Pengaturan

Gambar

Lainnya

Tentang KASKUS

Pusat Bantuan

Hubungi Kami

KASKUS Plus

© 2024 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved

plistonAvatar border
TS
pliston
PENJELAJAH YANG MELEBIHI NAPOLEON TERNYATA ORANG ARAB
asslamualaikum wr.wb

bukti no repsol


di thread ini ts akan menceritakan seorang pemuda dari arab yang melakukan perjalanan luar biasa.

klo agan pernah membaca bukunya yaitu Rihla pasti agan semua tau siapa dia,,yapp benar dia adalah ʾAbū ʿAbd al-Lāh Muḥammad ibn ʿAbd al-Lāh l-Lawātī ṭ-Ṭanǧī ibn Baṭūṭah yang sering diketahui dengan nama ibnu batutta

Ibnu Battuta dilahirkan di Tangier, sebuah kota yang berhampiran dengan selat Gibraltal, Maroco pada 25 Febuari 1304. Ibnu Battuta berasal dari sebuah keluarga yang ahli dalam hukum-hakam Islam. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Berber, iaitu salah satu daripada suku kaum orang Afrika Utara di Lembah Nil, yang tersebar secara meluas di Atlantik ke Oasis Siwa di Mesir, dari Mediterranean ke Sungai Niger.

Selain itu, Ibnu Battuta adalah seorang Muslim dari puak Sunni, iaitu golongan Muslim yang paling ramai di dunia atau lebih dikenali dengan nama “Ahli Sunnah wal Jamaah”. Di samping itu, Ibnu Battuta juga adalah seorang cendikiawan dan ulama dalam Mazhab Maliki, iaitu mazhab fiqh yang tertua dalam Islam sunni. Mazhab Maliki diamalkan di Utara Afrika dan sebahagian Afika Barat. Mahzab ini mempunyai bilangan pengikut kedua teramai iaitu lebih kurang 25% daripada Muslim. Mazhab ini berbeza daripada tiga mazhab yang lain kerana terdapat tambahan kepada sumbernya. Selain menggunakan Al Quran, hadis, ijma' dan qiyas, Imam Maliki juga menggunakan amalan orang Islam Madinah pada zamannya itu sebagai sumber yang kelima.

Mengikut Imam Malik, amalan orang Madinah dilihat sebagai sunnah hidup memandangkan Nabi Muhammad berhijrah, tinggal, dan wafat di Madinah, dan kebanyakan sahabat Nabi tinggal di Madinah. Sebagai seorang pemuda Muslim yang cintakan ilmu, lebih-lebih lagi mengenai Islam, beliau akan mempelajari “Sunni Maliki” di Afrika Utara pada ketika itu. Seawal usia enam tahun, kehidupan inteleknya diwarnai dengan pelajaran yang berlandaskan Al-Quran. Tangier bukanlah sebuah nama tempat yang sinonim atau terkenal dengan para ilmuannya, oleh itulah ramai anak-anak muda dari Tangier, salah satu daripadanya adalah Ibnu Battuta ini keluar ke Mekah bagi memperluaskan ilmu serta pengalaman beliau.

Pada bulan Jun 1325, ketika beliau berusia 21 tahun, beliau pergi ke Mekah untuk menunaikan haji.



Perjalanan dari Tangier ke Mekah.

Dalam pengembaraan beliau yang pertama, beliau telah menyusuri pantai utara Afrika melalui Aljazair, Tunis, di mana tempat beliau tinggal selama dua bulan , kemudian meneruskan perjalanan ke Tripoli serta ke Alexandria sejauh 3.500 km dari wilayah Tripoli. Kemudiannya, Ibnu Battuta singgah di Cairo dan menetap di sana selama sebulan sebelum meneruskan perjalanan ke Jerusalem. Selepas itu, beliau singgah di Damaskus dan seterusnya ke Madinah dan Makkah. Perjalanan pengembaraan Ibnu Battuta ini memakan masa selama 16 bulan.


Apabila selesai menunaikan ibadah haji di kota Mekah, Ibnu Battuta menetap sementara di kota Mekah untuk menuntut ilmu sebelum meneruskan pelayarannya ke wilayah Iran.



Setahun selepas itu, Ibnu Battuta kembali semula ke kota Mekah untuk menunaikan ibadah haji untuk kali yang kedua. Beliau seterusnya tinggal di kota Mekah selama setahun.

Pada tahun 1328 pula, Ibnu Battuta meneruskan penegmbaraannya yang ketiga, iaitu ke pantai timur Afrika hingga ke kota Kilwa, sekarang Tanzania dan kembali lagi ke Mekah melalui laut ke Teluk Persia dan kembali ke kota suci Mekah melalui jalan darat. Ibnu Battuta kemudiannya kembali semula ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji yang ketiga kalinya.





Ibnu Battuta kemudiannya melanjutkan perjalanan ke wilayah Asia Tengah melalui Anatolia ke Turki Asia. Singgah di Konstantinopel (sekarang dikenali sebagai Istanbul, Turki) sebelum berlayar menyebrangi Laut Hitam ke wilayah Asia Tengah. Perjalanan beliau dilanjutkansehingga ke wilayah Afghanistan sekarang.

Dari wilayah Sungai Volga, Ibnu Battuta telah menembusi wilayah Afghanistan pada tahun 1334 melalui Kabul hingga ke Delhi, India. Di Delhi Ibnu Battuta bekerja di bidang pengadilan sebagai “qadi” atau lebih dikenali sebagai hakim. Delhi yang pada ketika itu adalah termasuk dalam senarai negeri muslim. Sebelum itu, beliau bekerja dengan SultanDelhi, Muhammad bin Tughluq sebagai penterjamah bahasa Dengan gaji beliau yang tinggi Ibnu Battuta hidup senang dan sejahtera selama beliau menetap di India.


Sultan Delhi mengutuskan Ibnu Battuta ke China pada tahun 1342 sebagai delegasi sultan. Dalam perjalanan tersebut, beliau serta ahli rombongannya telah diserang oleh sekumpulan orang Hindu, dirompak dan seterusnya dipisahkan. Namun begitu, Ibnu Battuta berjaya mengejar semula ahli rombongannya selama dua hari dan kemudiannya meneruskan perjalanan mereka ke Khambat. Dari sana, mereka terus belayar hingga ke Calicut.




Beliau seterusnya memulakan perjalanan dari Kepulauan Maldiva selepas tinggal di sana dalam tempoh masa embern bulan ke Sri Lanka dan selanjutnya meneruskan pelayaran melalui Bangladesh, Myanmar, Kepulauan Andaman, Aceh, Selat Malaka, Singapura,dan menembusi Laut China Selatan, berlabuh dan seterusnya beliau meneruskan perjalanan ke Beijing melalui jalan darat.

Pada tahun 1346, Ibnu Battuta memulakan perjalanan pulangnya dari Beijing ke tempat kelahirannya di Tangier di Maroko. Selama empat tahunmenempuhi perjalanan darat dan pelayaran laut, akhirnya Ibnu Battuta berjaya dan selamat sampai ke kota kelahirannya Tangier di Maroko. Beliau keluar untuk mengembara ke luar negeri untuk menimba ilmu serta memperluaskan pengetahuan dan pandangan pada usia beliau 21 tahun dan akhirnya Ibnu Battuta kembali semula ke tempat asal kelahirannya ketika beliau berusia 44 tahun.



Tidak lama di Maroko, Ibnu Battuta kembali meneruskan pelayarannya untuk melanjutkan perjalanan menyebrangi Laut Tengah ke Andalusia iaitu wilayah Sepanyol selatan, kemudiannya menembusi gurun Sahara hingga ke Mali, wilayah Afrika barat.

Pada tahun 1354, Ibnu Battuta kembali ke tanah kelahirannya Tangier dan menetap di kota Fez. Di sana, Ibnu Battuta berkawan baik dengan sultan. Baginda sultan yang sangat kagum dengan perjalanan Ibnu Battuta telah meminta supaya Ibnu Battuta menuliskannya ke dalam sebuah buku, yang dikenal berjudul Rihla atau My Travel. Sebuah perjalanan yang mencabar sepanjang 120.000 km telah ditempuh oleh Ibnu Battuta. Sekiranya bukunya berbentuk diari, tentunya orang akan lebih mengenal Ibnu Battuta dibandingkan dengan Samuel Pepys atau Anne Frank.
0
1.6K
7
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Urutan
Terbaru
Terlama
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Komunitas Pilihan