MuslimAirForceAvatar border
TS
MuslimAirForce
**Mengenal Mujaddid Sang Petunjuk/Pembaharu Yang Muncul Setiap 100 Tahun Sekali**
kita sering mendengar tentang imam mahdi yang akan muncul di akhir zaman serta kembalinya nabi isa as.....
bagaimana dgn mujaddid..........mereka adalah sang petunjuk/sang penolong yang hanya muncul setiap 100 tahun sekali untuk menegakkan kebenaran dan memberikan pengetahuan yang murni kepada umat manusia.....

ALLAH SWT berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya: “Dan bagi setiap generasi ada yang mem­beri petunjuk.” (Ar Raad: 7)

Petunjuk yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah rasul-rasul dan nabi-nabi. Ertinya setiap zaman, Allah pasti akan mendatangkan orang-Nya yang menjadi petunjuk kepada manusia.

Di zaman ada rasul maka rasul membawa syariat baru dari Allah. Di zaman tiada rasul, nabi-nabi didatangkan untuk menyampaikan syariat rasul yang sebelumnya. Manakala di segi aqidahnya tetap sama, yakni setiap rasul datang untuk mengenalkan Allah sebagai Tuhan kepada manusia. Cuma syariat yang berbeza.

Sepanjang umur dunia, Allah sudah mengutuskan 313 orang rasul. Ada juga yang mengatakan 314 atau 315 orang rasul semuanya. Bilangan nabi pula seramai 124 ribu orang. Nabi-nabi ini datang di antara atau di celah-celah kedatangan rasul. Ada juga yang datang bersama-sama dengan kedatang­an rasul.

Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang terakhir. Selepas­nya tiada lagi nabi atau rasul sebab baginda ialah Nabi akhir zaman. Selepas kewafatan baginda SAW, dunia bersambung untuk 15 kurun lagi sebelum Kiamat. Ertinya selama 1500 ta­hun, manusia mempunyai nabi yang telah wafat. Apa erti­nya ini?

Rasulullah Terus Memimpin

Kewafatan Rasulullah SAW bukan bermakna berakhirnya misi baginda sebagai rasul dan nabi. Bahkan ketika saat kematian­nya baginda menyebut, “Ummati, ummati....” Tangisan baginda mengenangkan nasib umatnya itu membawa erti bagindalah yang akan menyelamatkan umatnya dengan izin Allah. Sebagai Rasul, tentu Allah ada cara-Nya untuk melaku­kan peranan seorang yang sudah wafat dapat menyelamatkan orang yang hidup.

Hal ini bukan suatu yang mustahil. Dalam kitab-kitab terdapat banyak kisah menceritakan bagaimana orang mati (roh orang soleh) boleh membantu orang hidup. Kalau orang soleh pun boleh membantu secara roh, tentulah hal ini Tuhan benarkan berlaku kepada Rasulullah SAW (lihat Lampiran 2) selepas kewafatannya dalam memikul tugas sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman. Bahkan sebelum kelahirannya lagi roh atau nur Muhammad yang suci itu telah berperanan. Nabi Adam a.s. per­nah bertawasul dengan Rasulullah SAW apabila melihat nama Muhammad digandingkan dengan nama Allah di Syurga.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, bumi telah mengadu kepada Tuhan mengapa tiada lagi nabi yang berjalan di atasnya sesudah Nabi Muhammad SAW. Amirul Mukminin Sayidina Ali k.w. juga telah berdoa: “Ya Allah, ya Tuhanku! Biarlah bumi ini tidak sepi dari penegak agama-Mu dengan hujah, sama ada secara terang-terangan ataupun secara sem­bunyi.”

Walau bagaimanapun, dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT, bumi ini sebenarnya tidak pernah lengang dari para ulama yang hak dan para kekasih Allah dari kalangan wali Autad dan Abdal yang membawa manusia kembali kepada Tuhan.

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Bahawa para ulama itu adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tiada mewariskan umatnya wang ringgit, tetapi mereka mewariskan umat­nya ilmu pengetahuan.” (Hadis diriwayatkan daripada Anas, tersebut dalam kitab Al Jamius Shoghir)

Dalam Hadis yang lain Rasulullah bersabda:

Maksudnya: “Para ulama umatku sama seperti para nabi Bani Israil.”
(Menurut Fakhrurrazi, Ibnu Qudamah, Al Baziri dan lain-lain)

Nabi-nabi Bani Israil yang dimaksudkan dalam Hadis di atas, mereka muncul di celah-celah terputusnya kezahiran para rasul Bani Israil. Contohnya Nabi Samuel a.s. yang mun­cul di waktu kekosongan rasul iaitu setelah berlalunya zaman Nabi Zulkifli a.s. dan sebelum kedatangan Nabi Daud a.s. Manakala setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi nabi selepasnya. Lalu Rasulullah mengibaratkan para ulama yang hak di kalangan umatnya ini sebagai pewarisnya dan meng­gantikannya dalam tugas memikul tanggungjawab mene­ruskan seruan agama Allah SWT. Begitu sekali nabi me­muliakan para ulama di kalangan umatnya dari segi peranan menyampaikan seruan, bukan dari sudut darjat kenabian.

Begitu juga dengan rahmat Allah SWT, di sepanjang zaman hingga kini dunia tidak pernah putus dari adanya para wali Autad dan Abdal yang kerana ketaqwaan merekalah Allah turunkan rahmat-Nya ke muka bumi. Cuma mereka tidak dikenali umum. Tetapi bagi para mujaddid yang zahir setiap awal kurun, kepimpinan mereka lebih terserlah berbanding ulama-ulama lain. Ini kerana mereka adalah ulama yang berwatak rasul (yakni mereka mendidik dan memimpin ma­nusia menuju Tuhan). Oleh itu menjadi tanggungjawab umat Islam di setiap awal kurun untuk mencari mujaddid di kurun­nya kerana ia adalah khabar gembira dari Rasul.

Kepimpinan Rasulullah Melalui mujaddid

Nampaknya teknik yang digunakan oleh Allah untuk mem­bolehkan Rasulullah SAW terus memimpin umat setelah kewafatannya itu boleh dibaca dalam sabda Rasulullah SAW iaitu:

Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengu­tus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang (mujad­did) yang akan memperbaharui urusan agama mereka.” (Ri­wayat Abu Daud)

Jadi berdasarkan Hadis tadi, jelas bahawa di setiap awal kurun (Hijriah), Allah utuskan seorang mujaddid.

Mujaddid ertinya orang yang membawa pembaharuan.
Dalam bahasa Inggeris dikatakan ‘reformer’ yang bererti pembaharu. Tugas mujaddid adalah untuk memperbaharui urusan agama. Mujaddid datang bukan membawa agama baru atau memperbaharui isi Al Quran. Mereka tetap mem­bawa isi Islam sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Cuma penafsiran tentang isi Al Quran dan Hadis itu sahaja yang dibaharui melalui ilham dari Tuhan yang mana penaf­siran itulah yang paling tepat dan sesuai untuk diamalkan di zamannya.

Roh Rasulullah SAW diizinkan Allah untuk hadir (yaqazah) mengajarkan melalui ilham yang jatuh ke hati para mujaddid. Hakikatnya Rasulullah-lah yang melakukan tugasan se­ba­gai Nabi akhir zaman untuk menghidupkan agama Islam atau Al Quran dan Sunnah setiap 100 tahun sekali.

Rasulullah-lah yang memonitor setiap mujaddid sehingga mereka bukan hanya mampu mentafsirkan Al Quran dan Sunnah tetapi juga mengamalkannya dalam diri, keluarga, jemaah dan perjuangannya. Sehingga jadilah setiap mujaddid yang lahir di awal kurun itu umpama ‘Al Quran bergerak’ di kurun tersebut. Keindahan Islam yang dibawa dan diperjuang­kannya berjaya menjadi contoh atau role model, sehingga hasilnya manusia jatuh hati kepada Tuhan dan syariat-Nya.

Mengapa Tuhan mengambil kaedah ‘mujaddid’ seba­gai saluran untuk Rasulullah berperanan?

Ini adalah kerana Allah mahu menunjukkan kuasa-Nya yang Maha Agung terhadap Nabi Muhammad SAW yang mana Nur Muhammad itu adalah lebih dominan daripada fizikalnya. Ia kekal wujud dan berperanan sejak awal-awal diciptakan sebagai ciptaan paling utama. Ia akan terus ber­peranan walaupun terhadap makhluk paling akhir yang akan dimatikan.

Jasad Rasulullah SAW yang kekal tidak reput, yang ada di bumi Madinah itu pun merupakan satu kekuatan simbolik umat Islam. Ditambah lagi dengan roh baginda yang cukup kuat dan aktif bekerja sesudah wafatnya adalah satu kekuatan tersirat kedua yang menjadi kekuatan juga lagi untuk umat Islam.

Ajarannya terus menguasai dan akan bangkit sekali lagi untuk memerintah dunia seluruhnya. Grand design oleh Allah dan Rasul ini adalah percaturan paling licik, membuatkan musuh-musuh-Nya akhirnya menyerah diri kepada Allah dan menerima agama Muhammad.

Kepimpinan Mujaddid

Tercatat dalam sejarah, jemaah yang dipimpin oleh mujaddid luar biasa kepimpinannya. Allah membantu mereka dengan membekalkan ilmu, kemampuan dan kegigihan yang luar biasa sehingga para pemerintah di zamannya segan dan takut dengan jemaah dan pimpinannya. Allah membekalkan ilmu ilham dan karamah kepadanya dalam memperjuangkan agama Allah.
Mereka sangat berwibawa kerana ketaqwaan mereka. Para pengikut mereka pula walaupun sedikit, sangat taat dan setia, kuat beramal dan dapat membangunkan kesyumulan Islam dalam jemaah.

Para mujaddid yang telah diutus

Sudah ada sekurang-kurangnya 13 mujaddid yang datang di setiap awal kurun Hijrah yang sudah berlalu selama 14 kurun, sejak kewafatan Rasulullah SAW. Mereka itu ialah (mengikut susunan ke­datangan mereka):

1. Khalifah Umar Ibnu Aziz (mujaddid pertama, datang pada awal kurun kedua Hijrah)
2. Imam Syafie
3. Imam Abu Hassan Asyaari dan Ibnu Suraij Al Iraqi
4. Imam Al Baihaqi dan Syeikh Abdul Hamid Isfaraini Asy Syafie
5. Imam Al Ghazali
6. Imam Fakhrurrazi
7. Ibnu Daqiqi ‘Id
8. Al Balqini
9. Imam As Sayuti
10. Imam Muhammad Ar Ramli
11. Abdullah Salim Al Basri
12. Ad Dardiri
13. Asy Syarqawi

Khalifah Umar Ibnu Aziz:
Kedatangannya untuk memper­baharui sistem pemerintahan yang sudah rosak di zamannya. Keadilan dan ketaqwaannya mampu menundukkan manusia kepada Tuhan bahkan kambing dan serigala pun dapat ber­kawan.

Imam Syafie:
Beliau datang untuk mengaktifkan semula amal­an syariat dengan memperkenalkan kaedah ijtihad dan bagaimana mengistinbat hukum. Keluarlah darinya pene­muan-penemuan kaedah baru untuk menghidupkan agama di zamannya. Pendekatan secara ijtihad ini adalah khusus untuk umat Islam di zaman itu. Penemuan kaedah ini jangan­lah kita anggap hasil fikiran atau hasil pengajian Imam Syafie di zamannya. Sebenarnya bila Allah dan Rasul isytiharkan adanya mujaddid di setiap awal kurun, ertinya mujaddid itu dimonitor oleh Allah dan Rasul. Apa yang datang dari mereka itu adalah bikinan dan ciptaan Allah dan Rasul.

Imam Ghazali:
Menyatukan semula syariat, tasawuf dan tau­hid yang sudah terpisah-pisah. Gabungan tiga bidang ilmu yang dibuat dalam Al Quran dan Hadis oleh Allah dan Rasul terpecah-pecah dalam beberapa kurun kemudian. Lalu tang­gungjawab Allah dan Rasul-lah membetulkan semula ke­ro­sakan dengan cara menghantar orang-Nya selaku mujad­did.

Imam Abu Hassan Asyaari:
Mengeluarkan kaedah penga­jaran ilmu tauhid secara falsafah berdasarkan dalil aqli dan naqli. Terkenal kaedahnya sebagai ilmu sifat 20.

Imam Fakhruddin Ar Razi:
Menghuraikan cara bagaimana kaedah mentafsirkan Al Quran dan bagaimana menghuraikan maksud-maksud yang halus dan tersirat daripada ayat Al Quran.

Imam Sayuti:
Menghuraikan bagaimana imam mujtahid berijtihad.

Demikianlah di antara karamah-karamah besar yang Allah rezekikan kepada para mujaddid untuk membangunkan atau menghidupkan semula agama di awal setiap kurun. Di sini kita dapat berfikir, terhadap orang-Nya masakan Allah dan Rasul tidak berhubungan, sedangkan misi mujaddid ialah misi Allah dan Rasul. Ini juga adalah mukjizat Nabi Muhammad yang sangat besar yang berlaku selepas kewafatan baginda. Mujaddid-mujaddid itu sebenarnya roh mereka sentiasa ber­sama roh Rasulullah SAW.

Para mujaddid sebenarnya adalah umpama para nabi di zaman ada nabi. Iaitu peranannya bukan membawa syariat baru. Mereka menyampaikan syariat Rasulullah untuk setiap seratus tahun sekali supaya setiap umat sepanjang 100 tahun itu mendapat sentuhan Nabi mereka melalui mujaddid. Demi­kianlah rahmat dan keadilan Allah supaya setiap orang diberi peluang untuk selamat dari api Neraka. Justeru itu sesiapa yang hidup di zaman adanya petunjuk sama ada rasul, nabi atau mujaddid tapi tidak mengikut petunjuknya maka dia tidak akan selamat hidupnya di dunia mahupun Akhirat.

http://puterabanitamim.blogspot.com/...iap-zaman.html

berdasarkan salah satu hadis nabi usia umat islam tidak lebih dari 1500 tahun....insya Allah era kekhalifahan yg akan membawa bumi ini menuju perdamaian dan keadilan akan segera tiba...........walaupun waktunya akan pendek.....
Tahun 1500 Hijriah sama dengan 2076 Masehi..............siapakah orang yg akan menjadi mujaddid terakhir.............?

Dan siapakah orang yang akan menjadi mujaddid terakhir untuk indonesia......
?

nona212Avatar border
nona212 memberi reputasi
1
10.4K
10
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Urutan
Terbaru
Terlama
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Komunitas Pilihan