Quote:Original Posted By mbah kalap
setrap = straf = Hukuman
bahasa serapan dari bahasa belanda. silahkan cek di kamus




sorry OOT and No Offence
baru tau dari sejarah, ternyata Johor dulunya bagian dari kesultanan Siak Sri Indrapura begitu juga Negeri Sembilan. dipisahkan perjanjian kolonialisme.
sekali lagi no offence



Dan Pahang...


Empayar Johor-Riau-Lingga



ramai kata Malaysia tidak pernah perang.... ini buktinya pernah perang... lawan British dan Siam...


Salah Satu Sejarah Militer Jaman Abad Ke 19...


Perang Kedah – Siam & Inggeris (Kota Kuala Kedah)





















Sejarah Kedah dan Patani dalam menghadapi serangan Siam semakin dilupakan masyarakat pada hari ini. Perjuangan orang Melayu di kedua-dua buah negeri Islam ini perlu dihayati supaya sejarah rentetan kemerdekaan tanahair sentiasa dikenang serta diambil pengiktibaran daripadanya.

Kedah dan Patani mempunyai sejarah yang panjang. Kedua-duanya berasal dari satu empayar Melayu agung purba iaitu Langkasuka. Kemudian Kedah pula beada di bawah pengaruh Empayar Melaka. Manakala Patani pula yang berasal dari Empayar Langkasuka kemudian membentuk Empayar Chermin-Langkasuka sehinggalah menjadi sebuah Kerajaan Daulah Islamiyyah Fattani yang menjadi pusat penyebaran agama Islam di Nusantara. Kedua-dua negeri Kedah dan Patani adalah kota pelabuhan pesat yang maju yang menjadi tumpuan pedagang seluruh dunia pada suatu masa dahulu. Diatas faktor kemasyhuran empayar Melayu, pusat perdagangan serta pusat dakwah Islam inilah yang menjadi tarikan utama Siam sentiasa tidak berputus asa untuk menakluk kedua-duanya.


Kota Kuala Kedah terletak di muara Sungai Kedah kira-kira 10km dari bandaraya Alor Setar. Berbentuk segi empat, ia berada di utara tebing sungai Kedah, di mana tembok sebelah barat mengadap Selat Melaka, selatan tembok mengadap sungai mengahala ke Pekan Kuala Kedah, utara tembok mengadap kawasan paya.

Manakala timur tembok mengadap perkampungan nelayan dan sawah padi. Kawasan tembok yang mengadap daratan dikelilingi pula dengan parit yang dikenali dengan Alor Melaka. Ketika berfungsi sebagai markas ketenteraan, dibina istana raja, rumah pengawal, kantin, meriam dan pondok-pondok atau khemah untuk askar. Pintu utama pula mengadap sebelah timur Alor melaka. Setiap penjuru kota ini dikelilingi dengan meriam-meriam kecuali di tembok yang menghadap paya.


Meriam Badak Berendam & Meriam Katak Puru













Ironinya, kota yang menjadi saksi kepada perjuangan orang melayu dalam memerdekakan negeri Kedah bermula sebagai pertahanan hadapan bangsa penjajah terawal di tanah melayu iaitu Portugis. Nama asal kota tersebut ialah Kota Kuala Bahang dan diasaskan oleh Sultan Sulaiman Syah (1602-1619) dengan bantuan Portugis. Dari segi bentuk yang bersegi-empat menunjukkan kota ini pada awalnya dibina berfungsi lebih sebagai kilang atau gudang untuk tujuan perdagangan berbanding sebagai kota pertahanan tentera yang digunakan oleh pihak Portugis sendiri. Ia juga dibina agar tidak mudah terbakar. Malangnya, apabila ia dilihat sebagai kota pertahanan Portugis, ia juga menjadi sasaran utama musuh Portugis ketika itu, Aceh. Pada tahun 1619, Sultan Mahkota Alam dari Acheh telah menyerang kota tersebut dan menghalau Potugis dari situ. Mahkota Alam juga telah menakluk seluruh negeri, menawan 7000 rakyat termasuk Sultan Kedah sendiri dan membawa pulang mereka ke Aceh (rujuk kisah Puteri Lindungan Bulan).

Pada tahun 1650, kerajaan Kedah telah membeli 30 pucuk meriam dari Portugis untuk menguatkan lagi benteng pertahanan kota ini. Ia ternyata berhasil pada kurun berikutnya ketika perang saudara antara Sultan Muhammad Jiwa dan adiknya yang berhasrat untuk merampas kuasa iaitu pada tahun 1724. Sultan dibantu oleh Pahlawan Bugis iaitu Daeng Parani yang berkekuatan 62 buah perahu perang dari Riau dan Selangor manakala adik sultan dibantu oleh Raja Kechil dan pengikutnya dari Minangkabau untuk menghalau Bugis dari Kedah.

Raja Kechil berjaya menawan Kota Kuala Kedah tetapi bantuan yang tiba dari abang Daeng Perani, iaitu Daeng Merewah berjaya menghalau Raja Kechil dan pengikutnya keluar dari Kedah dan kembali ke Siak. Perang tersebut mengambil masa selama 2 tahun dan mengakibatkan kemusnahan negeri Kedah.

Dalam tahun 1771, orang-orang bugis sekali lagi memainkan peranan dalam tampuk pemerintahan negeri Kedah apabila mereka memihak kepada kumpulan pemberontak untuk menggulingkan sultan. Mereka berjaya menakluk Kota Kuala Kedah dan merampas 300 pucuk meriam pelbagai saiz dalam serangan tersebut. Bagaimanapun, Sultan berjaya merampas kembali Kota tersebut dengan bantuan pedagang Inggeris, Kapten Francis Light. Kapten Light berjanji akan menggunakan Kota tersebut untuk melindungi negeri Kedah dari serangan musuh, terutamanya SIAM. Bagaimanapun janji tersebut tidak pernah ditepati di mana mereka pula yang bersekutu dengan Siam.

Pada tahun 1771, Sultan Abdullah Mukaram Shah bercadang untuk menguatkan lagi kota ini dengan membeli meriam-meriam yang lebih besar seperti yang digunakan oleh musuh-musuhnya, Siam dan Bugis. Dinding kota diperkuatkan dengan batu-bata yang lebih kukuh. Ciri-ciri yang lebih moden seperti lubang untuk menempatkan senapang dan meriam juga dibina pada kota ini. Meriam-meriam yang lebih besar dibeli dari Acheh, Minangkabau dan Brunei. Pembinaan siap sepenuhnya pada tahun 1780.

Ancaman pertama dari Siam menjelma pada petang Ahad 12 November 1821 bilamana satu angkatan perang dari Siam yang tidak diketahui tujuannya belayar ke Kuala Kedah. Mereka disambut dengan meriah oleh Bendahara Dato' Paduka Maharaja Sura. Semasa Panglima Siam, iaitu Raja Ligor Phya Buri Sakmuton dibawa melawat sekitar Kota Kuala Kedah beliau secara tiba-tiba mengarahkan askarnya menyerang para pengawal di dalam kota tersebut. Maka berlakulah pertempuran hebat di dalam kota itu. Akhirnya angkatan Siam berjaya menawan kota tersebut. Angkatan perang Kedah bersama sultan terpaksa berundur dan bertahan di Pulau Pinang. Di sini, mereka merancang strategi untuk merampas kembali negeri Kedah dari Siam.














Pada tahun 1831 putera sultan sendiri, Tengku Kudin telah mengetuai 3000 angkatan perang orang Melayu dari Prai telah menyerang Siam di Kedah dan menghalau mereka jauh hingga ke sempadan Siam. Kerajaan Siam dan British telah mengisytiharkan orang-orang melayu ini sebagai perompak, lanun dan pengganas. Kemenangan angkatan Kedah tersebut tidak lama di mana mereka kembali diasak Siam dan terpaksa berundur dan bertahan di kota Kuala-Kedah. Kapal-kapal perang British pula mengepung sepanjang persisiran pantai Kedah manakala tentera Siam menyerang dari darat. Kekebalan benteng Kota Kuala-Kedah menyebabkan pihak Siam terpaksa membina menara tinggi untuk menembak orang melayu di dalam kota tersebut. Setelah bertahan selama 3 bulan dan bertempur menentang 7500 askar dan 3000 gajah dari Siam, Kota Kuala-Kedah akhirnya jatuh ke tangan Siam. Tengku Kudin sendiri terbunuh dalam pertempuran tersebut dan kepalanya telah dihantar ke Bangkok.

Pada tahun 1838, sekali lagi angkatan perang Kedah diketuai oleh seorang lagi kerabat sultan, Tunku Mohammad Saad yang berkekuatan 10,000 askar dan 50 perahu perang dilengkapi meriam ringan telah mengusir Siam keluar dari Kedah melepasi Singora (Songkhla). Mereka juga berjaya membebaskan Patani dari naungan Siam buat seketika. Mereka bertahan di Songkhla sementara menunggu musim monsun tiba di mana bantuan askar melayu dari negeri-negeri sekitar dijangka tiba. Orang Eropah yang berkedudukan tinggi (gentry) di Pulau Pinang menolong baginda dengan menyediakan senjata dan bekalan. Tetapi tidak lama kemudian Kerajaan Negeri Selat memberi bantuan kepada Siam. Angkatan Tunku Muhammad sekali lagi terpaksa berundur dan bertahan di Kota Kuala-Kedah buat kali terakhir.

Bantuan dari Bangkok tiba bersama 15000 tentera dilengkapi senjata yang lebih moden, meriam dan gajah menyerang kota dari arah darat. Dari sebelah laut, kapal perang British HMS Hyacinth yang berkekuatan 18 laras meriam mengepung dari laut. Kapal tersebut terpaksa berlabuh jauh dari pantai untuk mengelakkan bedilan meriam dari dalam kota kuala kedah. Kapal tersebut turut diiringi oleh 3 buah lagi kapal perang yang lebih kecil iaitu HMS Emerald, HMS Pearl dan HMS Diamond.

Pada 19 Mac 1839 pekan Kuala-Kedah dikuasai sepenuhnya oleh askar Siam dan penembak hendap mereka ditempatkan di setiap sudut pekan tersebut. Orang Melayu yang ada ketika itu semuanya dibunuh dengan kejam. Menyedari harapan untuk menang adalah tipis dan kota akan jatuh ke tangan Siam pada bila-bila masa saja, pada malam tersebut orang melayu dibantu oleh askar upahan Sepoi membuat serangan berani mati ke atas kedudukan Siam di pekan tersebut. 15 askar Sepoi melepaskan tembakan bantuan ke arah askar Siam. Sementara itu saki-baki orang melayu yang tinggal diarahkan menyelamatkan diri dengan berenang ke arah kapal-kapal Inggeris. Kapten dan para kelasi kapal2 tersebut yang terdiri kebanyakannya dari orang melayu Negeri-negeri Selat turut merasa simpati di atas apa yang terjadi dan terpaksa menyelamatkan orang melayu yang berenang ke kapal-kapal tersebut..

Angkatan Tunku Muhammad yang bertahan di dalam kota hanya tinggal 200 orang. Menyedari mereka dikepung dari setiap sudut dan kemungkinan untuk menang adalah tipis, orang Melayu ketika itu terpaksa berjuang habis-habisan. Pada Subuh 20 Mac 1839, Kota Kuala-Kedah berjaya ditawan sepenuhnya oleh Siam dan kesemua mereka yang mempertahankan kota tersebut turut terkorban. Mulai dari tarikh tersebut, bedilan dari meriam-meriam dari kota tersebut tidak lagi kedengaran sehinggalah ke hari ini.

Sultan Ahmad Tajuddin yang semakin tua masih tidak berputus asa untuk mendapatkan kembali negerinya. Setelah cara ketenteraan gagal, baginda mencuba pula cara berdiplomasi. Baginda telah menghantar putera bongsunya, Tunku Dai untuk mengadap King Rama III. Dalam pertemuan tersebut, Tunku Dai berjanji akan mengakui kedaulatan Siam dengan syarat Sultan Kedah dikembalikan takhtanya.

Setelah berperang selama hampir 21 tahun, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II dipulihkan takhtanya pada Jun 1842. Baginda telah kehilangan Perlis (diperintah rajanya sendiri) dan Setul/Satun (dimasukkan ke dalam jajahan Siam) tetapi telah berjaya menyelamatkan negeri Kedah dari diperintah terus oleh Siam seperti yang terjadi ke atas Patani dan berjaya mengekalkan institusi raja melayu sehinggalah ke hari ini. Baginda mangkat pada 1 Januari 1845.


Bagi pihak British pula, inilah pengalaman pertama yang mereka rasai berperang dengan orang Melayu sehinggakan Kapten Sherard Osborn, Pegawai Tentera laut British ketika perang Kedah-Siam 1838 telah membuat kenyataan berikut :


" Seperti anjing… pribumi (yakni org India) di sepanjang persisir pantai semenanjung India menjilat tangan yang mendera mereka;
Tetapi tidak bagi orang Kedah ! dan kita orang Inggeris seharusnya menjadi yang pertama memuliakan bangsa yang tidak tunduk kepada kekejaman "




Sources : http://tabutjawi.blogspot.com
Tambahan dikit....

Quote:Original Posted By loneAbe
Tambahan dikit....



merah putih berpanji keris?

kenapa seorang beliau mengusulkan bendera malaysia merah putih berpanji keris?

lagu.. di menit 31:30..

merah putih panji-panji kita..
merah warna darah rakyaaat...

maksudnya malaysia mau ikut indonesia pada saat itu ?
berperang sama komusi atau sama inggris kah malaysia?

kenapa bahasa melayu tapi di tulis dengan huruf arab...
sebenarnya bahasa persatuan malaysia itu bahasa apa sih?


" Kami putra dan putri Indonesia, menjunjung bahasa persatuan, bahasa Indonesia "
Quote:Original Posted By anaksdkelas5
merah putih berpanji keris?

kenapa seorang beliau mengusulkan bendera malaysia merah putih berpanji keris?

lagu.. di menit 31:30..

merah putih panji-panji kita..
merah warna darah rakyaaat...

maksudnya malaysia mau ikut indonesia pada saat itu ?
berperang sama komusi atau sama inggris kah malaysia?

kenapa bahasa melayu tapi di tulis dengan huruf arab...
sebenarnya bahasa persatuan malaysia itu bahasa apa sih?


" Kami putra dan putri Indonesia, menjunjung bahasa persatuan, bahasa Indonesia "


Mau koment yg di bold, sama kaya zaman Indo sebelum abad 20 bro, ulu jga kerajaan-kerajaan islam nusantara banyak menggunakan aksara arab utk penulisan, walaupun menggunakan bhs melayu....
Kalo gak salah ni bhs nasional Malaysia itu bhs melayu dan Inggris
Quote:Original Posted By papuyu
Mau koment yg di bold, sama kaya zaman Indo sebelum abad 20 bro, ulu jga kerajaan-kerajaan islam nusantara banyak menggunakan aksara arab utk penulisan, walaupun menggunakan bhs melayu....
Kalo gak salah ni bhs nasional Malaysia itu bhs melayu dan Inggris


oh gitu ya....
kalo yang ini..?

merah putih berpanji keris?

kenapa seorang beliau mengusulkan bendera malaysia merah putih berpanji keris?

lagu.. di menit 31:30..

merah putih panji-panji kita..
merah warna darah rakyaaat...
Quote:Original Posted By anaksdkelas5
oh gitu ya....
kalo yang ini..?

merah putih berpanji keris?

kenapa seorang beliau mengusulkan bendera malaysia merah putih berpanji keris?

lagu.. di menit 31:30..

merah putih panji-panji kita..
merah warna darah rakyaaat...

Nah kalo yg ini ane kurang tau tuh bro....
Mungkin abang Hang atau Localone bisa menjelaskannya tuh...
Ada rumor kalo MAlaysia mau ganti bendera nasionalnya Jalur Gemilang
dengan ini bro :

Tp gak tau juga sie bener apa tidaknya...
Quote:Original Posted By papuyu

mirp


semudah itu kah mengganti bedera negara?
Quote:Original Posted By anaksdkelas5
semudah itu kah mengganti bedera negara?


Gak tau juga tuh masbro, lagian tu juga baru rumor, gak semudah itu kan mengganti bendera negara....
Off Topic



Quote:Original Posted By anaksdkelas5


merah putih berpanji keris?

kenapa seorang beliau mengusulkan bendera malaysia merah putih berpanji keris?

kenapa yang tadinya kakek2 itu kagum sama soekarno tiba2 malaysia g suka sama komunis?
ada yang mengadu domba kah?




Semua Partai Politik Di Malaysia punya Bendera Sang Saka Merah Putih


Spoilerfor :



Melaka





Federated Malay States @ Negeri Negeri Melayu Bersekutu (1896 - 1950)






Proposal Bendera dari PUTERA-AMCJA (1947)




Spoilerfor :


Spoilerfor :



Malaya Flag Proposals (1949)

Federation of Malaya Order No.61 of 1949 announced that a committee had been set up to make recommendations for the design of a Federation Flag. A competition was organised with the suggestion that, in any design submitted, the flag should be simple, and have not more than four colours, which might perhaps be yellow, red, white and blue, the colours most frequently used in the flags of the nine states and two settlements of the federation. Suitable symbols would include the kris (a Malayan sword), tiger, and crescent.


Spoilerfor :




Quote:Original Posted By anaksdkelas5
lagu.. di menit 31:30..

merah putih panji-panji kita..
merah warna darah rakyaaat...

maksudnya malaysia mau ikut indonesia pada saat itu ?
berperang sama komusi atau sama inggris kah malaysia?



kakekkakek itu semuanya ahli dari Partai Kiri (PUTERA -AMCJA)


PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action)

- AWAS (Angkatan Wanita Sedar)

- API (Angkatan Pemuda Insaf)

- PKMM (Partai kebangsaan Melayu Malaya)

- Partai Komunis Malaya

- MDU (Malayan Democratic Union)

- Barisan Sosialis / Partai Sosialis Malaya

Spoilerfor :


Spoilerfor :


Spoilerfor :



Quote:Original Posted By anaksdkelas5
kenapa bahasa melayu tapi di tulis dengan huruf arab...
sebenarnya bahasa persatuan malaysia itu bahasa apa sih?

" Kami putra dan putri Indonesia, menjunjung bahasa persatuan, bahasa Indonesia "



Sebelum Tulisan Aksara Arab (Jawi) Digunakan...


Pallava





Aksara Rencong




Aksara Kaganga




Palava




Kawi




Jawi





TRACING THE ORIGINS OF THE JAWI SCRIPT



The Jawi letters have been in existence in the Malay archipelago for centuries. It shares a strong bond with the Arabic script, which made its way to the Malay archipelago together with Islam, disseminated by Muslim traders and missionaries of Arab, Indian and Chinese origins in the 7th century.

Prior to the Arabic script, the Malays were using the " rencong (sharp-pointed) script " written on bamboo stems and leaves. This was followed by the " kawi " and " palava " writings, both of Indian origin.

With the coming of Islam, the Malays tried to use the palava or kawi characters to write about Islam, but both were unsuitable as they could not properly pronounce the verses of the Quran and Hadis.

" The situation prompted the Malays to experiment with Arabic characters. Hence, the Jawi script is truly the creation of the Malays even though it is based on the Arabic script, " said Dr Hashim Musa, former lecturer with Universiti Malaya's Malay Studies Academy who has written a book, "The History of the Development of the Jawi Script ".

He said the Malays eventually included several letters to conform with the Malay syllables, which are ' che ', ' nge ', ' pa ', ' ge ' and ' nye '. The letter ' vi ' was later introduced in the 1990's by the Malay language custodian, Dewan Bahasa dan Pustaka.

The earliest evidence of the existence of the Jawi script was the discovery of inscriptions on a stone dated 702H (1303 AD) and according to Hashim, Sanskrit words could still be seen on the inscribed stone.

But the modern day Jawi script is due to the initiative taken to systematise the Jawi script by none other than Zainal Abidin Ahmad, the leading Malay literary figure or better known as Pendeta Za'ba, who produced the " Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi " (Jawi-Roman Spelling Register), which he worked on in 1938 and only printed in 1949.


- Bernama -









tu bendera PAS lama ke ? bukankah bendera PAS sekarang hanya lingkaran berwarna putih dengan warna bendera berwarna hijau dan terletak di tengah ? macam bendera jepun lah
Quote:Original Posted By anaksdkelas5
merah putih berpanji keris?

kenapa seorang beliau mengusulkan bendera malaysia merah putih berpanji keris?

lagu.. di menit 31:30..

merah putih panji-panji kita..
merah warna darah rakyaaat...

maksudnya malaysia mau ikut indonesia pada saat itu ?
berperang sama komusi atau sama inggris kah malaysia?

kenapa bahasa melayu tapi di tulis dengan huruf arab...
sebenarnya bahasa persatuan malaysia itu bahasa apa sih?


" Kami putra dan putri Indonesia, menjunjung bahasa persatuan, bahasa Indonesia "


namanya arab melajoe gan, penulisannya aga beda dari arab biasa

di indonesia dulu termasuk aksara yang dipake selain latin dan jawa



btw ini beneran nama nya Angkatan Pemuda Insaf pakcik?? kok kurang meyakinkan gitu ya namanya..


kalo banyak bendera2 negara bagian dan partai2 di malaysia ada unsur Sang Saka Merah Putih, kenapa bendera nasional malaysia sendiri malah mirip "The Star-Spangled Banner" ya?
oh gitu ya .....

kalo dilihat dari jawaban agan2 sekalian ini, timbul pertanyaan baru nih...

- malaysia membunuh para komunis waktu itu... betul kan...
- bendera awal hampir sama sama indonesia...
- kakek2 yang di video di atas itu merasa kagum pada soekarno....
"kumpulkan 10 pemuda maka akan ku getarkan dunia"
- penulisannya menurut agan2 sama seperti indonesia pada waktu dulu memakai aksara jawi pada awalnya....
- malaysia baru merasa terjajah ketika melihat indonesia bisa bangkit dan melawan para penjajah, indonesia pada waktu itu di jajah inggris juga, yang mengakibatkan jendral mallaby tewas di surabaya...

yang ada di pikiran saya sekarang...

* kenapa malaysia waktu itu menuduh indonesia negara komunis, karena waktu itu indonesia juga membunuh komunis setelah ada peristiwa G30S/PKI ?

* bagaimana bisa terjadi perselisihan di kalimantan waktu itu antara indo & malay? apakah orang malay kena hasut inggris ?

* masih ingat kah dengan yang ini ?


Lima prinsip Gerakan Non-Blok:
- Saling menghormati integritas teritorial dan kedaulatan.
- Perjanjian non-agresi
- Tidak mengintervensi urusan dalam negeri negara lain
- Kesetaraan dan keuntungan bersama
- Menjaga perdamaian

dulu ada A.P.I eeh sekarang ada A.B.U
lah kok pada ngomongin partai/party politik sih.. balik lagi ke foto2 militer malaya dong ahh..
-----------------------------------------------------------------
pakcik HPC, minta foto aisyah lagi : hihihi
Quote:Original Posted By HPC2
Dan Pahang...
Empayar Johor-Riau-Lingga

ramai kata Malaysia tidak pernah perang.... ini buktinya pernah perang... lawan British dan Siam...


Quote:Original Posted By HPC2

Salah Satu Sejarah Militer Jaman Abad Ke 19...

Perang Kedah – Siam & Inggeris (Kota Kuala Kedah)

Sejarah Kedah dan Patani dalam menghadapi serangan Siam ...
Perjuangan orang Melayu di kedua-dua buah negeri Islam...

Kedah dan Patani ... Kedua-duanya berasal dari satu empayar Melayu agung purba iaitu Langkasuka. Kemudian Kedah pula beada di bawah pengaruh Empayar Melaka. Manakala Patani pula yang berasal dari Empayar Langkasuka kemudian membentuk Empayar Chermin-Langkasuka sehinggalah menjadi sebuah Kerajaan Daulah Islamiyyah Fattani yang menjadi pusat penyebaran agama Islam di Nusantara. ...
...
Pada tahun 1619, Sultan Mahkota Alam dari Acheh telah menyerang kota tersebut dan menghalau Potugis dari situ. Mahkota Alam juga telah menakluk seluruh negeri, menawan 7000 rakyat termasuk Sultan Kedah sendiri dan membawa pulang mereka ke Aceh (rujuk kisah Puteri Lindungan Bulan).

...perang saudara antara Sultan Muhammad Jiwa dan adiknya yang berhasrat untuk merampas kuasa iaitu pada tahun 1724. Sultan dibantu oleh Pahlawan Bugis iaitu Daeng Parani yang berkekuatan 62 buah perahu perang dari Riau dan Selangor manakala adik sultan dibantu oleh Raja Kechil dan pengikutnya dari Minangkabau untuk menghalau Bugis dari Kedah.

...Daeng Merewah berjaya menghalau Raja Kechil dan pengikutnya keluar dari Kedah dan kembali ke Siak...

Bagaimanapun, Sultan berjaya merampas kembali Kota tersebut dengan bantuan pedagang Inggeris, Kapten Francis Light. ...Kapten Light ...bersekutu dengan Siam.

...Sultan Abdullah Mukaram Shah ... membeli meriam-meriam yang lebih besar seperti yang digunakan oleh musuh-musuhnya, Siam dan Bugis....Meriam-meriam yang lebih besar dibeli dari Acheh, Minangkabau dan Brunei.

Ancaman pertama dari Siam menjelma pada petang Ahad 12 November 1821 ......angkatan Siam berjaya menawan kota tersebut. Angkatan perang Kedah bersama sultan terpaksa berundur dan bertahan di Pulau Pinang. Di sini, mereka merancang strategi untuk merampas kembali negeri Kedah dari Siam.

...Tengku Kudin telah mengetuai 3000 angkatan perang orang Melayu dari Prai telah menyerang Siam di Kedah dan menghalau mereka jauh hingga ke sempadan Siam. ... Kapal-kapal perang British pula mengepung sepanjang persisiran pantai Kedah manakala tentera Siam menyerang dari darat....Tengku Kudin sendiri terbunuh dalam pertempuran tersebut dan kepalanya telah dihantar ke Bangkok.

...kerabat sultan, Tunku Mohammad Saad...telah mengusir Siam keluar dari Kedah melepasi Singora (Songkhla). ...membebaskan Patani dari naungan Siam buat seketika....Orang Eropah yang berkedudukan tinggi (gentry) di Pulau Pinang menolong baginda dengan menyediakan senjata dan bekalan.

Tetapi tidak lama kemudian Kerajaan Negeri Selat memberi bantuan kepada Siam. Angkatan Tunku Muhammad sekali lagi terpaksa berundur dan bertahan di Kota Kuala-Kedah buat kali terakhir.

... Bangkok...menyerang kota dari arah darat. Dari sebelah laut, kapal perang British HMS Hyacinth...mengepung dari laut. ...Kapal tersebut turut diiringi oleh 3 buah lagi kapal perang yang lebih kecil iaitu HMS Emerald, HMS Pearl dan HMS Diamond.

...pada malam tersebut orang melayu dibantu oleh askar upahan Sepoi membuat serangan berani mati ke atas kedudukan Siam di pekan tersebut....saki-baki orang melayu yang tinggal diarahkan menyelamatkan diri dengan berenang ke arah kapal-kapal Inggeris. Kapten dan para kelasi kapal2 tersebut yang terdiri kebanyakannya dari orang melayu Negeri-negeri Selat ...merasa simpati...dan ...menyelamatkan orang melayu...

...orang Melayu ketika itu terpaksa berjuang habis-habisan. Pada Subuh 20 Mac 1839, Kota Kuala-Kedah berjaya ditawan sepenuhnya oleh Siam dan kesemua mereka yang mempertahankan kota tersebut turut terkorban..

Sultan Ahmad Tajuddin, ...Setelah cara ketenteraan gagal, ...mencuba... berdiplomasi....putera bongsunya, Tunku Dai untuk mengadap King Rama III.

Setelah berperang selama hampir 21 tahun, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II dipulihkan takhtanya pada Jun 1842. Baginda telah kehilangan Perlis (diperintah rajanya sendiri) dan Setul/Satun (dimasukkan ke dalam jajahan Siam)...dan berjaya mengekalkan institusi raja melayu sehinggalah ke hari ini.

Bagi pihak British pula, inilah pengalaman pertama yang mereka rasai berperang dengan orang Melayu...

????

EX ANGSA 7/2012 (10 - 28 Sept 2012)

Quote:ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)
LANCAR PENEMBAKAN MISIL DAN ROKET SECARA BERSEPADU

1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berjaya melancarkan penembakan misil dan roket secara bersepadu di Perairan Selat Melaka Utara sekitar jam 10 hingga 11 pagi tadi. Penembakan yang dilancarkan dari platform penembak yang berbeza ini telah berjaya mengenai sasaran permukaan pada jarak dan kelajuan yang diprogram.

2. Dalam penembakan pagi tadi, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melancarkan misil jenis EXOCET MM40 dari Kapal Diraja (KD) LEKIU dan misil jenis Sea Skua dari helikopter TLDM jenis Super Lynx. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula telah melancarkan misil jenis Maverick dan Harpoon dari pesawat pejuang F/A-18D. Sementara itu, pasukan 51 Rejimen Artileri Diraja, Tentera Darat Malaysia (TDM) pula telah melancarkan Sistem Roket Lancar Berganda ASTROS II dari tapak penembakan di Tanjung Antu, Segari, Perak. Kesemua penembakan ini telah berjaya mengenai tepat dan memusnahkan sasaran.

3. Penembakan bersepadu ATM ini telah dilancarkan semasa Eksesais ANGSA 7/2012 yang melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan, Darat, Laut dan Udara yang bermula dari 10 hingga 28 Sep 12. Penembakan secara bersepadu ini dilaksanakan dalam usaha meningkatkan latihan secara bersama (joint) antara ketiga-tiga perkhidmatan. Selain itu, penembakan ini digabungkan sebagai langkah penjimatan secara perkongsian perbelanjaan dalam pengoperasian penembakan.

4. Penembakan bersepadu ini telah melibatkan aset bantuan ketiga-tiga perkhidmatan sebagai unsur untuk pembersihan kawasan, tim penyediaan sasaran, rakaman dan analisis. Antara aset dan unsur TLDM lain yang terlibat ialah KD MAHAWANGSA, KD PAHANG, KD TERENGGANU, KD LAKSAMANA HANG NADIM, KD MAHAMIRU, KTD PENYU, Bot Tempur CB 90, Tim Penyelam, Weapon Trial and Assesment Team (WTAT) dan helikopter Fennec. Sementara aset TUDM lain yang terlibat ialah pesawat SU30MKM, pesawat CN235, pesawat B200T dan C130. Unit TDM yang terlibat ialah 51 Rejimen Artileri DiRaja.

5. Kejayaan penembakan misil dan roket bersepadu ATM ini telah sekali lagi membuktikan bahawa kesiagaan aset-aset ATM sentiasa di tahap yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia juga sekaligus meletakkan ATM antara pasukan Angkatan Tentera yang wajar digeruni di rantau ini.

6. Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Jaafar, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi dan Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Dato’ Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Operasi Udara Dato’ Seri Mohd Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan Panglima Armada Laksamana Madya Dato’ Abdul Hadi bin A. Rashid hadir menyaksikan penembakan ini dari platform kapal KD MAHAWANGSA di Perairan Selat Melaka.
Eksesais Angsa (Eks ANGSA) 7/2012