Kaskus

Entertainment

irwanrcvAvatar border
TS
irwanrcv
»»Biodata Rasulullah SAW«« ©®
" BIODATA RASULULLAH SAW "
Bismillaahirrahmaanirrahiim..
Nama penuh: Muhammad bin Abdullah bin
Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib
bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul
Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal
dengan nama Abdul Muttalib
Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib
Nama Ibu susuan Rasulullah: - Ibu susuan
pertama Thuwaibah (hamba perempuan
Abu Lahab)- Ibu susuan kedua Halimah
binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali
Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama
Abu Kabsyah)
Nama isteri pertama dan usia baginda
berkahwin: Khadijah binti Khuwailid Al-
Asadiyah pada 25 tahun
Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zamah al-Amiriyah al
Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina
Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a
(anak Saidina Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi
Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian
r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma bt. al-Numan al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar Ummu
Al-Masakin; Ibu Orang Miskin)
Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah
al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri
Rasulullah]
Pengalaman bekerja Rasulullah:Semenjak
kecil lagi, baginda telah menternak
kambing dan berniaga membantu bapa
saudaranya.Abu Talib telah membawa
baginda ke Syam (Syria) bagi
membantunya berniaga.Apabila baginda
telah agak dewasa, baginda telah mula
menjalankan perdagangan baginda sendiri
secara kecil-kecilan dan menjalankan
perniagaan dengan menggunakan modal
orang lain kerana baginda sedar bapa
saudaranya bukanlah terdiri daripada orang
yang berada dan beliau terpaksa menyara
sebuah keluarga yang besar.Ketika
baginda berusia dua puluh lima tahun,
baginda telah pergi ke Syam untuk kali
kedua bagi menjalankan perniagaan
Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah
adalah seorang ketua keluarga yang patut
dicontohi: Rasulullah merupakan seorang
yang pengasih. Sebagai seorang suami,
baginda sering membantu isteri
menjalankan urusan rumah seperti
memasak, menampal pakaian yang koyak,
memmbersih rumah dan menjaga
anak.Sebagai seorang bapa, baginda
memberi pendidikan agama yang
secukupnya dan menjadi seorang contoh
yang baik kepada anak-anak.
Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan
seorang yang jujur, amanah dan budi
pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda
sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi
gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab
Quraisy.
Sifat-sifat terpuji Rasulullah: - Berkata
benar (siddiq) - Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq) -
Bijaksana (fatanah)
kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa
banjir di kota Mekah ketika Rasulullah
berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda
banjir kilat yang menyebabkan dinding
kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy
telah membina semula bahagian yang
runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara
ketua kaum Quraisy yang berebut untuk
mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad
di penjuru sebelah timur bangunan kaabah.
Perbalahan ini hampir menimbulkan
peperangan. Rasulullah telah menjadi
hakim bagi menentukan kedudukan Hajar
Aswad dan secara tidak langsung
Rasulullah telah meleraikan perbalahan
antara ketua kaum Quraisy.
Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada
hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)-
Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua
Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang
berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama
Tuhanmu yang menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah, dengan nama
Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang
mengajar manusia dengan perantaraan
(menulis, membaca). Dia mengajarkan
kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya."
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat
1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran
Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan
baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh
Allah.
Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia
10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan
orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)
wahyu pertama yg diterima oleh
Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq
yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut
nama Tuhanmu yang menciptakan manusia
dari segumpal darah. Bacalah, dengan
nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang
mengajar manusia dengan perantaraan
(menulis, membaca). Dia mengajarkan
kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya."
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610
M)
- Berusia 40 tahun.
Keadaan Rasulullah ketika menerima
wahyu: Pada suatu ketika sedang dia
bertafakkur itu datanglah malaikat
kepadanya, lalu berkata: "Bacalah!" (Iqra).
Lalu Rasulullah menjawab; "Saya tidak
pandai membaca." Lalu kata beliau: "Maka
diambilnya aku dan dipagutnya sampai
habis tenagaku. Kemudian dilepaskannya
aku dan dia berkata pula: "Bacalah!" Tetapi
aku jawab: "Aku tidak pandai membaca!"
Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula
tenagaku.
Kemudian ditegakkannya aku baik-baik
dan dikatakannya pula: "Bacalah!", yang
ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu:
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah
menjadikan," sampai kepada ujung "Yang
telah mengajarkan kepada manusia apa
yang dia tidak tahu." Setelah sampai pada
ujung ayat tersebut malaikat itu pun
ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri
dalam rasa kengerian.
Lalu beliau segera pulang kepada isterinya
Khadijah. Lalu beliau berkata: "Selimutilah
aku, selimutilah aku." (Zammiluuni,
zammiluuni). Maka segeralah orang-orang
dalam rumah menyelimuti beliau, sampai
rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah
beliau kepada Khadijah: "Hai Khadijah,
apakah yang telah terjadi atas diriku ini?"
Lalu beliau ceriterakan segala yang telah
beliau alami itu, akhirnya beliau berkata:
"Aku ngeri atas diriku."
Wallahu Alam Bishowaab.
0
1.5K
3
GuestAvatar border
Komentar yang asik ya
Urutan
Terbaru
Terlama
GuestAvatar border
Komentar yang asik ya
Komunitas Pilihan