RajaaAvatar border
TS
Rajaa
2 maut, 2 parah kereta perisai ATM terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan


kereta perisai

Dua anggota tentera masing-masing berpangkat Sarjan dan Koperal maut manakala dua lagi parah apabila kereta perisai yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kuala Kangsar hari ini.

Sarjan Bayong Burma mati di tempat kejadian manakala Koperal Che Mohd Patanah Che Ismail meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.

Dua anggota tentera yang parah, iaitu Koperal Sharifuddin Abdullah dan Lans Koperal Freaddy Barlabas, menerima rawatan di hospital sama.

kereta perisai atm

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Ismail Darus berkata pihaknya menerima panggilan berhubung nahas itu, yang berlaku pukul 6.30 petang, kira-kira 15 minit kemudian dan lapan anggota dikejar ke tempat kejadian.
“Setiba di tempat kejadian, kita dapati sebuah kereta perisai berada dalam keadaan terbalik dan ada mangsa tersepit. Kesemua mangsa dikeluarkan anggota tentera yang berkonvoi bersama-sama,” katanya ketika dihubungi di Ipoh.

Ismail berkata kereta perisai itu dipercayai terbabas dan merempuh pembahagi lebuh raya sebelum terbalik.

“Apabila kita lihat kesemua mangsa dikeluarkan, kita segera membuat kawalan dan memastikan tumpahan minyak yang berlaku tidak mencetuskan kejadian lebih buruk.

“Apabila mangsa dibawa ke hospital, kita terus lakukan pembersihan kawasan kejadian,” katanya.

Beliau juga berkata kereta perisai itu sedang berkonvoi dari Sungai Petani, Kedah ke Gemas, Negeri Sembilan bersama-sama kenderaan lain pasukan tentera.

“Kereta perisai yang terlibat dalam kemalangan itu diuruskan pihak tentera sendiri,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ghuzlan Salleh, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Sumber ; http://malaysianreview.com/66574/2-m...utara-selatan/, http://www.bharian.com.my/bharian/ar...rbalik/Article
Diubah oleh Rajaa 04-07-2014 04:33
0
18.8K
105
Thread Digembok
Urutan
Terbaru
Terlama
Thread Digembok
Komunitas Pilihan