- Beranda
- Komunitas
- Hobby
- Supranatural
Menyimak Keampuhan Al Fatihah >>1


TS
anamui
Menyimak Keampuhan Al Fatihah >>1

artinya:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan menguasai seluruh alam.Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus. Yaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (al-Fatihah: 1-7)
Keterangan Ayat
Surah al-Fatihah adalah surah yang istimewa diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w yang tidak pernah diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya. (Riwayat Muslim)
Ia mempunyai beberapa nama. Antara yang masyhur adalah al-Fatihah yang bermaksud pembukaan kerana ia merupakan surah yang pertama dalam susunan surah-surah al-Quran dan yang pertama dibaca dalam solat. (Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Mawardi dan Tafsir surah al-Fatihah)
Ia juga dipanggil Ummul Kitab yang bermaksud Induk al-Quran kerana kandungannya menghimpunkan maqasid al-Quran yaitu pujian kepada Allah yang menegaskan rububiah-Nya, menjelaskan cara beribadat kepada-Nya dan memohon hidayah-Nya, kisah-kisah umat yang terdahulu, gambaran kedudukan hamba-hamba – Nya yang bahagia, menderita dan sebagainya.
Ia menduduki tempat sebagai ibu kepada semua surah yang lain. Orang-orang Arab menamakan semua perkara yang menghimpunkan perkara yang lain sebagai Ummun.
Mekah dipanggil Ummul Qura kerana semua bandar lain bergantung kepadanya. (Al-Tafsir al-Qayyim, Tafsir surah al – Fatihah, Rawai’ al-Bayan: Bab al – Fatihah)
Selain itu, surah ini juga dipanggil oleh Allah dalam surah al-Hijr ayat 87 sebagai al-Sa’bul Mathani yang bermaksud tujuh yang berulang kerana terdiri daripada tujuh ayat dan dibaca secara berulang-ulang dalam solat. (Tafsir al-Samarqandi, tafsir surah al-Fatihah, Lisan al-Arab, lihat a-Mathani)
Al-Qurtubi menyenaraikan 12 nama bagi surah ini iaitu antaranya al-syifa’ (penyembuh), al-Wafiah (yang menyempurnakan, al-Kafiah (yang mencukupkan), al-Asas (asas), al-Hamd (pujian) dan lain-lain.
Beliau mengambil nama-nama itu secara tauqifi daripada Nabi s.a.w atau melalui ijtihad para sahabat. (Tafsir al-Qurtubi, tafsir surah al-Fatihah)
Al-Alusi pula menyebut surah ini memiliki lebih daripada 20 nama. (Ruhul Ma’aani, tafsir surah al-Fatihah)
0
8.7K
37
Thread Digembok
Urutan
Terbaru
Terlama
Thread Digembok
Komunitas Pilihan