed. Datuk Naim sendiri mengenali Ultras Malaya dan mempelawa kami menyertai mereka. Taklimat selama hampir sejam lebih diberikan. Para pegawai Malaysia dan AJK Team Malaysia sibuk berbincang bagaimanakah mahu meyeludup mereka yang masih tidak punyai tiket untuk masuk ke kawasan yang lebih selamat iaitu kawasan grandstand kerana di situ pengawasan pihak Polis dan keselamatan lebih terjamin berbanding tiket kategori 1 dan kategori 2. Rupa-rupanya selama Sukan Sea ini berlangsung, mereka sudah arif dalam bab menyeludup masuk penyokong-penyokong Malaysia ke kawasan yang lebih selamat walaupun berlainan tiket. Mereka terpaksa berbuat demikian kerana atas faktor keselamatan, kata mereka jikalau setiap acara sukan yang melibatkan pertembungan Malaysia dengan Indonesia, keadaan akan menjadi begitu tegang sekali.

Akhirnya diputuskan dengan sistem undian, hanya 50 orang sahaja dibenarkan pergi ke GBK manakala selebihnya pergi menonton di Kedutaan Malaysia. Kami tidak terbabit dengan undian mereka, kerana ada tiket walaupun tiket kami kategori 1, kami rancang hanya ingin menumpang konvoi bas ke stadium setibanya kelak barulah kami akan ke bahagian tempat kami, kami tawakkal dan buat hati kering. Undian telah dibuat, selebihnya yang gagal untuk mendapatkan tiket terus ke kedutaan besar Malaysia atas faktor keselamatan mereka. Terlalu bahaya untuk membiarkan mereka yang lain untuk duduk di kawasan kategori 1 dan 2, ibarat seperti jalan pintas menempah maut jikalau penyokong-penyokong Malaysia duduk berasingan dan berjauhan. Kami bersama-sama beberapa pelajar Malaysia yang mempunyai tiket biasa juga, nekad mengikuti konvoi ke GBK walaupun tidak disarankan sendiri oleh CDM kita.

Setelah tamat sesi “Taklimat Perang” di bilik mesyuarat kami semua berangkat ke kawasan lobby untuk menaiki bas. Kenapa aku katakan “Taklimat Perang”? Sebab macam-macam perkara dibincangkan dari nak seludup oranglah, nak elak dari bertembung penyokonglah, elak dari provokasilah, langkah-langkah berjaga bagaimana mahu keluar balik andai malaysia telah menang dan sebagainya. Tepat pukul 5pm kami semua naik bas, pemain-pemain kebangsaan juga kelihatan. Selepas itu kesemua 66 orang (aku tak pasti jumlah sebenar mereka di dalam bas) berada di dalam bas dan baki penyokong Malaysia yang lain ke Kedutaan Besar Malaysia. Kami semua berhimpit dan berdiri di dalam bas dan kemudian barulah konvoi pemain dan penyokong bertolak. Konvoi disertai 2 buah bas sahaja dengan bas pemain di depan manakala bas penyokong di belakang. Jarak sebenar GBK dengan Hotel Sultan hanyalah 500 meter, konvoi bas perlu melalui laluan alternatif sejauh 2KM kerana laluan lain terhalang oleh ratusan ribu penyokong Indonesia yang sedia menanti di perkarangan stadium. Menurut sukarelawan Sukan Sea, ratusan ribu datang dari seluruh pulau di Indonesia walaupun mereka tidak mempunyai tiket untuk memasuki stadium. Beberapa minit kemudian, bas kami disedari oleh penyokong-penyokong Indonesia dan mereka mula menjerit dan menghamburkan kata-kata kesat serta insyarat jari lucah. Tidak semua berperangai sebegitu, tetapi boleh dikatan majoriti di situ berperangai sedemikian.


Boleh lihat dari keadaan terang sudah menjadi gelap
gara-gara lama sangat tersekat oleh penyokong mereka

Bas kami mula memasuki perkarangan stadium GBK, tetapi malangnya pergerakkan bas terhalang di situ walaupun GBK hanyalah 100 meter dari bas. Orang ramai mula mengerumi bas kami, mengetuk, menendang, mengejek, menjerit, membaling segala jenis benda ke arah bas kami. Ada yang mempamerkan poster berbunyi “Batik milik Gwe”, “Malaysia Go To Hell”, “Kita bunuh Upin Ipin”, “Malaysia Maling No 1 Asia” “Ganyang Malaysia sampe mati” “Hantar pulang mereka ke NERAKA” dan banyak lagi. Adakalanya poster-poster yang mereka bawa mesejnya hampir membuatkan isi perut aku terburai, mana tidaknya isu-isu yang dimainkan media massa mereka sememangnya tidak masuk akal dan tidak menjadi isu buat rakyat Malaysia dan kami pelik bagaimana mereka mendapat isu sebegitu walhal rakyat Malaysia tidak ambil peduli hal-hal sedemikian.


Kiri dan kanan bas kami dikepung mereka


T-shirt tertulis dibelakangnya "Ganyang Malaysia"
boleh di dapati dengan mudah di luar Stadium GBK


Bagaimana peranan media massa Indonesia membangkitkan sentimen
patriotik dan mengapi-apikan perasaan rakyatnya salah satu provokasi yang cerdas


LANJUT KEBAWAH
Polling
Poll ini sudah ditutup. - 688 suara
Bagaimana ULTRAS MALAYA dimata anda?
Luar biasa
14%
Biasa aja
34%
Buruk sekali
53%
Diubah oleh ultras.malaya 02-12-2012 10:08
0
103.6K
1.5K
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Urutan
Terbaru
Terlama
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Komunitas Pilihan