ghilang27Avatar border
TS
ghilang27
TYPHOON `SIMPUR' CAUSES A NATION-WIDE DISASTER



Ribut puting beliung (TRS) "SIMPUR", telah dilaporkan berada 100km sebelah Timur-Utara Negara Brunei Darussalam menuju ke Barat-Selatan-Barat, bergerak pada kelajuan 110km / h. Kelajuan angin dilaporkan telah meningkat kepada 135km / h. Ini mengakibatkan Negara Brunei Darussalam dilanda dengan teruk dan kehidupan harian terhenti akibat cuaca hujan lebat yang berterusan berminggu-minggu. Kawasan yang paling teruk dilanda ialah Daerah Temburong, yang merekodkan 50mm hujan dalam masa satu jam. Ribut berkenaan telah menyebabkan banjir kilat dan lumpur runtuh di seluruh negara. Kebanyakan kawasan terjejas adalah kampung-kampung terpencil dan kawasan penduduk yang berhampiran dengan sungai-sungai utama.

Pasukan-Pasukan Bantuan Kecemasan Tempatan (ERAT) di semua daerah telah mengendalikan tinjauan ke kawasan-kawasan yang terjejas. Kesudahan ribut "SIMPUR" telah meninggalkan banyak permasalahan seperti penduduk-penduduk terkandas dan teralih, sebilangan besar kematian dan hilang telah dilaporkan, talian komunikasi terganggu (jalan banjir dan jambatan runtuh), kehilangan tenaga letrik, kekurangan makanan dan air bersih di kawasan yang terjejas, kawasan terpencil kerana kehilangan komunikasi, sejumlah besar ternakan mati yang membawa kepada penyebaran berlaku penyakit, prasarana yang rosak terutamanya di kawasan pedalaman yang berpunca dari angin kencang dan lumpur runtuh.

ERAT tempatan tidak dapat menangani bencana sebesar ini. Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) Negara Brunei Darussalam telah memohon bantuan dari negara-negara dan Badan-Badan Antarabangsa jiran melalui Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan Dalam Pengurusan Bencana (Pusat AHA). Ini adalah scenario eksesais bagi Eksesais Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus) Bantuan Kemanusiaan dan Bencana dan Perubatan Tentera (HADR & MM Ex) yang sedang dikendalikan di Negara Brunei Darussalam bermula 17 Jun hingga 20 Jun 2013.

Bagi permulaan eksesais, tema senario hari ini adalah permulaan kejadian dan penubuhan Pasukan Kajiselidik Tinjauan Keperluan (NAST) dan tindak-balas awal. Pada pagi tadi, berita terkini telah melaporkan dua kejadian berasingan di Kampong Biang dan Kampung Mentiri. Di Kampung Biang, sebatang sungai telah pecah disebabkan oleh hujan lebat dan kampung yang berdekatan telah dibanjiri, dan semua akses masuk ke kampung terkenaan tertimbus, kecuali melalui udara. Bilangan mangsa di kawasan berkenaan masih tidak diketahui, di mana ramai penduduk kampung dipercayai terperangkap di dalam rumah-rumah dan pondok-pondok mereka yang dibanjiri.

Sementara itu, di Kampung Mentiri, berita terkini telah dilaporkan bahawa sebuah bangunan telah runtuh di kawasan itu mengakibat hakisan tanah. Bilangan orang awam yang cedera dan terperangkap di bawah keruntuhan masih tidak diketahui. Manakala laluan ke kawasan tersebut tidak dapat dilalui kerana kerosakan jalanraya.

Permohonan bagi bantuan telah dipanjangkan kepada Pusat Koordinasi Berbilang-Negara (MNCC) bagi mendapat tindak-balas yang segera. Tugasan pertama MNCC ialah untuk melaksanakan tinjuan situasi, merancang dan melaksanakan tindak balas mereka. Kerahan negara-negara peserta bagi senario ini adalah dalam bentuk mencari dan menyelamat, bantuan helikopter dan pemindahan, bantuan perubatan serta bantuan kemanusiaan dan bekalan. Semua proses membuat keputusan dan tindak balas awal yang dibuat oleh MNCC akan dipantau dan diteliti dengan rapi oleh Pengawal Eksesais (EXCON).

Ini adalah hari pertama bermulanya eksesais berbilang-negara ADMM-Plus. Lebih banyak lagi tugasan HADR dan perubatan akan dikendalikan dalam tempoh tiga hari akan datang. Bagi orang ramai yang tinggal di sekitar tempat eksesais dinasihatkan agar tidak bimbang dengan pergerakan anggota-anggota tentera tempatan dan asing serta pergerakan konvoi kenderaan tentera darat, udara atau laut. Kementerian Pertahanan juga ingin memberi saranan kepada orang ramai untuk mengelak dari memasuki tempat-tempat eksesais atas sebab-sebab keselamatan dan juga memberi jaminan bahawa sebarang gangguan kepada orang ramai akan dikurangkan dan dikawal








.


Spoiler for "ENGLISH VERSION":


emoticon-Big GrinSekenario nya gan angin puting beliungemoticon-Big Grin
Diubah oleh ghilang27 18-06-2013 07:25
0
3.6K
9
Thread Digembok
Urutan
Terbaru
Terlama
Thread Digembok
Komunitas Pilihan