- Beranda
- Komunitas
- Entertainment
- The Lounge
Mengenal Kaum Hippies || (Emoticon Baru Blackberry) || Cinta, Kedamaian dan Keamanan
TS
okky.setiawan
Mengenal Kaum Hippies || (Emoticon Baru Blackberry) || Cinta, Kedamaian dan Keamanan
Quote:
Budaya Hippie bermula di Amerika Serikat dan kebanyakan negara Barat lain pada era 1960-an dan tersebar ke seluruh dunia. Perkataan "hippie" berasal daripada perkataan "hip" atau "hipster". Budaya ini diperjuangkan oleh kebanyakan remaja dan belia negara barat pada era tersebut, dan timbul disebabkan oleh pemberontakan politik, sosial, dan spiritual yang melanda Amerika syarikat pada pertengahan hingga penghujung dekad 1960-an.
Kebanyakan golongan muda yang terikut dengan budaya ini menentang pemikiran konservatif ibu bapa mereka, dengan melakukan hubungan seks bebas, mengambil dadah (terutamanya ganja dan halusinogen LSD atau acid) dengan alasan ia mengembangkan pemikiran spiritual, menyimpan rambut panjang, berpakaian aneh, hidup secara nomad, dan juga berkumpul dengan "hippie" yang lain dalam pesta yang menentang budaya dan pemikiran masyarakat umum, dipanggil "be-in", atau "love-in" sambil mendengar irama rock and roll.
Hippie juga berkait rapat dengan gerakan anti-perang Amerika Syarikat yang menentang keras kerajaan Amerika Syarikat kerana menghantar para belia menjadi askar semasa di Perang Vietnam melalui draf. Hippie, golongan muda dan penentang radikal yang lain cuba menyampaikan pesan "cinta" dan "keamanan" kepada masyarakat pada masa itu dan berusaha menghentikan Perang Vietnam yang telah meragut banyak nyawa.

Spoiler for hippie:
Penyanyi dari gerakan Hippie moden di Rusia
Sejarah
Quote:
Budaya ini berakar umbi daripada budaya "Beatnik" 1950-an yang menyebarkan ideologi-ideologi spiritual dan intellektual kepada masyarakat pada masa itu. Kebanyakan tokoh-tokoh "Beatnik" seperti William S. Burroughs, Allen Ginsberg, dan Jack Kerouac adalah sasterawan dan penyajak. Karya mereka penuh dengan mesej yang bercanggah dengan pemikiran masyarakat umum, dan menyeru golongan muda supaya mencari kebenaran dan pengalaman di luar masyarakat umum. Namun, kebanyakan karya Beatnik ini tidak mendapat sokongan (malah mendapat bantahan) oleh masyarakat konservatif. Hanya golongan remaja dan pelajar-pelajar kolej sahaja yang mendapat ilham daripada pemikiran bebas dan liberal golongan Beatnik ini.
Selain itu, budaya hippie juga diinspirasikan oleh budaya bohemian yang wujud di Eropah pada kurun ke-19 dan budaya gypsy dari Romania yang anti-tradisi, dan hidup secara nomad untuk mengelak masyarakat yang konservatif.
Budaya hippie telah muncul sekitar tahun 1965/1966 namun tidak berkembang secara besar-besaran sehingga tahun 1967. Ken Kesey dan the Merry Pranksters, sekumpulan hippie yang mempopularkan budaya ini, mula menyimpan rambut panjang, mengambil dadah, dan berpakaian secara "bohemian" semasa pengembaraan mereka menerusi Amerika menaiki bas sekolah yang dihias dengan lukisan "psychedelic" semasa tahun 1964/65. Pengembaraan bas ini merupakan eksperimen tentang kesan pengambilan dadah LSD dan didokumentasikan dalam buku Tom Wolfe, "The Electric Kool-Aid Acid Test". Buku tersebut menyebabkan ramai golongan muda yang ingin meniru cara hidup kumpulan The Pranksters.

Musim Panas Cinta
Quote:
Pada tahun 1967, golongan beatnik, spiritual, artisan, sasterawan, seniman, dan pemuzik yang telah berpindah ke kawasan Haight-Ashbury di bandar San Francisco menjadi terkenal setelah gaya hidup bebas dan budaya hedonis mereka tersebar luas. Remaja-remaja dan golongan belia dari seluruh negara Amerika dan juga dari negara Eropah dan Asia tertarik dengan gaya hidup di San Francisco dan mula bermigrasi ke bandar raya tersebut. Keadaan ini mencetuskan "Summer of Love" 1967 ataupun Musim Panas Cinta, maka lahirlah budaya hippie.
Ribuan remaja yang lari dari rumah, pelajar kolej dan golongan muda berkumpul di Haight-Ashbury untuk menjadi "hippies" yang cinta keamanan, dan kebebasan. Mereka menyimpan bunga di rambut mereka untuk melambangkan keamanan. Remaja-remaja naif mencuba dadah dan melakukan hubungan seks. Pakaian singkat dan mendedahkan di antara perempuan menjadi popular, manakala lelaki pula menyimpan jambang dan rambut terlalu panjang. Budaya dan pakaian dari Timur juga popular, termasuklah agama Hindu dan Buddha. Timothy Leary, yang merupakan bekas profesor di Universiti Harvard, mengetuai budaya dadah LSD dan mempromosikan dadah tersebut sebagai "pembuka minda kerohanian" di komuniti Haight-Ashbury. Walaupun tidak menyebabkan ketagihan, memiliki LSD salah di sisi undang-undang.
Apabila musim panas 1967 berakhir, golongan belia yang balik ke seluruh dunia menyebarkan ideologi-ideologi kebebasan, seks bebas, anti-perang, spiritual, dan mempopularkan budaya hippie seperti fesyen bohemian, rambut panjang, pengambilan dadah, dan pesta-pesta yang menyerupai musim panas cinta di San Francisco.

Van Volkswagen yang penuh dengan mesej anti-perang sinonim dengan budaya hippie lewat 1960-an
Revolusi
Quote:
Keganasan dan tragedi Perang Vietnam menyebabkan golongan muda bangkit bersama untuk menentang keputusan kerajaan untuk meneruskan penghantaran askar Amerika ke Vietnam. Protes besar-besaran dan demonstrasi anti-perang berleluasa bukan sahaja di San Francisco malah di kebanyakan bandar besar. Demonstrasi aman ini bertukar menjadi rusuhan ganas apabila polis dan pihak sekuriti negara bertempur dengan remaja dan belia yang memprotes, yang bukan sahaja berterusan selama berbulan-bulan malah bertahun-tahun. Protes, demonstrasi dan pengambil-alihan Universiti oleh pelajar berleluasa lewat 1960-an dan awal 70-an, seperti mogok pelajar Columbia University, dan mogok pelajar 1970.
Tahun 1968 merupakan tahun yang diselubungi Pemberontakan. Revolusi politikal, sosial dan budaya-lawan (counterculture) mula memberi kesan kepada masyarakat dunia. Antara tokoh yang mengetuai gerakan anti-perang adalah aktivis radikal Abbie Hoffman dan Jerry Rubin. Mereka mengetuai pasukan Yippies (Youth International Party) yang sering terlibat dengan konfrontasi dengan polis. Selain itu, Weatherman atau the Weather Underground, sebuah parti radikal berhaluan kiri, menimbulkan kekecohan dan rusuhan anti-perang pada tahun 1969 dan mengebom beberapa bangunan kerajaan awal 1970-an (namun tiada nyawa yang terlibat).
Meskipun popular, tidak semua golongan masyarakat mempercayai pemikiran hippie ini. Ibu bapa, golongan yang lebih tua dan masyarakat umum menentang habis-habisan generasi muda, dan menghasilkan "jurang generasi" pada masa itu.

Hippie memprotes Perang Vietnam, Oktober 1967
Woodstock
Quote:
Gerakan hippie mencapai kemuncak pada tahun 1969, di mana lebih 500,000 belia berkumpul di sebuah ladang di pekan Bethel, New York untuk menghadiri konsert rock Woodstock yang berlangsung selama 3 hari. Walaupun mengalami masalah trafik yang teruk, kesesakan, kekurangan bekalan makanan, dan ribut petir, hippie-hippie di Woodstock berjaya menjayakan pesta tersebut. Mereka bermandi lumpur dan hujan, berbogel, dan mengadakan beberapa "rusuhan" yang aman untuk meghentikan hujan. Antara pemuzik pemuzik yang turut serta adalah The Who, Carlos Santana, Joan Baez, Jimi Hendrix, Janis Joplin dan ramai lagi pemuzik yang mengasaskan kegemilangan dan kegilaan muzik rock. Dokumentari tentang 3 hari tersebut menunjukkan bahawa budaya hippie yang memperjuangkan cinta, keamanan, dan kebebasan mungkin akan berjaya walaupun ditentang golongan lebih tua.
Pada awal 1970-an, kegilaan budaya hippie mula hilang. Ramai belia yang terjebak dengan dadah kehilangan arah hidup, dimasukkan ke wad ataupun menjadi pengemis kerana lari dari rumah. Hippie yang lain sedar akan budaya hedonis mereka dan menyertai alam pekerjaan, mengabaikan kepercayaan hippie mereka yang anti-budaya umum dan korporat. Pada Mei 4, 1970, satu rusuhan anti-perang Vietnam di Kent State University bertukar menjadi ngeri apabila beberapa pelajar mati ditembak oleh pihak sekuriti negara. Ini merupakan satu tindakan terdesak oleh presiden dan kerajaan Amerika untuk menghapuskan para hippie dan memastikan sokongan dan kepatuhan rakyat. Pembunuhan ngeri oleh "guru" hippie Charles Manson dan pengikutnya yang sesat dalam budaya hippie menjatuhkan lagi populariti budaya ini (namun kepercayaan Charles Manson tentang pembunuhan dan kematian bercanggah dengah kepercayaan hippie yang sebenar, iaitu cinta dan keamanan). Faktor-faktor ini menyumbang kepada kejatuhan budaya hippie pada tahun 70-an.

Konsert Woodstock 1969
Lanjut Bawah Gan!
0
10.7K
Kutip
35
Balasan
Komentar yang asik ya
Urutan
Terbaru
Terlama
Komentar yang asik ya
Komunitas Pilihan