an99caAvatar border
TS
an99ca
[selundup senjata] Pegawai Tentera Udara Malaysia (TUDM) Ditahan Di Amerika
| 2:16PM Apr 20 2014
Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) berpangkat Mejar, ditahan pihak berkuasa
Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Mathis Field, di
Texas, selepas dipercayai cuba menyeludup senjata
api ke dalam penerbangan.
Laporan sebuah portal berita tempatan Texas,
Bigcountryhomepage.com melaporkan pegawai
berpangkat Mejar itu ditahan di dalam pesawat
sebelum berlepas ke Dallas pada 16 April lalu.
Pegawai berkenaan, Mejar Mohd Faiz Abdul Jalil
dilaporkan dalam perjalanan untuk menaiki satu lagi
penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Dallas.
Pegawai berkenaan dilaporkan akan dipindahkan
oleh pihak berkuasa ke Lubbock, Texas.
Laporan berkenaan tidak menyatakan dengan jelas
mana-mana peruntukan undang-undang, namun
menyebut pegawai Malaysia itu yang berdepan
dengan hukuman 10 tahun penjara.
Ia seterusnya menyatakan dengan terperinci
bahagian peralatan senjata api serta pembungkusan
barangan yang didakwa dikaitkan dengan pegawai
tersebut.
Menurut laporan berkenaan, Agen Pentadbiran
Keselamatan dan Pengangkutan Lapangan Terbang
(TSA) dan kastam pada awalnya mengesan objek
mencurigakan dalam bagasi pegawai terbabit.
Pihak berkuasa berkenan kemudiannya dilaporkan
menemui bahagian peralatan pistol jenis Taurus
PT-22 dan satu kelopak mengandungi lapan butir
peluru 22mm.
Menurut laporan itu, ejen TSA menemui tempat
menyimpan air batu yang mengandungi satu alat
senaman angkat berat plastik. Alat senaman tersebut
didapati mengandungi satu bahagian pistol Taurus
PT-22.
Pihak berkuasa juga menemui laras pistol tersebut
dilekatkan di antara satu pembuka tin dan satu
pembuka penutup botol.
"Bahagian lain pistol tersebut, keluli pelungsurnya,
ditemui dalam jam keluli yang dimuatkan dalam
kotak besi dalam beg pakaian,” laporan itu dipetik.
Mohd Faiz dilaporkan memberitahu pihak berkuasa
AS bahawa beliau menyembunyikan senjata api
tersebut supaya tidak ditemui oleh pihak berkuasa
Malaysia apabila tiba di Kuala Lumpur.
Menurut laporan itu lagi, pegawai berkenaan
memberitahu ejen Keselamatan Dalam Negeri
bahawa beliau membeli senjata api tersebut semasa
satu pameran di Sweetwater, Texas.
"Beliau memberitahu pihak berkuasa bahawa dua
lagi pembekal enggan menjual senjata tersebut
memandangkan beliau bukan warga AS, tetapi
pembekal ketiga bersetuju menjual senjata tersebut
kepadanya dengan harga USD200, dan Mohd Faiz
berkata vendor tersebut tidak memintanya untuk
mengisi apa-apa borang,” laporan itu dipetik.
Beliau masuk ke negara itu dengan visa diplomatik
untuk latihan ketenteraan di Goodfellow Air Force
Base di San Angelo sejak 5 Januari dan menginap di
satu asrama di pengkalan tentera itu.
Sementara itu satu laporan Bernama yang memetik
kenyataan TUDM menyebut, pasukan itu
mengesahkan bahawa seorang pegawainya ditahan
pihak berkuasa AS di lapangan terbang berkenaan.
"Beliau kini ditahan oleh polis Texas dan dijangka
akan didakwa di mahkamah pada 21 April," laporan
itu dipetik.

sumber

--------------------------------------------------
Tentara JAGUH emoticon-Ngakak
0
6.8K
45
Thread Digembok
Urutan
Terbaru
Terlama
Thread Digembok
Komunitas Pilihan