Kaskus

News

mdsetiawan09Avatar border
TS
mdsetiawan09
Risalah dari helikopter, desak penyokong Morsi bersurai
Risalah dari helikopter, desak penyokong Morsi bersurai

MESIR: Himpunan membantah rampasan kuasa oleh tentera Mesir dan mendesak Presiden Dr Muhammad Morsi dikembalikan semula ke tampuk kuasa, memasuki gelombang baru hari ini.

Hari ini, sekali lagi himpunan besar-besaran akan berlaku berpusat di Dataran Raba'ah sebagai usaha berterusan memberi tekanan kepada pihak tentera yang melakukan kudeta.

Himpunan hari ini dinamakan "Himpunan Bertahan" dan ianya juga sebagai memperingati genapnya seminggu tragedi 'Subuh berdarah' di hadapan Bangunan Pengawal Republik yang mengorbankan lebih 80 nyawa pada pagi 8 Julai lalu.

Tentera gugurkan risalah dari helikopter

Himpunan besar-besaran hari ini juga dibuat disebalik amaran pihak tentera agar dataran himpunan dikosongkan dan mengarahkan penyokong Morsi pulang ke rumah masing-masing.

Semalam merupakan kali ketiga pihak tentera menggugurkan risalah menyeru peyokong Morsi pulang ke rumah sejak himpunan lebih seminggu mereka berhimpun di Dataran Raba'ah.

Menjawab kepada risalah itu, Presiden Kesatuan Ulamak Sunni Dr.Sofwat Hijazi ketika berucap dipentas Raba'ah berkata, mereka tidak akan keluar dari dataran tersebut sehingga hak mereka dikembalikan semula.

Ribuan penyokong Mursi turut menjulang gambar Presiden kesayangan mereka sambil melaungkan "Kami tidak akan berundur, Sisi yang akan berundur."

http://bm.harakahdaily.net/index.php...morsi-bersurai

komen
risalah=pesan
himpunan=kumpulan demonstran
amaran=perintah
menggugurkan=menurunkan/menjatuhkan
berundur=
Risalah dari helikopter, desak penyokong Morsi bersurai

emoticon-Thinking
0
659
2
GuestAvatar border
Komentar yang asik ya
Urutan
Terbaru
Terlama
GuestAvatar border
Komentar yang asik ya
Komunitas Pilihan