- Beranda
- Komunitas
- Entertainment
- The Lounge
ST12 Promo Tour dan Launching Album "Lentera Hati" di Malaysia

TS
anakusil
ST12 Promo Tour dan Launching Album "Lentera Hati" di Malaysia
ST12 kembali demi peminat

BAND terkenal Indonesia, ST12 yang mula mencipta nama menerusi album Jalan Terbaik sekitar 2005 akhirnya kembali ke dunia seni selepas menyepi selama empat tahun.
Pada tahun 2011, vokalis, Charly dan pemain gitarnya, Pepeng mengumumkan pengunduran diri meninggalkan pemain drum ST12, Pepep dan membentuk band baru, Setia Band.
Menolak perkara itu kerana terdapat masalah antara mereka, Pepep menyifatkan perkara itu sebagai takdir.
“Sebenarnya tidak ada masalah kerana semua berjalan dengan semula jadi. Saya percaya bahawa ALLAH sudah mengatur segala sesuatu di muka bumi ini. Saya tak pernah mahu menyalahkan siapa yang salah, siapa yang betul.
“Tetapi yang pasti sekarang, ‘let it flow’. Hidup mesti diteruskan. Kita jalan terus, berkarya terus, kita berjuang terus. Mana yang kita boleh bergabung, mari. Mana yang boleh kita perjuangkan, mari. Kalau tak mahu berjuang, silakan keluar,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, semalam.
ST12 yang tampil dengan tiga ahli baru mula giat mempromosikan album mereka, Lentera Hati yang dicipta sepenuhnya oleh Pepep atau nama sebenarnya, Ilham Febry.
Lentera Hati mengandungi 10 buah lagu, antaranya, Putih Putih Melati, Bidadari Bumi, Lentera Hati, Penantian Tak Berujung dan Cinta Terbagi.
Pepep mencari pengganti Charly selama hampir dua tahun dan akhirnya menemukan calon paling sesuai, Ridho Tuah yang masih berusia 16 tahun.
Akui tertekan ekoran terpaksa menggalas tugas berat iaitu menggantikan posisi Charly sebagai vokalis ST12, namun anak muda asal Riau ini mengelak untuk terlalu memikirkan perkara itu.
“Mungkin kalau dikatakan beban (ganti Charly) itu ada. Tekanan juga ada. Gembira juga ada. Tetapi saya tak terlalu memikirkan.
“Saya bakal membawa nama ST12 dengan lebih baik. Selalu berkarya bersama ST12 untuk memberikan sesuatu yang berbeza daripada formasi lama kepada peminat di mana pun mereka berada,” katanya.
Mungkin ada yang keliru dengan formasi terbaru ST12 kerana dua lagi ahlinya, Koko dan Indra tidak terlibat dalam album Lentera Hati itu.
Namun, Pepep menjelaskan, penglibatan Koko dan Indra ke dalam ST12 berlaku selepas mereka menyiapkan album kelima tersebut.
“Awalnya, cuma saya dan Ridho. Sebenarnya, mereka juga sudah cuba untuk menyertai ST12, tetapi kerana di Indonesia mereka juga mempunyai band yang ada kontrak, tapi pada masa itu kami sudah harus sesegera mungkin menyiapkan album ST12.
“Jadi, saya kata pada mereka, uruskan dulu. Selesaikan segala yang berkait dengan hukum. Selepas itu, baru kita boleh bergabung. Saat mereka sedang menyelesaikan perkara itu, kami sudah menandatangani kontrak dan membuat album,” katanya.
“Tambahnya, “mungkin Insya-ALLAH, album berikutnya kami akan sama-sama munculkan formasi berempat ini," katanya.
Dalam pada itu, Pepep akui sudah nekad untuk berehat dari dunia seni selepas kumpulannya bubar, namun kerana peminat, Pepep bangkit menghidupkan kembali band itu.
“Jawapannya cuma satu. Demi peminat. Secara jujur, saya mahu berehat dari industri muzik, tapi saya masih perjuangkannya kerana peminat. Tanpa peminat, kami juga tak boleh buat apa-apa.
“Mana-mana pun band yang meletup, tanpa peminat, mereka tak boleh pergi jauh. Jadi, kami masih berjuang sampai sekarang pun kerana peminat. Jadi, apa yang kami lakukan hari ini, semuanya kerana mereka,” katanya.
Sementara itu, single yang mula mendapat tempat di Malaysia, Putih Putih Melati pula dikhabarkan diambil dari lagu kanak-kanak ekoran terdapat persamaan pada liriknya.
Sebagai pencipta lagu tersebut, Pepep menjelaskan.
“Istilahnya bukan mengambil. Kalau mengambil itu saya boleh dihukum kerana menciplak. Tapi saya tidak mengambil.
“Saya mendapat inspirasi daripada lagu rakyat. Tak ada ‘repackage’. Kerana kalau ya, saya perlu minta izin daripada penyanyi yang asli. Tapi tidak, kerana memang peraturannya begitu. Notasinya juga berbeza dari lagu asal,” katanya.
Dalam perkembangan lain, ST12 ada menyimpan hasrat untuk berkolaborasi dengan penyanyi legenda tanah air, Saleem.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/hibura...minat-1.143872
Spoiler for ST12 kembali demi peminat:

Diubah oleh anakusil 28-03-2013 21:29
0
1.9K
Kutip
6
Balasan

Komentar yang asik ya
Urutan
Terbaru
Terlama

Komentar yang asik ya
Komunitas Pilihan