KATEGORI
KATEGORI
Home / FORUM / All / News / Berita dan Politik /
Bakar kawan tak hulur rokok
KASKUS
51
244
https://www.kaskus.co.id/thread/5dc4bd6588b3cb62f271a03e/bakar-kawan-tak-hulur-rokok

Bakar kawan tak hulur rokok

SEMARANG (INDONESIA): Gara-gara berang tidak diberi rokok, dua lelaki tergamak membakar kawan mereka sendiri hingga menyebabkan mangsa cedera.

Tribunnews melaporkan, kejadian berlaku baru-baru ini ketika mangsa, Widodo, 40, dalam perjalanan pergi ke tempat kerja sebelum terserempak dengan dua rakannya, Suka Adi, 27, dan Bayu Angga, 27.

Dua lelaki itu meminta rokok daripada Widodo tetapi mangsa memberitahu dia tidak mempunyai rokok kerana sudah habis.

Suka kemudiannya mengarahkan Widodo ke sebuah kedai berhampiran untuk membeli rokok namun apabila mangsa pergi situ dia mendapati premis berkenaan tutup.

Widodo kembali semula berjumpa dua rakannya itu dan memberitahu dia tidak dapat membeli rokok kerana kedai berkenan tutup.

Kerana berang akibat tidak mendapat rokok, Suka memukul Widodo di kepala dan menyimbahnya dengan petrol sebelum Bayu menyalakan api menyebabkan seluruh badan mangsa terbakar.

Widodo menjerit kesakitan namun dia sempat berlari dan terjun ke dalam sungai berhampiran untuk menyelamatkan dirinya.

Jurucakap polis Semarang, Warijan berkata, Widodo mengalami kecederaan serius dan sudah dibenarkan keluar dari hospital.

“Kedua-dua suspek ditangkap apabila mangsa membuat laporan polis selepas dia keluar dari hospital.

“Suspek didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan dan berdepan hukuman penjara sembilan tahun,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/global/201...ak-hulur-rokok
profile-picture
caseopia memberi reputasi
Kntl, bahasa apa ini? emoticon-Bingung
profile-picture
cellato memberi reputasi
profile picture
.monon.
kaskus addict
bahasa melayu semarang emoticon-Wkwkwk
GDP Network
© 2019 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved
Ikuti KASKUS di